3 - Syariah dalam kehidupan muslim

3.1 PENDAHULUAN
Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'. Selain hukum clan aturan, Syariat Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (Al-Jathiah: 18)
3.2 PENGERTIAN
3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa
Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya yang dapat dijelaskan di sini ialah seperti berikut:
i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah, 1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu menggunakan alat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang ternakan, seperti lembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks tersebut, sumber air ini digunakan untuk kehidupan dan dapat memberi keselamatan pada tubuh badan dan fizikal.
ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata (Al-Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan, kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati, 1993). Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (al-Jathiah : 18)
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama (Al-Asymawi, 1996).
iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap para hambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan perintah Allah daripada agama, seperti sembahyang, puasa, membuat kebajikan dan meninggalkan maksiat (Al-Qaradawi, 1997).
Hukum hakam dikenali dengan syariah kerana ia merapakan peraturan yang lurus serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan daripada tujuannya yang telah ditetapkan (Al-Tarifi, 1998). Antara lain, ia juga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya dengan sumber air. Syariah itu merupakan sumber dan jalan penghidupan jiwa dan santapan akal sebagaimana juga sumber air merupakan jalan serta sumber penghidupan fizikal dan tubuh badan (Al-Sariyati, 1993).
Pengertian Istilah
Seterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaan istilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:
a) Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya (Khallaf, 1968).
b) Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia telah mensyariatkan dasar-dasarnya bersumber daripada al-Quran dan hadith (Badran, 1972). Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama Muslim atau orang lain dan alam semesta.
c) Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makhruh atau sunat. Ia disampaikan oleh rasul-Nya yang terkandung di dalam al-Qur'an dan hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya, seperti: al-Qiyas serta dalil lain (Al-Qaradawi, 1997).
Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada syara' yang bererti: Mengadakan syariah. Justeru, daripadanya terbentuk pengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah, menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh itu, syariah Islam merupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang mana ditetapkan oleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi perantaraan Baginda Rasulullah s.a.w yang lermaktub di dalam al-Quran dan hadith. Seterusnya syariah secara umum ialah segala hukum yang ditetapkan oleh Allah terhadap hamba-hambaNya menerusi perantara rasul supaya mereka mengikuti serta beramal dengannya. Apabila ilmu Islam berkembang luas dan menjurus kepada bidang-bidang yang khusus, maka syariah ini difahami sebagai mencakupi tiga bidang ilmu iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf. Perkembangan yang terakhir disebabkan penjurusan bidang ilmu perkataan syariah dikhususkan pengertiannya kepada perkara-perkara yang berhubung dengan amalan lahiriah manusia semata-mata yang dikenali kemudiannya dengan istilah Fiqh (Abdul Halim El-Muhammady, 1993).
3.2.2 Fiqh Pengertian bahasa
Ahli bahasa Arab menggunakan perkataan al-Fiqh dengan beberapa erti, antaranya yang utama ialah :
a) Kefahaman mutlak serta kepintaran.
b) Faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang. Penggunaan lafaz tersebut terdapat dalam al-Quran dan hadith, antaranya ialah:
i. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran) (al-Nisa': 78).
ii. Sabda nabi yang bermaksud: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, dijadikan iafaham (mendalam) tentang agama (Riwayat Bukhari dan Muslim)
c) Menurut al-Raghibal-Asfahani dalam kitab: Garibal Quran al Fiqh dari segi bahasa bererti: Mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu serta menyampaikan kepada initipatinya (Badran, t.th). Al-Quran telah menggunakan kalimah tersebut untuk pengertian kefahaman yang mendalam, antaranya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham akan kata-kataku (Taha: 27)
Pengertian Istilah
Perkataan fiqh sudut istilah pula ialah :
a) Sesuatu ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah Islam. laitu mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci (Al-Husari, 1981, Badakhsi, t. th., Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiyy, 1990 ).
b) Ilmu yang berkaitan dengan hukum yang diperoleh menerusi ijtihad dan pendapat mujtahid serta ketetapan Allah, seperti ilmu yang menyentuh berkaitan pembunuhan yang diharamkan dan diwajibkan qisas (Husain, 1972).
c) Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid daripada dalil-dalil yang juz'i atau pecahan. laitu perbuatan hamba dan menjelaskan tentang sifatnya, seperti wajib, sunat, harus dan makruh. Untuk itu, apa sahaja yang terbentuk daripada seorang hamba Allah, sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan mendapat penilaian dari sudut fiqh.
Sebagai rumusannya, fiqh merupakan ibarat tentang sekumpulan hukum syariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir daripada manusia (Khallaf, 1995). Semua hukum syarak wajib diikuti serta beriltizam dengannya. Jika diingkari, ia dikira sebagai suatu penderhakaan dan akan mendapat balasan azab.
3.2.3 Hukum
Hukum biasa didefinisikan sebagai 'arahan Tuhan (Khitab Allah) yang berkait dengan perbuatan mukallaf '(af'al al-mukallafin) (al-Ghazaliyy, 1294H). la mungkin diperoleh secara terus daripada nas-nas al-Quran atau al Sunnah dengan menggunakan kaedah penganalisaan nas (qawa'id al-tafsir). Dalam keadaan ini ia disebut sebagai hukum mansus. Prinsip yang digunakan dalam kaedah penganalisaan nas ini berasaskan kepada penganalisaan bahasa iaitu dikenal sebagai istidla
3.2.4 Undang-undang
Undang-undang ialah norma-norma hukum yang diterima dan diperkanunkan oleh Badan-badan Perundangan tertentu menerusi proses-proses tertentu. Merujuk kepada undang-undang Islam, ia bermaksud ketetapan-ketetapan sy ariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan (Mahmood Zuhdi, 1992).Melalui proses perundangan ini, segala hukum Allah dapat dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat sebagai sistem hidup yang lengkap.
3.3 MAQASID SYARI'AH
Mengikut Ibn 'Ashur (1366H), Maqasid al-Shari'ah dalam konsepnya yang umum ialah "pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatannya. 'Alal al-Fasyy (1966) pula menyebut ia sebagai tujuan dan rahsia hukum yang ditentukan oleh syariat Islam. Menurut ar-Raysuniyy (1995), secara mudahnya huraian-huraian Ibn 'Ashur dan al-Fasi ini boleh diringkaskan sebagai "objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi kepentingan manusia". Elemen-elemen berkenaan ialah,
• Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama
• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
• Menjamin kehormatan dan maruah diri
• Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta
3.3.1 Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama
Penyelidikan yang dilakukan oleh manusia terhadap segala yang ada di alam semesta akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan sunnatullah (the law of nature). Firman Allah yang bermaksud,
Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka hati mahupun terpaksa dan hanya kepadaNyalah mereka dikembalikan (al-Imran: ayat 83)
Walaupun Allah s.w.t telah menegaskan tentang kemuliaan dan ketinggian akal, namun kemampuannya adalah terhad di ruang alam benda sahaja. Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh atau hal ketuhanan, bukan urusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal manusia. Justeru itu, manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran. Firman Allah bermaksud,
Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (laitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami (Allah) anugerahkan kepada mereka (al-Baqarah: ayat 2)
Hanya agama Allah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbuatan syirik kepada Allah adalah suatu kekejian yang boleh merosakkan aqidah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Barangsiapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi (al-Imran : ayat 85)
Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru, syariah Islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi yang menceroboh. Hal ini sekali gus dapat mempertahankan agama, maruah diri, menyebarkan dakwah yang maha suci untuk menjaga hak kebebasan beribadat dan beragama. Hal ini selaras dengan firman Allah yang mengizinkan memerangi orang kafir yang menceroboh:
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai (al-Hajj: 39)
3.3.2 Menjamln keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia
Juminan keselamatan terhadap setiap nyawa daripada pencerobohan oleh manusia lain telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Sama ada diri sendiri utau diri orang lain, perbuatan membunuh adalah sesuatu yang amat dilarang oleh Allah s.w.t. Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal juga adalah ditegah. Perbuatan itu memusnahkan generasi manusia. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada bahaya sentiasa digalakkan. Firman Alllah yang bermaksud,
Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu penyayang kepadamu (al-Baqarah 2:256)
Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya (al-Imran 3:20)
Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai serta disyukuri. Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lain adalah berdosa besar dan haram sama sekali. Untuk membuktikan betapa prihatin dan syariah Islam meraikan perkara tersebut ialah: Penetapan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja serta tindakan mencederakan atau memotong anggota orang lain. Hal ini telah dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas dengan (seimbang) (Al-Ma'idah: 45)
3.3.3 Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
Akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling berharga kepada manusia. Akallah juga salah satu ciri menjadikan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna yang dijadikan Allah s.w.t, menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan pengguna sumber alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Akal jugalah ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Kemuliaannya diakui oleh Allah s.w.t iaitu pengiktirafanNya ke atas manusia dalam bidang ibadat dan hal-hal lain bergantung kepada kemampuan akal. Seseorang itu diwajibkan solat jika sempurna akalnya dan orang gila adalah tidak diwajibkan. Perlakuan jenayah hanya akan disabitkan oleh syara' atau undang-undang jika ketika melakukannya ia berada dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.
Bagi memelihara kesempurnaan akal, Allah s.w.t telah mengharamkan segala sesuatu yang dapat merosakkan akal. Pengharaman arak adalah salah satu contoh yang baik kerana ia dapat merosakkan akal fikiran manusia. Maksud firman Allah,
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi keberuntungan (Al-Maidah: 90)
Justeru, menurut pendapat Imam Syafie, peminum arak yang sabit kesalahannya dikenakan hukuman 40 sebatan. Hal itu berdasarkan hadith riwayat 'Ali Ibn Abu Talib: Rasulullah menyebat (terhadap kesalahan minum arak) 40 sebatan dan Abu Bakar juga berbuat begitu.
3.3.4 Menjamin kehormatan dan maruah diri
Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna. Segala tindakan yang merosakkan keturunan adalah dilarang seperti pengharaman zina dan liwat (lesbian dan homoseksual). Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Danjanganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Isra': 31)
Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syara' telah mengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan kehormatan dan keturunan. Kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran anak yang masih di dalam kandungan telah menjadi suatu gejala yang berleluasa dalam masyarakat hari ini. Demi memelihara tamadun manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telah
menjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zina sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman (An-Nur: 2)
3.3.5 Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta
Pemilikan kekayaan merupakan naluri semula jadi manusia. Allah s.w.t telah menggalakkan manusia mencari dan memperkembangkan harta dengan membahagikan kehidupan manusia kepada dua bahagian iaitu masa untuk beribadat khusus dan masa untuk ibadat umum, iaitu mencari kelebihan hidup di dunia ini seperti maksud firman Allah :
Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung (Al-Jumu'ah: 10)
Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan ia menjadi wasilah menuju akhirat. Justeru, mencari rezeki yang halal wajib hukumnya, sama ada untuk nafkah diri sendiri atau ahli keluarga. Sebaliknya pula, syariah Islam mengharamkan segala kegiatan menceroboh hak orang lain, seperti mencuri dan merompak. Syariah menetapkan hukum, mana-mana pencuri yang sabit kesalahannya dikenakan hukuman potong tangan. Hal itu dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah (Al-Mai'dah: 38)
Selanjutnya, penyamun dan perompak pula dikenakan hukuman lebih dahsyat serta lebih berat. Hal itu kerana jenayah yang dilakukan lebih besar dan lebih membahaya seperti secara terang-terangan, kekerasan, mengugut, menggunakan senjata serta kadang kala mangsanya dicederakan atau dibunuh. Pada dasamya, hukuman hudud yang dikenakan terhadap perompak di jelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidakmerampas) atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang sell (kalau mereka merampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam) (Al-Maidah: 33)
3.4 SKOP SYARIAH
Syariah merupakan teras bagi pandangan hidup Islam. Syariah mengandungi bidang-bidang ilmu yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap dan kaedah yang asas bagi menyesuaikan diri dengan segala perubahan. Syariah Islam mengandungi sistem perundangan, sistem etika dan sistem nilai-nilai Islam yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah masa kini dan masa hadapan. Dari sudut teori, syariah merangkumi semua aspek kehidupan seperti hal-hal peribadi, sosial, politik dan intelektual. Aspek praktik pula, syariah memberi makna dan isi kandungan kepada tingkah laku orang Islam dalam menjalankan kegiatan mereka di dunia (Abdur Rahman, 1989).
3.4.1 Skop
Skop syariah adalah luas seluas dan sejelas Islam sebagai ad-Din. Skop yang cuba dijelaskan di sini ialah syariah sebagai peraturan Allah dalam konteks,
1. Hubungan manusia dengan Allah
2. Hubungan manusia dengan makhluk (sesama manusia, dengan tumbuhan, binatang, jin dan alam seluruhnya).
3.4.1.1 Hubungan Manusia Dengan Allah
Perhubungan manusia dengan Allah merupakan ketaatan terhadap apa jua perintah dan laranganNya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah membentangkan amanah kekhalifahan kepada semua makhlukNya seperti langit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya menolak tawaran tersebut dan hanya manusia sahaja yang sanggup menerimanya. Oleh itu khalifah merupakan satu jawatan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Amanah yang dimaksudkan itu ialah beribadat kepada Allah demi menegakkan syariat Allah dalam semua uspek. Firman Allah yang bermaksud,
TidakAku ciptakanjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri I beribadah kepadaKu (Az-Dzariyat: 56)
Ibadah ini dilakukan dalam ertikata tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi,
1. Menetapkan hukum-hukum Allah
2. Memakmurkan muka bumi Allah
la direalisasikan dalam konteks ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus yang dikategorikan sebagai hubungan manusia dengan Allah seperti solat, puasa, zakat, haji, baca al-Quran, zikir dan lain-lain seumpamanya. Ibadah umum pula ialah apa sahaja perlakuan atau tindak tanduk manusia ketika berhubungan dengan selain Allah, samada sesama manusia, alam, haiwan, jin dan cakrawala. Semua perbuatan manusia akan menjadi amal soleh apabila melalui syarat yang tertentu iaitu niat kerana Allah (ikhlas), perkara itu harus dari sudut syara', tidak meninggalkan ibadat khusus dan memberi komitmen yang jitu dan istiqamah dalam melakukannya.
3.4.1.2 Hubungan Antara Manusia Sesama Manusia
Perhubungan manusia sesama manusia adalah merangkumi perhubungan dan gerak aktiviti yang luas dalam interaksi mereka. Inilah yang dikatakan ibadat umum. lanya seperti dalam bidang sosial, ekonomi, politik, perkahwinan, pendidikan, pengurusan, pemiagaan, pembangunan, harta pusaka, jihad dan sebagainya. Segala bentuk interaksi ini perlu dilakukan menurut peraturan yang selari dengan syarak. Apabila syariah Allah dipraktikkan, Allah memberi jaminan manusia akan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
3.4.1.3 Hubungan Antara Manusia Dengan Alam
Alam semesta adalah tanda terbesar perihal kewujudan Allah. Alam ciptaan Allah ini disebut juga sebagai ayat-ayat atau tanda-tanda yang 'manzurah' (yang dapat disaksikan). Penyaksian ini mengundang manusia berfikir betapa agungnya Allah sebagai Pencipta. Manusia dan alam semesta adalah makhluk yang diciptakan Allah. Oleh itu manusia mestilah melihat alam ini sebagai sebahagian daripada dirinya dalam ertikata lain mereka mestilah bersikap baik terhadapnya.
Hubungan dengan alam 'jamadaf disebut 'hablum min makhluqatillah'. Dasar hubungan tersebut mestilah berpegang kepada nilai, akhlak dan hukum ketentuan Allah s.w.t. Manusia sebagai khalifah kepada alam semesta mestilah menjaga amanah Allah. Sebarang pencabulan terhadap amanah ini mengundang bukan sekadar bahaya kepada diri sendiri, malahan kepada alam seluruhnya. Ini kerana alam berada dalam satu sistem yang seimbang dan bergerak menuju 'ubudiyyah' kepada Allah.
Amanah manusia sebagai khalifah Allah dalam konteks perhubungan dengan alam dapatlah diringkaskan seperti berikut,
• Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukan matlamat pencapaian manusia.
• Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk membina tamadun dan memakmurkannya.
• Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dan syukur.
• Alam ibarat 'ayat' atau tanda bukti kewujudan dan keagungan Allah.
Alam dunia ini adalah 'ayat' hanya kepada orang yang "berakal dan menggunakan akalnya" sebagaimana firman Allah bermaksud,
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan (Al-Baqarah: 164)
Manusia yang tidak memanfaatkan alam sekitar dan segala isi kandungannya menurut syariat Allah terpaksa menerima berbagai kesan kemudaratan yang akhirnya menimpa diri mereka. Ini meliputi penipisan lapisan ozon yang mengakibatkan kenaikan suhu yang tinggi, penebangan hutan tanpa kawalan mengakibatkan kerosakan dalam sistem takungan hujan dan memungkinkan banjir, meruntuhkan bukit-bukau secara sembarangan yang mengakibatkan gegaran ataupun gempa bumi dan berbagai malapetaka lagi.
3.4.2 Pelaksanaan
Syuriat Islam mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh masyarakat yang dikuasainya dan mampu mengatasi segala masalah dalam semua keadaan dengan penyelesaian yang paling adil dan terbaik. Ini adalah kerana Allah SWT telah menciptakan syariat Islam dengan sifat murunah (flexibility) yang menakjubkan sehingga memungkinkan ia mampu memberi jawapan ke atas NCtiap masalah yang jarang berlaku dan mampu mengatasi setiap sesuatu yang baru tanpa mengalami kesulitan (al-Qaradawi, 1985).
Dalam syariat Islam pasti akan menemui suatu perkara atau masalah yang lidak dinyatakan oleh nas secara jelas. Ini bagi memberi ruang kepada para mujtahid memenuhinya dengan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan yang lebih sesuai dengan zaman dan keadaan mereka (Md. Saleh, 1996). Ini udalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Salman bermaksud,
Apa yang dihalalkan Allah di dalam KitabNya maka itulah yang halal dan apa yang diharamkanNya maka itulah yang haram. Mana-mana yang didiamkan Allah maka itu suatu kemaafan atau kemudahan, terimalah dari Allah kemaafanNya, kerana Allah sama sekali tidak lupa sesuatu pun.
Aspek pelaksanaan perintah-perintah Allah dibahagikan kepada tiga :
3.5 Kewajiban yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan peringkat individu iaitu perintah khusus dalam konteks hubungan manusia dengan Allah seperti solat, puasa dan lain-lain.
3.6 Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara berjamaah seperti melakukan dakwah, jihad, amar ma'ruf nahi mungkar dan lain-lain.
3.7 Pelaksanaan yang menjadi kewajiban kepada pemerintah seperti melaksanakan hudud, qisas dan takzir.
3.4.3 Penguatkuasaan
Penguatkuasaan segala perintah dan larangan yang terdapat dalam syariat Islam tertakluk kepada hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, harus dan makruh. Bagi menjamin pematuhan, undang-undang syariah tidak semata-mata bergantung pada hukum keduniaan, iaitu kekuatan pendapat orang ramai dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti pasukan polis, mahkamah dan penjara. Faktor pematuhan yang utama dalam kes syariah ialah kesedaran penganutnya akan kewujudan Allah dan sifat Allah yang Maha Melihat dan juga keyakinan bahawa semua perkataan dan perbuatan setiap individu dicatatkkan oleh malaikat yang mengiringinya. Di akhirat, semua manusia akan dibawa kehadapan Allah untuk disoal tentang amalannya. Keyakinan dan kesedaran inilah yang membentuk hati nurani yang disedarkan dalam pemikiran manusia yang akan menyeru individu ke arah jalan yang benar dan membenci kejahatan. Walaubagaimana pun, ini tidak menghalang faedah penggunaan hukum atau sekatan-sekatan yang lain. Hati nurani manusia boleh diicemarkan oleh syaitan dan nafsu jahat yang boleh mengakibatkan keganasan dan keingkaran.
Tekanan sosial boleh memainkan peranan sebagai pencegah yang berkesan dan ketakutan terhadap hukum perundangan boleh menghindarkan keganasan yang ingin dilaksanakan. Walaubagaimanapun, hukum ini hanya digunakan dalam kes pelanggaran yang konkrit, yang terbukti atau yang diakui, sedangkan rasa cinta kepada Tuhan dan rasa takut kepadaNya mencegah perlanggaran yang dilakukan secara sembunyi serta menggalakkan perbuatan-perbuatan sukarela yang baik dan amal kebajikan. Oleh itu sebagai tambahan kepada kekuatannya sebagai hukum yang suci, syariah Islam memerlukan pemerintah mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap sebarang pelanggaran yang berlaku atau yang berulang kali berlaku. Dalam kebanyakan kes pencabulan, syariah tidak mendefinisikan bentuk hukuman yang seharusnya dikenakan tetapi menyerahkannya kepada kebijaksanaan pemerintah. Hanya bagi beberapa jenis pelanggaran sahaja yang dinyatakan hukuman-hukumannya yang khusus iaitu, pembunuhan, pencurian, perompakan, zina dan pengambilan arak. Hukuman-hukuman khusus berkenaan perbuatan salah ini dikenali sebagai hudud (kata jama' bagi hadd), manakala hukuman yang tidak didefinisikan oleh syariah dikenali sebagai ta'zir.
3.5 PERANAN SYARIAH
Melaksanakan syariah secara beransur-ansur bukan sahaja memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui aspek syariah yang patut dititikberatkan. Tujuan utama syariah Islam adalah untuk menimbulkan motiyasi bagi melaksanakan proses pengislaman dan menambahkan manfaat kepada setiap ahli masyarakat. Justeru itu, aktiviti pembangunan boleh disusun dalam satu hieraki mengikut keutamaan, iaitu :
1. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan asas ini membabitkan perkara-perkara seperti pemeliharaan agama dan jiwa, penjagaan kesihatan fizikal dan mental, pemeliharaan keturunan dan perlindungan harta benda.
2. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan bukan asas tetapi memberi faedah seperti membuat kebajikan untuk masyarakat, mengangkat taraf kehidupan, memudahkan muamalat dan menghilangkan kesulitan hidup.
3. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan yang memberi faedah khusus seperti mengembangkan budaya Islam, menggalakkan penghayatan nilai-nilai murni dan meningkatkan daya reka cipta yang canggih dan bermanfaat.
Kegiatan pembangunan haruslah memberi tumpuan kepada keperluan asas terlebih dahulu sebelum menjalankan kegiatan bagi memenuhi keperluan-keperluan yang lain. Secara ringkasnya pemahaman yang mendalam terhadap syariah Islam amat diperlukan bagi mewujudkan satu peradaban Islam yang sesuai dengan keperluan masa hadapan (Nik Azis Nik Pa, 1994).
3.5.1 Pembangunan Menurut Islam
Ulama Islam telah sepakat pendapat menyatakan bahawa undang-undang Islam adalah lengkap dan syumul, sesuai untuk dilaksanakan dalam kehidupan seluruh umat manusia setiap zaman dan tempat (Husyn, 1391H, al-Qaradawi, 1397H). Dari segi keluasan dan kesempurnaannya, undang-undang Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Mengandungi soal-soal akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jenayah dan lain-lain (Mahmassani, 1961). Pembangunan Fslam adalah sebahagian daripada syariah Allah adalah menekankan aspek pembangunan insan.
Konsep pembangunan insan yang cuba ditafsirkan di sini ialah konsep pembangunan yang telah dibekalkan oleh Model Pembangunan Insan yang berteraskan Weltanschauung al-Quran. Ahli psikologi Islam mentafsirkan konsep pembangunan insan sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan kesejahteraan (al-falah) manusia ke tahap optimun dalam semua aspek kehidupan yang berlandaskan paradigma Tauhid. Aspek kerohanian diberikan tempat yang istimewa. Aspek ini dianggap sebagai pokok, manakala aspek-aspek lain seperti saintifik, teknologi, ekonomi, pengurusan, perniagaan ,perindustrian, bahasa, sosial dan lain-lain dianggap sebagai cabang yang mengeluarkan daun dan buah kerana patuh kepada sifat semulajadi pokok itu sendiri (Nik Azis 1994 : 70).
Rohani atau keinsanan manusia adalah sumber kebahagiaan dan kecelakaaan hidup seseorang. Rohanilah yang memandu dan mengawas segala anggota badan kasar seseorang baik kepada kebajikan mahupun kepada kejahatan. Sebab itulah mendidik roh atau jiwa lebih berat dan sukar. Tetapi kesukaran ini dapat diatasi dengan menggunakan pembimbing rohani yang terpenting iaitu iman dan keyakinan kepada Allah s.w.t yang dipupuk dan dipersuburkan dengan ilmu pengetahuaan yang berguna dan amalan soleh.
Keutamaan membangunkan manusia seutuhnya dalam pandangan Islam adalah fokus utama dan pusat kepada pembangunan. Dalam istilah sufi (tasawuf) pembangunan manusia ini disebut sebagai membangunkan peribadi insan sehingga mencapai tingkat dan darjat kesempurnaan manusia (insan kamil). Tanpa pembangunan manusia ini, pembangunan-pembangunan lain termasuklah pembangunan ekonomi akan turut gagal, sebab pembangunan peribadi manusia adalah akar umbi yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya masyarakat dan pembangunan negara. Dengan sebab inilah maka perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada aspek pembangunan kerohanian atau jiwa manusia itu dalam sesuatu perancangan pembangunan. Firman Allah bermaksud,
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada bertaqwa; sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (al-Syams91:7-10)
Jiwa yang dikumiakan kekuatan akan melakukan kebaikan semasa hidup. Akal dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jiwa yang baik akan membawa kejayaan dan jiwa yang buruk akan membinasakan (Hijazi, 1968, juz. 30). Jelasnya jiwa (diri) manusia itu perlu disucikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang pembangunan kebendaan yang lain. Andainya jiwa manusia itu telah suci, maka barulah aspek-aspek pembangunan yang akan mengikuti seterusnya akan terpelihara.
Pembangunan kerohanian adalah suatu bentuk pembangunan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab bagi kejadiannya. Pembangunan kerohanian juga merupakan pembangunan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan kehidupannya. Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan kehilangan tujuan hidupnya dan sebab bagi kejadian dirinya. Krisis kekosongan rohani akan melanda mereka dan akhirnya mereka mungkin mengalami penyakit jiwa. Pembangunan rohani dalam Islam, yang merupakan sebab bagi kehidupan manusia tidak kelihatan pada mata kasur. Apa yang dapat dilihat ialah manifestasinya sahaja. Misalnya manuila mengamalkan akhlak yang mulia, membina kekuatan ekonomi berlandaskan Nyariat Tuhan, membina kekuatan ilmu dan persaudaraan dan melakukan amalan ibadat khusus. Namun begitu, kemuncak pembangunan rohani hanya mampu dicapai oleh individu yang benar-benar menghampiri diri kepada Allah melalui ibadat khusus dan umum.
3.5.2 Pendekatan Pembangunan Menurut Islam
Asas-asas falsafah kepada pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah seperti berikut,
3.5.2.1 Tauhid (KeEsaan dan kekuasaan Allah)
Asas ini meletakkan peraturan-peraturan tentang hubungan Tuhan dengan manusia dan hubungan manusia sesama manusia (Mohd. Kamal Hassan, 1988). Maksud falsafah Tauhid di sini ialah meyakini bahawa Allah merupakan satu-satunyaTuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan laranganNya. Hanya ajaran dan panduanNya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah Tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.
3.5.2.2 Rububiyyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk ke arah kesempurnaannya).
la merupakan hukum yang asasi dalam alam sejagat yang menunjukkan kepada cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunan sumber-sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantu membantu antara satu sama lain. Di dalam konteks peraturan yang ditetapkan oleh Allah inilah usaha-usaha manusia harus berlaku.
Rububiyyah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Alllah s.w.t itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai 'sunnah alam' seperti bukit-bukau dan gunung-ganang sebagal pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.
3.5.2.3 Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi).
Asas ini menentukan status dan peranan manusia. Ia menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai Muslim dan sebagai umat Islam selaku penerima peranan khalifah Allah di bumi. Dari sini terbitnya konsep Islam tentang manusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidang akhlak, politik dan ekonomi, juga prinsip-prinsip pengaturan masyarakat.
3.5.2.4 Tazkiyah (Penyucian dan pertumbuhan yang sewajarnya)
Misi semua nabi-nabi Allah ialah, antara lain, mensucikan manusia dalam semua hubungannya dengan Allah, dengan manusia, alam sekitar, masyarakat dan dengan negara. Oleh itu konsep pembangunan Islam hendaklah terbit daripada dasar tazkiyah kerana ia berkaitan dengan persoalan pembangunan manusia dalam semua dimensinya. Ia memberi perhatian kepada pertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaan melalui penyucian sikap dan hubungan. Hasil dari tazkiyah ialah falah, iaitu kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
3.5.2.5 Al-Falah
Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t,
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia (al-Qasas: 77)
Oleh itu sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat falsafah pembangunan Islam.
3.5.3 Pembangunan Ummah
Pembangunan menurut konsep Islam adalah pembangunan manusia itu sendiri kerana alam ini dan seluruh isinya adalah dijadikan untuk beribadat kepada Allah ( Ahmad, 1977). Firman Allah bermaksud,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakanjin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Al-Dzaariyat : 56)
Pembangunan Islam juga diertikan sebagai usaha-usaha penyusunan semua liidang sosial, politik, ekonomi, undang-undang dan sistem nilai kepada satu keadaan yang sesuai dengan hakikat dan fitrah kemanusiaan sehingga tercapainya satu peringkat tertinggi dalam pembangunan rohani (Azidah 1981). Pembangunan ini menekankan pembentukan kekuatan, baik tenaga, jiwa, mental atau fizikal dari panduan wahyu yang disalurkan melalui kehendak manusia untuk memperbaiki sesuatu kelemahan dan meningkatkannya kepada yang lebih baik dengan tujuan niencari keredhaan Allah (Hailani 1982). Ia melibatkan individu, masyarakat dan negara.
3.5.3.1 Individu
Pembangunan tahap individu adalah berkisar dari aspek, fizikal
Pembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunan aspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal, peralatan, kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya.
Kita memerlukan fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hambaNya menjadi khalifah di niuka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.
Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, yitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syara'. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t,
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal)yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya (al-Baqarah: 172)
Kognitif
Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan kognitif. Akal fikiran mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sains dan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahaja mengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinya sahaja, bahkan mereka akan cuba berfikk bahawa di sebalik segala kejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampingan yang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allah dan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepada perintahNya.
Emosi
Kepintaran akal fikiran sahaja tidak mampu melahirkan insan yang benar-benar cemerlang, sebaliknya keperluan terhadap kestabilan emosi, perwatakan serta nilai dan konsep diri adalah penting (Muhamed Fauzi, 2004). Ini bertitik tolak daripada lahirnya kegagalan demi kegagalan di kalangan mereka yang berlQ tinggi seperti berlakunya jenayah kolar putih yang tinggi, kadar tekanan emosi dan tekanan serta kegagalan menghadapi tekanan dan rakan sekerja dengan efektif. Kenyataan ini tidak berlaku dalam ketamadunan Islam khususnya pada zaman-zaman emasnya iaitu di zaman Nabi Muhammad s.a.w serta zaman Khulafa' Rashidin. Pemimpin-pemimpin agung Islam sering dilihat sebagai orang yang bersepadu dengan perkembangan yang seimbang sama ada daripada aspek jasmani, rohani, intelek mahupun emosi. Bahkan, apabila diteliti, Islam mementingkan kesihatan ruhiyyah yang menjadi entiti asas dalam kehidupan malah yang menentukan hala tuju kehidupan selepas mati.
Manusia yang mantap EQ (kecerdasan emosi) sentiasa tunduk kepada Tuhannya. Menjalankan segala titan perintahNya dan menjauhi segala luranganNya. Menegakkan syariatNya dan mentadbir alam dengan syariat Allah.
Spiritual
Dalam konteks pembangunan kerohanian ataupun spiritual, ia menjurus kepada pembangunan insan. Selain daripada keperluannya untuk turut berlandas kepada hukum syarak, ia juga akan menjadikan manusia lebih menghalusi, memahami serta menghayati urusan-urusan yang bersangkutan dengan perhubungan di antara manusia dengan Tuhan dan insan dengan makhluk Allah yang lain.
Pembangunan spiritual merupakan suatu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. lanya merupakan unsur yang perlu difahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan juga kekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadun material. Bagi memastikan cita-cita tersebut lercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat.
Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi segala laranganNya dan juga mengekalkan rasa kehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telah dipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah ini berpandukan segala hukum-hakam dan syariat Allah dalam segenap aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, leknologi, pendidikan dan sebagainya. Justeru kesedaran terhadap tanggungjawab ini yang lahir dari jiwa seorang mukmin yang sebenar, sudah pasti dapat membawa perubahan kepada ummah dan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu waktu dahulu.
3.5.3.2 Masyarakat
Syariah mendesak keadilan yang menyeluruh dan prinsip persamaan bagi semua orang bagi semua bangsa dan semua warna kulit. Ia mengajar bahawa martabat adalah hak setiap manusia. Setiap individu dilahirkan bebas dan mempunyai hak semulajadi untuk belajar, memperolehi pendapatan dan memiliki hasil daripada usahanya. Ia menyeru ke arah kebajikan, ke arah hidup kejiranan yang baik, bercakap benar, bersifat jujur, simpati terhadap orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Syariah memberikan amaran terhadap perbuatan-perbuatan buruk seperti membenci, berdendam dan memfitnah. Masyarakat yang mengamalkan segala intipati ini akan dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan kebahagian dalam interaksi antara satu sama lain. 3.5.3.3 Negara
Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hkum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (al-Nisa': 58)
Negara umat Islam perlu mendukung model acuan Islam. Model pembangunan Islam yang bersandarkan kepada gagasan teori Islam akan mempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. Ia akan memiliki ciri pelbagai dimensi yang membabitkan pemeliharaan akhlak masyarakat dan alam persekitaran. Kedaulatan di dalam negara Islam bukanlah berada pada individu yang memerintah kerana syariat Islam meletakkan kuasa mutlak dalam sistem politik dan pemerintahan hanya kepada Allah. Pemerintah yang mentadbir sesebuah negara mestilah melaksanakan pembangunan negara berlandaskan garispanduan yang telah termaktub dalam al-Quran dan ditunjukkan secara amali melalui praktik Rasulullah s.a.w. Justeru itu perlantikan pemimpin dan pemerintah dalam sesebuah masyarakat muslimin mestilah dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.
3.5.4 Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah
Syariah ialah panduan Islam yang menyeluruh, diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan disebarkan oleh Baginda kepada manusia sejagat sebagaimana yang termaktub dalam kitab suci al-Quran. Makna asal syariah ialah satu aliran air (al-Zubaidi, 1306H). Seperti air yang menjadi sumber kehidupan, syariah Islam juga bertindak sebagai sumber kehidupan sosial yang teratur dan harmoni (Muhammad Abdul Rauf, 1994).
3.5.4.1 Mendidik Manusia
Tujuan umum dasar perundangan Islam juga ialah untuk mendidik manusia itu sendiri. Pemikiran seseorang individu akan disemat dengan keinginan untuk menanamkan nilai-nilai Islam dan kebencian terhadap perlakuan yang jahat jika ia tidak terdedah kepada pengaruh-pengaruh yang merosakkan pengamalan syariah. Syariah mendorong manusia agar mencari keredhaan Allah s.w.t yang menghasilkan ganjaran syurga di akhirat dengan cara mematuhi perintahNya. laitu supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada diri, bangsa dan agama, seterusnya sebagai model dan ikutan orang lain. Konteks tersebut, sebagai contohnya Islam mensyariatkan sembahyang yang mana antara matlamat juga lujuannya ialah supaya individu itu menjadi orang yang berguna, baik dan terhindar daripada melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Hal itu sebagaimana yang dinyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut: 45)
Pematuhan kepada syariah membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
3.5.4.2 Memelihara Lima Asas
Objektif syariah Islam ialah melindungi dan menggalakkan kesejahteraan lima perkara asas iaitu agama, pemikiran manusia, penghormatan dan martabat kemanusiaan, tubuh badan manusia dan kekayaan (Abu Zahrah, t.thn.). Agama mendorong kesedaran akan kewujudan Tuhan, kuasaNya dan sifat Maha MengetahuiNya dan ini memastikan disiplin ke atas pengikutnya. Mencemarkan agama adalah dosa yang paling besar. Tambahan pula, syariah menggalakkan apa-apa sahaja usaha yang boleh mengarah kepada perkembangan akal dan melarang apa-apa sahaja tindakan yang boleh membahayakannya seperti meminum arak dan penggunaan dadah berbahaya. Syariah juga menekankan bahawa badan manusia perlu dijaga dengan baik, dibekalkan dengan makanan yang berkhasiat dan dijaga supaya sentiasa bersih dan kemas. Syariah melarang semua perkara yang boleh membahayakannya. Maruah manusia juga ialah hak setiap orang, justeru syariah mengajar supaya kehormatan manusia mesti dilindungi. Sebarang perlakuan yang mengaibkan atau menghina dan perlakuan yang tidak sopan adalah dilarang. Akhir sekali, kekayaan dan sumber kekayaan itu menurut syariah, mestilah dicari, dikembangkan, dilaburkan, diperlakukan dan disediakan untuk penggunaan dan kebaikan manusia. Kekayaan itu tidak boleh dibazirkan atau disalahgunakan.
3.5.4.3 Menegakkan Keadilan
Antara agenda utama daripada tujuan syariah Islam untuk menegakkan keadilan terhadap individu dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, keadilan akan dibina atas dasar mengambil hak daripada orang zalim dan memberi hak kepada yang kena zalim atau tertindas. Hal ini dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (al-Ma'idah: 8)
Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segala urusannya, terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal ini dijel'askan Allah s.w.t yang bermaksud,
Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-Nisa' : 58)
Beberapa prinsip keadilan dalam syariah ialah :
1. Syariah Islam berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesusahan dan memberikan kesenangan ke atas umat manusia untuk mematuhi syariat Allah SWT. Segala sesuatu yang diperundangkan, sememangnyadapat dilaksanakan oleh manusia (Mustafa Haji Daud, 1991). Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firman Allah yang bermaksud,
Allah tidak membuat untuk kamu kesukaran dalam agama kamu (alHaj :78)
Keringanan syariah Islam dapat dilihat di dalam semua perundangan. Misalnya, Allah s.w.t menggugurkan taklif ke atas manusia daripada melakukan fardu ain ketika uzur, seperti wanita yang datang haid diberikan kelonggaran meninggalkan sembahyang. Kelonggaran juga diberikan bagi seseorang itu mengqasarkan sembahyang jika berada dalam perjalanan.
Dalam keadaan tertentu juga, wuduk diharuskan penggantiannya dengan tayammum dan lain-lain lagi.
2. Syariat Islam juga sedaya upaya mengurangkan hukuman agar tidak menjadi beban kepada umat manusia. Allah s.w.t hanya mengharamkan sesuatu yang merosakkan aqidah, syara' dan akhlak, akal, tubuh badan, keturunan dan harta benda. Sebaliknya sesuatu yang baik dan tidak merosakkan, kesemuanya dihalalkan. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
Mengapa kamu tidak mahu memakan binatang yang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, pada hal Allah telah menjelaskan kepada kamu apa-apa yang diharamkan kepadamu (Al-An'am :119)
3. Syariah Islam juga memperundangkan sesuatu dan pelaksanaannya secara beransur-ansur, tidak sekaligus. Hal ini adalah kerana kadar keupayaan manusia yang tidak mungkin boleh melaksanakan hukum secara sekaligus. Selama Rasulullah s.a.w berada di Mekah, kira-kira 13 tahun, syariah Islam hanya memperkenalkan ajaran aqidah tanpa wujud sebarang perundangan yang berkaitan dengan ibadat. Perkara ini dapat dilihat berkenaan keharaman arak. Pada zaman jahiliah ia adalah minuman kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan. Justeru itu penghapusannya dijalankan secara beransur-ansur. Pada peringkat awal Allah S. W.T hanya membayangkan bahawa minuman arak itu mengandungi kebaikan dan kemungkaran seperti yang dijelaskan dalam firmanNya yang bermaksud,
Mereka bertanya tentang arak dan judi. Katakanlah keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya (Al-Baqarah: 219)
Selepas itu turun ayat Allah s.w.t yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampiri sembahyang sedangkan kamu mabuk (Al-Nisa' :43)
Setelah majoriti umat Islam pada masa itu benar-benar mengetahui keburukan yang dicetuskan oleh minuman arak, turunlah ayat Allah yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan kayu tenungan nasib adalah najis daripada kerja syaitan, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya (Al-Maidah: 90)
Al-Quran menjelaskan bahawa keadilan hanya dapat dilaksana setelah seseorang itu mempunyai daya kekuatan dan keinginan yang cukup kuat untuk melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t. Allah mewajibkkan seseorang itu menjatuhkan hukuman secara adil walaupun mengenai dirinya sendiri atau ibubapanya. Perkara ini hanya dapat dilaksanakan dengan kekuatan iman dan taqwa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau kepada kedua ibubapamu (Al-Nisa' :58)
4. Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalam mentaklifkan segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada individu-individu tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan segala titah perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan segala suruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah s.w.t.
Adil bermaksud bahawa setiap sudut dan aspek diberikan peluang dan ruang secukupnya serta diberikan hak seadilnya. Rasulullah s.a.w diminta menyeru manusia melakukan keadilan seperti yang diperintah oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud,
Katakanlah : Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan (al-Araf: 29)
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil (al-Nisa': 58)
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitabyang mengandungi kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi pembela bagi orang yang khianat (al-Nisa': 105)
Ayat ini merujuk kes Taimah ibn Ubairaq, yang lahiriahnya Islam tetapi pada realitinya seorang hipokrit dan melakukan semua jenis perbuatan mungkar. Dia disyaki mencuri sepasang baju besi dan apabila perbicaraan menjadi hangat, dia menanam barang curi itu di dalam rumah seorang Yahudi dan di sanalah barang curi itu ditemui. Orang Yahudi itu menafikan tuduhan dan mendakwa Taimah, tetapi komuniti Islam bersirnpati dengan Taimah dengan mengambil kira penganutan Islamnya yang lahiriah. Kes ini dibawa kepada Rasulullah s.a.w yang kemudiannya membebaskan orang Yahudi itu berdasarkan prinsip keadilan yang tegas, seperti "yang diwahyukan oleh Allah".
Keadilan mesti dilakukan secara saksama walaupun terhadap diri, keluarga atau saudara-mara sendiri. Dalam hal ini, tidak wujud perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Semuanya hamba Allah dan mesti diadili berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabatmu, dan sama ada terhadap yang kaya ataupun yang miskin. Maka Allah lebih mengetahui keadaan kedua-duanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutar-belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan (al-Nisa': 135)
KeadilanmerupakansifatAllah.Bagimenegakkankeadilan.kitahendaklah menjadi saksi kepada Allah walaupun ini memusnahkan kepentingan kita sendiri atau memusnahkan kepentingan mereka yang rapat dan kita kasihi. Dalam hal ini pepatah Latin ada berbunyi,"Jalankanlah keadilan walaupun langit runtuh".
3.5.5 Keperluan Manusia Kepada Syariah Dan Kesan Pengabaiannya
3.5.5.1 Keperluan kepada Syariah
Manusia dan semua umat manusia khususnya memerlukan kepada syariah kerana beberapa sebab, antaranya ialah:
1. Manusia makhluk bermasyarakat dan hidup bermasyarakat. Justeru, mereka perlu kepada undang-undang dan peraturan yang menyusun hidup sesama mereka demi menjalinkan hubungan harmoni, untuk menjamin keharmonian mencegah daripada berlaku kerosakan, penindasan dan lainnya. Selain itu juga, keperluan syariah demi menjaga hak-hak manusia secara sah menegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan (Al-Tarifi, 1998).
2. Allah telah menetapkan menerusi syariah, peraturan melaksanakan ibadat mestilah dilakukan kepada-Nya semata-mata, seperti ibadat sembahyang, zakat, haji juga puasa. Selain itu juga, ditetapkan peraturan dan kaedah dalam urusan muamalat dan harta, seperti pengharaman riba, penipuan dan landasan mencari rezeki halal seperti jual beli.
3. Allah seterusnya menetapkan peraturan hidup berkeluarga seperti undang-undang perkahwinan, perceraian, nafkah juga batasan pergaulan dan tanggunggjawab berkeluarga demi mencapai sebuah keluarga yang harmoni. Antaranya sebagaimana yang telah dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (al-Rum: 21)
4. Menerusi Syariah Islam, Allah menetapkan undang-undang atau hukum yang berkaitan dengan jenayah seperti hudud, qisas, diyat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya demi merealisasikan keamanan juga keselamatan seluruh masyarakat. Selain itu juga, keperluan manusia kepada hukum jenayah Islam ialah untuk mengembalikan hak orang yang dizalimi, keadilan dan kesedaran masyarakat.
5. Seterusnya Allah mensyariatkan kewajiban jihad sebagai suatu rahmat kepada manusia seluruhnya untuk mempertahankan maruah agama, diri yang dizalimi dan menentang kafir penceroboh.
6. Keperluan umat manusia kepada syariah Islam kerana Allah yang menjadikan mereka. Oleh itu, Allah mengetahui peraturan serta hukum yang terbaik untuk mereka, khususnya untuk menyingkirkan undang-undang jahiliah (al-Qaradawi, 1977). Hal ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud,
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Pada hal kepada orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah (Al-Maidah: 50)
7. Manusia memerlukan peraturan yang memenuhi semua kriteria dan keperluan mereka yang menyeluruh. Syariah Islam sahaja yang memenuhi kriteria tersebut yang sentiasa tetap, samada sudut nilai akhlak dan lainnya yang tidak berubah walaupun berlaku perubahan zaman dan keadaan (al-Qaradawi, 1999, 'Ali, 1970).
8. Untuk memberi panduan kepada manusia jalan dan ketetapan yang sebenar. Apa yang ditetapkan oleh Allah itu adalah terbaik dan apa yang ditegah oleh Allah itu sesuatu yang buruk dan salah serta merbahaya untuk mereka.
Pengabaian Terhadap Syariat Allah
Kesucian syariat Allah tidak boleh dipertikaikan. Semua peraturannya tidak sedikit pun menghalang umat manusia daripada mengejar pembangunan. Namun mungkin akibat pengetahuan yang terbatas dan maklumat serpihan mengenai Islam yang dimiliki sesetengah golongan manusia, mereka melemparkan tuduhan kononnya ajaran Islam anti pembangunan (Selamat, 2001).
Kesan dari pengabaian syariat Allah s.w.t, tampak jelas, di mana ramai umat Islam hari ini dihimpit dengan pelbagai masalah hidup, hingga tidak dapat berfikir sebagai seorang insan, dan menurut sahaja hawa nafsu syaitan terhadap sikap dan tingkahlaku mereka.
Gejala sosial yang melanda umat Islam hari ini, merupakan satu contoh yang paling ketara, betapa rendahnya akhlak masyarakat Islam. Penglibatan mereka dalam gejala sosial, adalah sesuatu yang amat memalukan. Kita sering di gemparkan dengan perbuatan membuang bayi, bayi yang baru dilahirkan dibuang di tepi longkang, di bawah pokok atau di tepi surau, tanpa rasa belas kasihan. Kemudian timbul pula isu sumbang mahram, nafsu tidak mengenai yang mana anak dan yang mana cucu, maka hari ini kita kejutkan pula dengan rogol dan bunuh. Yang menjadi mangsa bukan sahaja perempuan dewasa, tetapi termasuk juga remaja bawah umur dan anak yang masih bayi. Menurut (statistik) Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kes rogol telah meningkat daripada 1,217 pada tahun 2000 kepada 1,386 pada tahun 2001, dan kepada 1,431 pada tahun 2002, menurut statistik tersebut, seramai 4 orang dirogol setiap hari. Berbagai-bagai golongan telah mengutuk perbuatan ini, termasuk yang bukan Islam, berbagai-bagai hukuman telah dicadangkan, namun sehingga kini, masih belum dapat penyelesaiannya.
Perjalanan hidup telah memberi pengajaran kepada kita, bahawa kebanyakan orang yang hidup dalam keluh-kesah, kecelaruan fikiran, hidup terumbang-ambing, tidak ada pertahanan diri, terdiri daripada mereka yang tidak memperolehi nikmat iman dan tidak mengamalkan syariat Allah s.w.t.
3.6 KESIMPULAN
Syariat atau undang-undang Islam pada hakikatnya adalah sebahagian daripada undang-undang ciptaan Allah s.w.t untuk seluruh alam ini (Qutb, Sayyid, t.thn.). Ia dicipta untuk mengatur kehidupan umat manusia sesuai dan selaras dengan perkembangan dan perjalanan alam serta fitrah manusia sendiri. Allah s.w.t yang menciptakan manusia Maha Mengetahui segala kehendak dan keperluan hambaNya. Oleh itu undang-undang Islam yang diciptakan itu adalah untuk dipatuhi dan ditaati oleh seluruh umat manusia bagi memenuhi segala tuntutan hidup mereka.
Berasaskan iman kepada Allah s.w.t, para malaikat, Kitab-kitab dan RasulNya manusia hams membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan atau syariah ini apabila dipatuhi akan menjamin keselamatan individu, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.
Umat yang hidup berdasarkan syariat akan mengimbangi segala tuntutan kehidupan duniawi dan rohani dengan tidak melampaui batas-batas kewajaran. Umat sebegini disifatkan oleh Allah sebagai 'ummatan wasatan' (umat yang berada di tengah) yang membangunkan dirinya dengan segala kekuatan yang telah disediakan oleh Allah, iaitu kekuatan jasmani, perekonomian, politik dan ketenteraan untuk membela diri dan menentang penceroboh-penceroboh di samping kekuatan kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan teknologi.
Semua kekuatan dan kehebatan ini terhasil melalui peraturan Ilahi. Semangat pengabdian kepada Allah yang berpangkal kepada iman ini membentuk insan yang terbangun jiwanya. Ekoran dari itu, semua aspek pembangunan akan diresapi dengan amalan kebaikan dan diredai Ilahi.
Orang-orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh, bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah panduan hidup sejati yang menjadi benteng dalaman mereka. Mereka inilah yang mendapat kejayaan. Sebaliknya kepada golongan yang menolak dan membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah, mereka akan terus berhadapan dengan berbagai-bagai krisis moral, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah-memfitnah yang sering kali berkesudahan dengan kekecewaan. Golongan seperti ini, walaupun fizikalnya nampak maju dan berjaya, namun spiritual atau rohani mereka adalah kosong dan tidak sihat. Di akhirat nanti mereka adalah golongan yang rugi.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Abdul Halim El-Muhammady. 1993. Perkembangan Undang-undang Islam Dari ZAMAN Rasulullah SAW Hingga Zaman Penjajahan Barat. Selangor : Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Abdul Latif Abdul Razak. 2001. "Alam Semesta Sebagai Ayat TuhaiT.al-Hikmah. No. 19, Bil. 2. Kuala Lumpur : FORUM ISTAC.
Abdur Rahman, I.D. 1989. Shariah : The Islamic Law. Kuala Lumpur : A.S. Noordeen.
'Ali 'Ali Mansur. 1970. Muqaranat Bayn al-Syariah al-Islamiyyah wa al-Qawanin al-Wad'iyyah. Bayrut: Dar al-Fath.
'Ali Jarisyah. 1991. Al-Msyru'iyyah al-Islamiyyah a-'Ulya. Cetakan ke 4. Mesir : Dar al-Wafa'.
Al-Asymawi, Muhammad Sa'id. 1996. Al-Syari'ah al-Islamiyyah wa al-Qanun al-Misri. Mesir : Maktabah Madbuli al-Saghir.
Al-Asymawi, Muhammad Sa'id. 1996. Usul al-Syari'ah. Cetakan ke 4. Mesir: Maktabah Madbuli al-Saghir.
Al-Asyqar, 'Umar Sulaiman. 1982. Khasa'is al-Syari'ah al-Islamiyyah. Kuwait: Maktabah al-Falah.
Al-Attas. 1995. Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur : ISTAC.
Ahmad Awang. 1977. Cabaran Dakwah dan Pembangunan Negara Masa Kini. Dim. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat dan Ideris Endot (pnyt.). Prinsip dan Kaedah Dakwah Dalam Arus Pembangunan Malaysia : 182 - 188. Bangi : Penerbit UKM.
Azidah Azbar. 1981. "Pembangunan Menurut Islam". Panji Masyarakat. Ogos : 55 - 57.
Badakhsyi, Muhammad bin al-Hasan. T.th. Syarh al-Badakhsyi. 3 Juz. Mesir : Matba'at 'Ali Sabih wa Awladuhu.
Badran Abu al-Ainin. 1972. Al-Syari'at al-Islamiyyah. Mesir : t. pt.
Badran,Badran Abu al-'Aynayn. T.th. Tariqhal-Fiqhal-IslamiwaNazariyyahal-MUkiyyah wa al-'Uqud. Bayrut: Dar al-Nahdah al-'Arabiyyah.
Fairuzabadi, Majduddin bin Ya'kub. T.th. al-Qamus al-Muhit. 4 Juz. Bayrut: Dar al-Fikr.
al-Fasyy,' Alal. 1966. Maqasidal-Shari'ah al-lslamiyyah wa makarimuha. Dar al-Bayda': Maktabat al-Wihdah al-'Arabiyyah.
al-Ghazaliyy. 1294H. Al-Mustasfa. Qaherah : Bulaq.
Hailani Muji Tahir. 1982. Baitulmal - Institusi Kewangan Negara Islam dan Asas Belanjawan Negara. Selangor : Al-Rahmaniah.
Hijazi, Muhammad Mahmud. 1968. Al-Tafsir al-Wadih. 18 juz. Get. Ke-4. Qahirah : Matba'ah al-Nahdah al-Jadidah.
Husyn, Muhammad Khudri. 1391H. al-Shari'ah al-Islamiah al-Salihah li kullizamanin wa makan. Damsyik : All Ridha.
Ibn 'Ashur. 1366H. Maqasid al-Shari'ah al-lslamiyyah. Tunis : al-Dar al-Tunisiyyah Lil Nasyr.
Khallaf, 'Abdal-Wahab. l968.Khulasah Tarikhal-Tasyri'al-Islami. Cetakanke 8. Kuwait: Dar al-Kwuitiyah.
Khallaf,'Abdal-Wahab. 1995. 'Ilm Usulal-Fiqh waKhulasah Tarikhal-Tasyri'al-Islami. Qaherah : Dar al-Fikr al-'Arabi.
Mahmassani, Subhi. 1961. Falsa/at al-Tashri' fi al-Islam. Bayrut : Dar al-'Ilmi li al-Malayin.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1992. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Uniyersiti Malaya.
Mawsu'at al-Fiqh al-lslamiyy 1990. Kaherah : Dar al-Kitab al-Misri.
Md. Saleh Haji Md @ Haji Ahmad. 1996. "Pengajian Syariah : Hubungannya dengan Adat Resam serta Keadaan Tempatan". Monograf Syariah. Shah Alam : Ummah Media Sdn. Bhd.
Mohd. Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dan pembangunan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.
Muhamed Fauzi Othman. 2004. "Menghayati Islam dapat Meningkatkan EQ". Mohd. Azhar Abd. Hamid (pnyt). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Abdul Rauf. 1994. Ummah Negara Islam. Terjemahan Padilah Haji Ali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Azis Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Qardawi, Yusuf. 1397H. Shari'ah al-lslamiyyah. Bayrut : al-Maktabah al-Islam.
Al-Qaradawi, Yusuf. 1985. Awamil al-Sa'ah wa al-Murunahfi al-Syariah al-lslamiyyah. Cairo : Dar al-Sahwah.
Al-Qaradawi, Yusuf. 1999. 'Awamil al-Sa'ah wa al-Murunahfi al-Shari'ah al-lslamiyyah. Cetakan ke 3. Qaherah : Maktabah Wahbah.
Al-Qaradawi, Yusuf. 1997. MadkhalLiDirasah al-Syariah al-lslamiyyah. Bayrut: Mu'assasah al-Risalah.
Qutb, Sayyid. T.thn. Ma 'alimfi al-Tariq. Kuwait: t.pt.
Al-Raysuniyy, Ahmad. 1995. Nazariyyat al-Maqasid 'ind al-Shatibiyy. Ed. 4. Riyad : al-Dar al-'Alamiyyah li al-Kitab al-'Arabiyy.
Al-Sariyati, 'Abd. Wadud Muhammad. 1993. Tarikh al-Fiqh al-Islami wa Nazariyyatuhu al-'Ammah. Bayrut: Dar al-Nahdah al-'Arabiyyah.
Selamat Hashim. 2001. Pembangunan dan Masyarakat daripada Kacamata Islam. Dim. Khairul 'Azmi Mohamad dan Faizal Fadzil (pnyt.). Konsep Pembangunan Ummah Dalam Islam Perspektif Malaysia. Johor : Pejabat Menteri Besar Johor.
Al-Tarifi, Nasir Ibn ' Aqil Ibn Jasir. 1998. Tarikh al-Fiqh al-Islami. Cetakan ke 2. Riyadh : Maktabah al-Taubah.
Al-Zubaidi, Sayyid Murtada. 1306H. Taj al-Arus Commentary on Al-Qamus.
Qaherah : t.pt.

___________________________________
Disediakan oleh
Ustaz Abd Aziz bin Harjin