Wednesday, December 16, 2009

2 - Akidah teras pembangunan ummah

2.1 PENDAHULUAN
Akidah memberi kesan yang besar dalam pembentukan individu dan masyarakat kcrana ia merupakan penggerak utama terhadap pembentukan kesan positif ilulam diri individu dan masyarakat. Iman dan akidah adalah satu bentuk kefahaman yang tidak dapat dirasa melalui pancaindera tetapi pemiliknyanya akan dapat merasai kemanisan iman atau akidah yang dipegangya. Justeru itu sctiap individu hendaklah mensyukuri serta memelihara keimanan yang mereka miliki di samping mempertingkatkannya kerana iman dan Islam itu adalah nikmat yang paling besar kepada seseorang Muslim.
Justeru itu hati yang diisi dengan keyakinan dan iman akan menjadi satu tapak yang kukuh dalam menentukan seseorang mukmin, muslim dan muhsin. Antara lain pegangan dan keyakinan kukuh yang tersemat di hati akan menjadi nadi dan penggerak ke arah kebaikan dan positif. Untuk itu liatilah yang merupakan pusat utama segala aktiviti dan amalan manusia. Setiap amalan itu dikira berdasarkan niat, dan niat itu bertempat di dalam hati. Berkaitan dengan peranan dan fungsi hati sebagai nadi segala aktiviti, Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud; Sesungguhnya dalam satu jasad itu ada seketul daging, apabila elok daging itu, maka eloklah seluruh jasad, sekiranya ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, ketahuilah ia adalah hati.
Hadith tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam hati itulah tcmpat bertapaknya iman yang memainkan peranan penting untuk membentuk individu serta masyarakat seluruhnya untuk beriman dan bertaqwa. Dalam konteks lain, akidah mencerminkan segala apa yang tersirat di dalam sanubari. Akidah sahajalah yang dapat menjaga seseorang dan menjamin kesejahteraan secara mutlak di dunia dan di akhirat.

2.2 PENGERTIAN

2.2.1 Akidah
Dari sudut bahasa, perkataan 'aqidah adalah berasal daripada kalimah bahasa Arab. lanya berpunca daripada akar kata 'aqd yang membawa erti ikatan atau simpulan.
Pengertian Aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah s.w.t yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah s.w.t berperanan sebagai Rabb, Malik, dan Ilah seperti dapat dilihat dalam surah al-Fatihah ayat 1, 3, 4, surah al-Naas ayat 1, 2, 3. Berdasarkan ayat di atas, Aqidah Islamiyah dapat disimpulkan dengan rumusan Tauhid Rububiyah, Tauhid Mulkiyah, dan Tauhid Uluhiyah.

2.2.2 Iman
Menyerah diri kepada Allah dalam akidah juga disebut iman ialah dengan membenarkan (al-Tasdik) dengan hati atau dengan kata lain hatinya membenarkan akan hakikat Allah dan segala hakikat yang asas seperti yang dinaskan secara putus atau qat'i oleh wahyu dan lidah Rasulullah s.a.w. Hakikat-hakikat inilah yang telah dirumuskan dengan istilah "Rukun Iman" (Mohd. Sulaiman Hj. Yasin, 1985). Iman itu ialah kepercayaan yang tersimpul erat dan kuat, teguh dan kukuh di dalam jiwa atau hati dengan yakin kepada hakikat-hakikat kebenaran yang dibentangkan oleh Allah menerusi wahyu dan lidah RasulNya.
Selain kalimah "Allah" tidak terdapat suatu kalimah yang sedemikian banyak disebut dan dipergunakan oleh al-Quran selain daripada pada kalimah "iman". Dalam al-Quran terdapat lebih dari 660 perkataan Iman disebut. Kesemuanya ini bermatlamat untuk membentuk suatu masyarakat manusia yang berteraskan keimanan kepada Allah dan keimanan kepada segala yang disampaikan kepada Muhammad s.a.w yang dapat menaburkan rasa damai di kalangan manusia dan menanamkan rasa yakin kepada nilai-nilai dan sifat-sifat mulia dan tinggi yang dibawa oleh Islam.
Erti Iman secara harafiah dalam Islam adalah percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman diambil dari kata kerja 'aamana' - yukminu' yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'.
Kalimah Iman berasal dari kata al-Amn yang bererti aman, iaitu ketiadaan rasa takut. Aman itu samada aman pada diri atau keamanan pada jiwa insan. Dari kalimah al-Amn ini lahirnya kalimah al-Iman yang bererti, mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Membenarkan dengan hati secara putus atau jazam akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah SAW yang thabit secara qat'i yang diketahui kedatangannya (apa yang dibawa nluu didatangkan oleh Rasulullah s.a.w) itu secara daruri. Iman dari pengertian bahasa ini masih tetap mengandungi makna-makna ketenangan (al-Itmi'nan), rasa penuh percaya (al-Thiqah), tiada keresahan dan kegelisahan jiwa serta aman dan ilumui dari takut dan bimbang.
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib R.A yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yung benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah R.A berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan inengerjakan dengan anggota." Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman seperti berikut: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)".
Di dalam ilmu Tauhid, iman membawa makna membenarkan dengan hati dan hcrikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah ada ketiga-tiga perkara iaitu mengakui di dalam hati bahawa Islam itu benar dan menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam itu agama yang benar serta mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam agama Islam itu (Haron Din, 1988).
Kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa iman ialah keyakinan yang dibenarkan oleh hati, diucapkan dengan mulut (lidah) dan dibuktikan dengan innalan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari syarat yang tiga itu, seseorang itu dikira sebagai fasik, munafik atau kafir.

2.2.3 Tauhid
Tauhid ialah memutuskan bahawa sesuatu itu adalah satu serta mengetahui pula tentang satunya sesuatu itu(al-Husayni, 1938). Al-Tahanawi menjelaskan bahawa lauhid dari segi bahasanya ialah menjadikan sesuatu itu satu. Pada pandangan golongan ulama tauhid merupakan iktiqad terhadap keesaan Allah. Pada pandangan golongan sufi pula merupakan suatu ma'rifah tentang keesaan Allah yang tetap bagiNya (Al-Thanawi, 1947). Mana-mana keyakinan yang menetapkan bahawa Tuhan itu berbilang pada jenisnya, zatnya, sifat-sifatnya dan perbuatannya adalah keyakinan syirik (Abu Bazli Abdul Kadir, 1985).
Tauhid merujuk kepada suatu kategori iktiqad terhadap kewujudan dan keesaan Allah dalam pengertian membezakanNya dari seluruh makhluk ciptaanNya, dari aspek-aspek zat, sifat dan perbuatanNya. Ini bermakna seseorang sudah melaksanakan tauhid apabila dia menyifatkan Allah dengan sifat-sifat azali, baqa', ilmu dan iradah yang mutlak serta sifat-sifat lain yang layak bagi Allah. Sekaligus menyifatkan makhluk ciptaan Allah dengan sifat-sifat yang baharu (hadis), berubah, berakhir, fana' serta sifat-sifat lain yang layak bagi makhluk. Inilah yang sebenamya terkandung dalam istilah mukhalafatuhu ta'ala li al-hawadith iaitu suatu pembersihan Allah dari seluruh sifat yang dimiliki oleh makhluk ('Afifi, 1963).

2.3 ASAS-ASASAKIDAH
Ibn Kathir (1970) menyatakan bahawa kebaikan diberikan kepada sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah, para malaikat, hari akhirat dan semua Nabi dari Nabi pertama hingga Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud, ...demikian pula orang-orang yang beriman: semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Al-Baqarah:285)
Beliau juga menyatakan orang mukmin ialah mereka yang beriman kepada Allah yang Maha Esa, tempat tumpuan permohonan dan sembahan, pemelihara dan pengawal; memperakui kebenaran semua Rasul, kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada mereka, tanpa membeza-bezakan mereka dan mempercayai kewujudan malaikat.

2.3.1 Kepercayaan kepada Allah
Iman kepada Allah, Zat Ghaib Yang Maha Agung dan Maha Kuasa yang harus dipatuhi dan diibadati adalah roh agama atau merupakan dasar akidah Islam. Demikian dijelaskan dalam kitabullah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ketika al-Quran berbicara tentang rukun iman dan implikasinya, maka iman kepada Allah s.w.t berada pada tahap pertama dari seluruh rukun iman. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman kepada Allah, malaikat-malaika tNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya....(Al-Baqarah: 285)
Hai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya dan Kitab yang diturunkan kepada rasulNya (Muhammad) dan Kitabyang diturunkan sebelum itu. Barangsiapayang ingkarakan Allah, malaikatNya, Kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari yang kemudian maka sesungguhnya telah sesat ia dengan kesesatan yangjauh (Al-Nisa': 136)
Dalam hadis yang masyhur iaitu ketika Rasulullah s.a.w menjawab pcrtanyaan malaikat Jibrail tentang iman, baginda menjawab dengan maksudnya: Iman ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan nasib baik dan buruk (Riwayat Muslim).
Iman kepada Allah merupakan dasar utama dalam acuan keimanan. Sementara rukun iman yang lainnya merupakan implikasi dari rukun pertama ini. Semuanya merupakan bahagian dari iman kepada Allah s.w.t dan terbit atas landasan iman kepadaNya. Iman kepada Allah mencakupi keimanan kepada wujudNya, keesaanNya, ketuhananNya, nama-namaNya yang baik (Asma'ul Husna) dan sifat-sifatNya yang Agung yang mencerminkan kesempurnaan dan kesucianNya dari seluruh sifat kekurangan dan kelemahan.

2.3.1.1 Bukti kewujudan Allah
Tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t yang terdapat di alam nyata ini adalah merupakan objek yang dapat dilihat oleh pancaindera mata dan untuk mendengar segala bunyi dan melihat serta memerhati segala kejadian makhluk yang cliciptakan oleh Allah s.w.t. Antara ayat "al-Manzurah" ialah kejadian langit dan bumi dengan segala isi kandungannya, bukit-bukau, gunung-ganang, pokok-pokok yang bermacam jenis, binatang-binatang yang tidak terkira jenisnya, lautan yang terbentang luas dengan segala kandungannya, ombak yang tidak henti-henti memukul pantai, awan yang berarak, hujan yang turun menimpa bumi, ribut petir, bulan bintang serta matahari dan sebagainya, adalah menjadi bukti-bukti kewujudan Allah (Nik Mohd Rosdi, 1993).

2.3.1.2 Keyakinan terhadap hakikat Allah ; Nama-nama dan Sifat
Beriman dengan kewujudan Allah adalah bermakna beriman dengan "rububiyyahNya", "uluhiyyahNya" dan "asma" dan "sifat-sifatNya". Beriman dengan "rububiyyah Allah " ialah mempercayai bahawa kewujudan Allah s.w.t dan kekuasaanNya mentadbirkan semua makhluk yang ada di alam ini - tiada wujud yang lain untuk mentadbir alam ini selain daripada Allah s.w.t yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.
Beriman dengan "uluhiyyah Allah" ialah mempercayai bahawa kewujudan Allah s.w.t dengan menyembah-Nya dan Dialah yang berhak diabdikan diri dan tiada Tuhan yang ditaati dengan sebenamya melainkan Allah Taala.
Beriman dengan "asma' dan sifat-sifat Allah" ialah mempercayai bahawa kewujudan Allah Taala adalah mempunyai nama-nama yang agung (al-Jalal) dan mempunyai sifat kesempurnaan (al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan. Oleh yang demikian tidak dikira beriman seseorang hamba itu sehingga mereka mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam bahawa Allah s.w.t adalah pentadbir yang hakiki di alam ini dan Tuhan yang berhak disembah, mempunyai nama-nama yang "al-Jalal" dan "sifat-sifat yang al-Kamal".

2.3.2 Kepercayaan kepada Malaikat
Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Beriman kepada malaikat ialah mengiktikadkan dengan iktikad yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah telah menciptakan malaikat daripada cahaya (Haji Said, 1996).
Malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhaka kepada Allah dan tidak pernah membantah apa sahaja yang diperintah Allah kepada mereka. Malaikat-malaikat itu adalah sejenis makhluk Allah Azza Wajalla yang kita wajib beriman terhadap kewujudan malaikat-malaikat itu. Firman-firman Allah s.w.t yang bermaksud, Rasulullah S.A. W telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.Mereka berkata: Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah: 285)
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala kitab dan sekalian nabi... (Al-Baqarah: 177)
Hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab RA ketika malaikat Jibril datang kepada Nabi s.a.w menyerupai seorang Arab Badwi bertanya mengenai iman. Rasulullah s.a.w menjawab yang bermaksud, Bahawa beriman dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan beriman dengan takdir baik dan jahat (Riwayat Muslim)
Nas-nas tersebut adalah menjadi dalil wajib beriman dengan malaikat-malaikat dan tidak diterima iman seseorang itu jika mereka tidak beriman kepada malaikat. Mereka yang ingkar kewujudan malaikat adalah termasuk dalam golongan orang-orang kafir dan telah sesat sejauh-jauhnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, .Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya (An-Nisa': 136)
Allah s.w.t terlebih dahulu menciptakan malaikat sebelum mencipta manusia. Sebelum itu Allah s.w.t telah memberitahu kepada semua malaikat bahawa manusia akan diciptakan untuk dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dan ingatlah! Ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang) hikmat ketetapan Allah itu dengan berkata : Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" (Al-Baqarah: 30)
Allah s.w.t menciptakan malaikat itu daripada nur (cahaya) sebagaimana Allah menjadikan Nabi Adam AS daripada tanah dan menciptakan jin daripada nyalaan api. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Aisyah R. A bermaksud, Malaikat itu diciptakan daripada nur (cahaya) dan jin diciptakan daripada nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah diterangkan kepada kamu (Riwayat Muslim)
Malaikat, suatu 'alam yang halus dan termasuk dalam alam yang ghaib yang tidak dapat dirasai oleh pancaindera insan dan malaikat itu tidak termasuk dalam golongan makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa. Malaikat hidup dalam suatu alam yang berbeza dengan kehidupan manusia. Oleh itu malaikat tidak pernah dilihat oleh manusia. Perihal keadaan dan hakikat yang sebenarnya hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja.
Malaikat itu bersih daripada syahwat haiwaniyah dan jauh dari keinginan hawa nafsu dan perbuatan-perbuatan dosa dan maksiat. Mereka tidak makan, minum, tidur dan berkahwin. Malaikat-malaikat mempunyai alamnya yang tersendiri. Mereka bebas mengikut hal ehwal mereka sendiri dan tidak melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh manusia.
Malaikat itu juga boleh menjelma menyerupai bentuk manusia atau lain-lain bentuk yang boleh dilihat. Menurut hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab, malaikat Jibril itu datang menjelma menyerupai keadaan seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, sangat hitam rambutnya, tidak diketahui dari mana datangnya lelaki itu. Lelaki tadi terus duduk berhadapan dengan Nabi s.a.w lalu menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi dan meletakkan dua tapak tangannya ke atas dua paha Nabi. Kemudian lelaki tadi mulai mengemukakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Selepas itu, ia pun hilang tidak diketahui ke mana perginya. Nabi pun bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Adakah kamu kenal siapakah yang datang tadi?" Sahabat-sahabatnya menjawab : "Kami tidak kenal ya Rasulullah". Maka Nabi s.a.w bersabda :"Itulah malaikat Jibril".
Hadith yang diriwayatkan daripada Umar al-Khattab ini juga menjadi dalil bahawa malaikat-malaikat itu boleh menyerupai bentuk manusia dan lain-lain bentuk yang dikehendaki Allah, dimana malaikat Jibril itu selalu datang menemui Rasulullah s.a.w membawa wahyu untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.

2.3.2.1 Kejadian dan hakikat Malaikat
Malaikat-malaikat itu berbeza di antara satu malaikat dengan satu malaikat yang lain, sebagaimana ada perbezaan mereka dari aspek kedudukan, pangkat, tugas dan sebagainya. Semua perkara itu hanya diketahui oleh Allah s.w.t sendiri. Firman Allah s.w.t bermaksud, Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan empat. Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (Faatir: 1)
Maksud firman Allah s.w.t ini memberi pengertian yang jelas bahawa Allah s.w.t menciptakan malaikat berupa makhluk yang bersayap. Di antaranya ada yang bersayap dua, tiga dan empat. Ada pula yang lebih dari itu. Semuanya ini adalah menunjukkan nilai dan kedudukan malaikat-malaikat itu di sisi Allah s.w.t dan juga tentang kekuasaannya cepat atau lambatnya berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Imam Muslim dan Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas'ud R.Ayang bermaksud, Bahawa Rasulullah s.a.w melihat Jibril A.S mempunyai enam ratus sayap (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Malikat-malaikat itu masing-masing diberi oleh Allah darjat kedudukan yang tertentu dalam menunaikan perintah-perintah Allah serta menyampaikan risalah-risalah-Nya dan mereka sentiasa bertasbih. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Malaikat-malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata :Dan tidak ada sesiapa pun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukanyang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya) dan sesungguhnya Kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat) dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan) (As-Saafat: 164-166)
Maksud ayat di atas menjelaskan bahawa malaikat-malaikat itu mempunyai darjah kedudukan yang tertentu dan masing-masing menjalankan tugas yang diperintahkan Allah kepada mereka. Malaikat-malaikat itu juga taat melaksanakan perintah Allah dan beribadat kepada-Nya. Mereka juga sentiasa bertasbih dan mensucikan Allah dari segala sifat kekurangan.
Sehubungan dengan ini, perlu dinyatakan bahawa sayap malaikat-malaikat itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib yang wajib setiap orang yang beriman mempercayainya tanpa mempersoalkan bagaimana keadaan, sifat bentuk, warna dan lain-lainnya kerana orang-orang yang beriman tidak di wajibkan untuk mengetahui perkara-perkara tersebut di mana Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak memberitahu mengenai perkara itu.

2.3.2.2 Peranan dan tanggungjawab
Malaikat mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Di bawah ini dikemukakan tugas-tugas para malaikat itu secara agak terperinci berdasarkan keterangan yang didapati daripada al-Qur'an dan hadith.

1. Jibril
Jibril dan juga dipanggil Ruhul Qudus, yang disifatkan oleh Allah sebagai mempunyai sifat kuat dan amanah di dalam firman-Nya yang bermaksud: Sebenarnya al-Quran itu, sungguh-sungguh kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi, di sisi Allah yang mempunyai 'Arasy, yang ditaati di sana ( dalam kalangan malaikat) lagi dipercayai (At-Takwir: 19-21)
Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Jibril dengan tugas yang mulia dan penting, iaitu menjadi duta dan utusan di antaraNya dengan para Rasul-Nya. Dengan demikian maka Jibril membawa turun wahyu Allah kepada para rasul-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya al-Quran iti adalah benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam. Ia di bawa turun Malaikat Jibril yang amanah - ke dalam hatimu, supaya engkau(wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajar an dan amaran (kepada umatmanusia) (Asy-Syu'araa': 192-194)
Dan ada pula hadith sahih daripada Rasulullah s.a.w sendiri yang menyatakan bahawa malaikat Jibrillah yang telah menjadi teman kepada Rasulullah s.a.w di dalam Israk dan Mikraj. Di dalam perjalanan itu Jibrillah yang menjadi teman Rasulullah s.a.w dalam Israk dari Mekah ke Masjid Aqsa dan perjalanan Mikraj dari Masjid Aqsa ke Sidratul Muntahaa yang mulia dan agung itu.

2. Mikail
Tugasnya ialah menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan.

3. Israfil
Tugas yang telah diserahkan Allah kepadanya ialah meniupkan sangkakala pada hari kiamat kelak.
4. Izrail
Diberi tugas khas yang sangat penting iaitu mengambil nyawa (roh). Dia mempunyai ramai pembantu daripada para malaikat juga, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: ...Sehingga apabila sampailah ajal maut kepada seseorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedangkan mereka (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya) (AI-An'am: 61)

5. Munkar dan Nakir
Tugas kedua-dua malaikat ini ialah menyoal orang yang mati di dalam kubur mereka mengenai Allah s.w.t mengenai agama si mati dan juga diri Nabi Muhammad s.a.w (Al-Jazaairi, 1986).

6. Malaikat penulis amalan manusia yang mulia dan jujur (al-Kiramul Katibun)
Tugas mereka ialah menulis dan mencatatkan semua amal perbuatan umat manusia, juga mengumpulkan data amalan mereka itu. Di sebelah kanan setiap orang mukallaf (yang cukup umur dan kelayakan memikul tanggungjawab beragama) ada seorang malaikat yang mencatakan amal kebajikan; manakala di sebelah kiri pula ada seorang malaikat yang menuliskan amal jahatnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah... (ar-Rad: 11)
Ibnu Abbas R.A mentafsirkan ayat ini sebagai : Malaikat-malaikat itu menjaganya dari sebelah hadapan dan belakangnya. Tetapi bila tiba takdir Allah, orang berkenaan akan ditimpa bencana, maka malaikat yang mengawalnya itu pun mengelakkan diri daripadanya. (Tafsir Ibnu Kathir). Mujahid pula mengatakan: malaikat mengawalnya ketika dia jaga dan juga pada ketika tidur dari gangguan jin, manusia dan binatang-binatang yang membahaya.

7. Az-Zabaaniah
Mereka terdiri daripada sembilan belas malaikat; tugas yang telah ditetapkan kepada mereka ialah menjaga kesemua neraka dan pengusaha yang mengazabkan para penghuni neraka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apajalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkan (binasa terus). Ia terus menerus membakar kulit manusia, pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). Dan (ketahuilah bahawa hikmat) kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, kerana (merekalah sekuat-kuat dan sebetul-betul makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) kami tidak menerangkan jumlah mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu (Al-Muddathir: 26-31)
Ketua az-Zabaniah itu dinamakan Malik. Firman Allah s.w.t mengenai keadaan penghuni neraka yang bermaksud: Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)", (bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman:" Demi sesungguhnya, Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui rasul kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak sukakan kebenaran itu (Az-Zukhruf: 77-78)

8. Malaikat Ridwan;
iaitu yang ditugaskan menjaga perbendaharaan dan segenap isi syurga. Dialah Pengurus Besar Syurga dan ketua segala pengawal syurga.

9. Para pembantu malaikat maut
Iaitu ada dua golongan iaitu malaikat rahmah dan malaikat azab, yang sentiasa berada bersama malaikat maut itu, itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah yang bermaksud; utusan-utusan Kami mengambil nyawanya, sedangkan mereka tidak cuai, di dalam surah di atas.

10. Para penanggung/ pemikul/ pengusung 'Arasy (iaitu singgahsana Tuhan) atau dipanggil ('Arasyur Rahman).
Mereka empat orang semuanya. Tetapi bila tiba hari kiamat mereka ditambah dengan seramai empat puluh orang pembantu lagi, seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud: Malaikat yang memikul 'Arasy dan malaikat. yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepada-Nya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa dan merayu) (Al-Mukmin: 7)
.. .Dan 'Arasy Tuhanmu pada hari itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu (Al-Haqqah: 17)

11. Para pengawal (khadam) syurga; mereka itu terdiri daripada para malaikat yang sangat ramai dan tidak terhitung jumlah mereka. Firman Allah yang bermaksud: Sedangkan malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (memberi hormat dengan berkata) : " Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan dengan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu (al-Rad: 23-24)
Dan ada hadith (riwayat at-Tarmizi) yang menyatakan bahawa setiap orang penghuni syurga itu ada pembantu dan orang-orang suruhan daripada para malaikat yang tidak kurang dari lapan puluh (malaikat). Tugas mereka ialah menjadi khadam (orang suruhan) kepada penghuni syurga yang berkenaan itu.

12. Malaikat yang ditugaskan mengawal rahim (kandungan wanita) berpandukan hadith: Sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi tugas kepada seorang malaikat untuk menjaga rahim (kandungan) maka malaikat pun berkata: Ya Tuhanku Nutfah (air benih), Ya Tuhanku Alaqah (sebuku darah beku), Ya Tuhanku (seketul daging); apabila Allah hendak menjadikannya suatu makhluk hidup maka; "Malaikat pun berkata: " Wahai Tuhanku lelakikah atau perempuan, celaka atau bahagiakah? Bagaimana rezekinya? Bagaimanakah ajalnya? Maka kesemuanya itu akan dicatatkan di dalam perut ibunya (Riwayat Al-Bukhari)

13. Malaikat penjaga bukit-bukau, gunung-ganang; iaitu malaikat yang ditugaskan oleh Allah s.w.t untuk menjaga bukit-bukau dan gunung-ganang berpandukan hadith Rasulullah s.a.w : Lalu saya telah dipanggil oleh malaikat yang menjaga gunung-ganang sambil memberi salam kepada saya dengan mengatakan: "Wahai Muhammad, apa sahaja perintah akan saya jalankan, dan jika anda mahu saya boleh menindih mereka dengan Akhsaybain (dua gunung di Mekah) (dikeluarkan oleh An-Nasai dan Ibnu Hibban)

14. Para malaikat yang selalu berjalan berulang alik dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain (meronda) ; iaitu suatu golongan malaikat yang selalu berjalan-jalan meronda di seluruh muka bumi yang tugas mereka ialah menyampaikan salam dan selawat umat Nabi Muhammad s.a.w kepadanya. Buktinya ialah hadith ini yang bermaksud: Allah ada mempunyai ramai malaikat di bumi, iaitu para malaikat yang selalu meronda, untuk menyampaikan salam umatku kepadaku (dikeluarkan oleh An-Nasai dan Ibnu Hibban)

15. Malaikat bertugas bila sahaja seseorang hamba Allah itu mendoakan sesuatu untuk saudaranya yang beriman yang tiada bersamanya maka malaikat itu akan berkata: " Amin dan engkau pun akan beroleh seperti itu juga"; juga kerana berpandu kepada hadith riwayat Imam Muslim yang bermaksud : Doa seseorang Islam kepada saudaranya seorang Islam yang lain yang ghaib (tidak berada di hadapannya) adalah diperkenankan kerana di hujungnya kepalanya ada seorang malaikat yang ditugaskan khas untuk menerima doanya itu pada setiap kali orang itu berdoa untuk saudaranya dengan doa yang baik maka malaikat yang ditugaskan itu berkata: "Amin, dan anda sendiri pun akan mendapat kebajikan seperti yang anda mintakan untuk saudaramu itu .

16), Malaikat yang ditugaskan untuk membawa naik roh hamba Allah yang mati, berdasarkan hadith riwayat Imam Muslim: Sebaik sahaja roh seorang beriman itu keluar dari jasadnya maka roh itu disambut oleh dua orang malaikat yang ditugaskan khas lalu dibawanya roh itu naik. Maka kata- Hammad (yang meriwayatkan hadith) maka berbau semerbak bauan kasturi, maka (Hammad) pun berkata: Maka seluruh penghuni langit pun bercakap-cakap mengenai suatu roh yang baik yang baru tiba dari dunia (bumi); semoga Allah memberi selamat sejahtera kepadamu dan kepada badan yang mengandungimu, lalu roh itu dibawa menghadap Tuhannya 'Azza wa Jalla, kemudian Allah pun berfirman : " Bawalah roh itu bersemadi di tempat yang mulia hingga ke akhir masa. Dan (Hammad) menyebutkan cerita roh orang kafir bertentangan dengan roh orang beriman tadi.

Ada sebahagian lagi malaikat yang mempunyai hubungan yang khusus dengan manusia, di antaranya ialah,
1. Malaikat-malaikat bergilir-gilir mengawasi manusia dalam alam dunia ini. Mereka itu berkumpul (bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar. Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A yang bermaksud, Malaikat-malaikat yang bertugas malam bergilir-gilir dengan malaikat-malaikat yang bertugas siang (mengawasi apa yang dilakukan oleh manusia). Dan malaikat-malaikat itu berkumpulan (bertemu) di waktu solat Subuh dan solat Asar, kemudian naiklah malaikat-malaikat yang bermalam bersama-sama kamu itu. Lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka itu dan Dia adalah lebih mengetahui (tentang keadaan perbuatan hamba-hamba-Nya itu). Allah berfirman, bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku ketika kamu tinggalkan mereka?. Malaikat-malaikat itu menjawab : Kami tinggalkan mereka itu di waktu mereka sedang solat dan ketika kami datang mereka juga sedang solat (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Malaikat-malaikat sentiasa mendoakan orang-orang yang beriman agar Allah menerima taubat mereka dan mengampunkan dosanya, seterusnya memasukkan mereka ke dalam syurga. Firman Allah yang bermaksud, Malaikat-malaikat memohonkan ampun bagi orang-orang yang beriman dengan berdoa merayu : Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikuti jalan-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang kekal, yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka) orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua yang Maha Kuasa lagi Amat Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenar-benarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar penghargaannya (Al-Mu'min:7-9)
3. Malaikat-malaikat bersama-sama dengan orang-orang yang solat yang mengucapkan amin, apabila mereka itu berkata : "Wala dhaalin". Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah R.A yang bermaksud, Apabila Imam berkata :"ghairil maghdhu bia'laihim Wala dhaallin" maka hendaklah kamu mengucapkan "amin", kerana sesungguhnya malaikat-malaikat pun mengucapkan "amin". Maka sesiapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin malaikat, diampunkan baginya dosa yang lalu (Riwayat Al-Bukhari)
4. Malaikat-malaikat memohon rahmat untuk orang-orang yang beriman, terutama para alim ulama. Firman Allah yang bermaksud, Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya pula (berdoa bagi kamu) untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang benderang (iman dan taat) dan adalah Dia sentiasa melimpah-limpah rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat) (Al-Ahzab: 43)
Diriwayatkan daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya, Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya dan juga para penghuni langit dan burnt memberi selawat - rahmat (mendoakan) ke atas orang-orang yang mengajar perkara-perkara kebaikan (Riwayat At-Tirmizi - hadith Hasan)
Malaikat-malaikat juga merendahkan sayapnya kepada orang-orang yang belajar ilmu kerana kegembiraan mereka melihat orang-orang yang belajar. Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Ad-Darda' R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksudnya, Sesungguhnya para malaikat itu meletakkan sayapnya bagi orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan kerana redha dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang belajar ilmu pengetahuan itu (Riwayat At-Tirmizi)
Selain dari tugas-tugas tersebut, banyak lagi tugas malaikat dalam alam roh dan alam dunia yang tidak disenaraikan di sini. Sungguhpun demikian, bagi setiap orang yang sudah mukallaf, wajib beriman kepada malaikat-malaikat yang menjadi salah satu dari rukun iman yang enam.

2.3.3 Kepercayaan kepada Kitab
Rukun Iman yang seterusnya yang wajib diimani oleh orang Islam ialah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimankan ialah: Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa AS, Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud A.S, Injil: diturunkan kepada' Nabi Isa A.S dan Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran. telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
2.3.3.1 4M - Memiliki, Membaca, Memahami dan Menghayati
Setiap peringkat kehidupan umat Islam perlu berpandukan kepada ajaran al-Quran. Justeru, kita perlu meningkatkan kemahiran membaca dan memahami al-Quran, terutamanya kepada generasi muda. Ini penting supaya mereka tidak menjadi kaku ketika melihat huruf al-Quran.
Langkah positif yang perlu dilaksanakan untuk mendedahkan generasi muda kepada mendekati al-Quran dengan memahami dan mengamalkan segala suruhan-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Sesuai dengan hukum yang terkandung di dalamnya iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Firman Allah bermaksud: Dan Rasul telah berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang tidak dipedulikan (Al-Furqan: 30)
Kita sebagai umat Islam wajib bersyukur kepada Allah kerana dapat menikmati petunjuk al-Quran. Kita perlu menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Janganlah biarkan jiwa dan hidup ini kosong tanpa al-Quran. Jiwa orang yang tidak mempedulikan ajaran al-Quran dalam al-Quran, samalah seperti rumah kosong yang menunggu masa akan roboh. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya mereka tidak mempunyai sedikit al- Quran dalam jiwanya samalah seperti rumah yang hampir roboh (Riwayat At-Tirmizi dari Ibnu Abbas)
Untuk melihatkan bahawa kita benar-benar beriman dan yakin terhadap isi dan kandungan al-Quran, terdapat beberapa ciri boleh dijadikan tanda dan ukurannya. Ia termasuklah;
i. Hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafalnya. Dengan membaca al-Quran akan dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Dengan membaca al-Quran, kita mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."
ii. Al-Quran hendaklah dibaca dengan ‘tartil’ iaitu dengan bacaan yang terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid. Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran akan menjadikan bacaan menyusuk ke dalam jiwa dan menyentuh perasaan pendengarnya.
ill, Hendaklah sentiasa meneliti makna ayat, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran. Allah s.w.t berfirman bermaksud: Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hqti mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran (Muhammad: 24)
iy. Hendaklah al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam iaitu disebarkan dengan seluas-luasnya. Saranan ini bertujuan agar mereka akan dapat terus melaksanakan tanggungjawab beramal dan memelihara kitab Allah ini.
Seterusnya hendaklah kita berusaha mengamalkan segala isi kandungan al-Quran. Inilah manfaat dan faedah paling penting dan besar yang dapat dinikmati dan diperolehi daripada al-Quran selepas memahami isi kandungannya. Amatlah uialang sekali jika umat Islam hanya mengetahui isi kandungan al-Quran dan memperkatakannya, tetapi gagal atau tidak mahu beramal dengannya.
Hendaknya kita hidup dengan al-Quran, membaca, memahami, mengamalkan dan menghafal. Hidup dengan al-Quran adalah perbuatan terpuji, yang patut dilaksanakan oleh orang Mukmin. Allah s.w.t berfirman maksudnya,
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mengerjakan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Faathir:29-30)
Dalam dua ayat tersebut, Allah s.w.t menganjurkan orang-orang yang membaca al-Quran agar disertai dengan perenungan, sehingga menimbulkan pengetahuan yang akhirnya akan tercerna dalam amalan dalam kehidupan scharian.
Oleh kerana itu Allah s.w.t iringi amalan membaca Al Quran dengan niendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Allah secara diam-diam dan terang-terangan, kemudian dengan demikian orang-orang yang membaca Al Quran itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan merugi. Mereka mengetahui bahwa kurniaan Allah lebih baik dari apa yang mereka infakkan. Oleh karena itu mereka mengadakan perniagaan di mana Allah menambahkan kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Berterima Kasih, mengampuni kelalaian, dan berterima kasih atas pelaksanaan tugas.
Oleh kerana itu kita harus selalu membaca al-Quran dengan perenungan dan kesedaran, sehingga dapat memahami Al-Quran secara mendalam. Bila seorang membaca al-Quran bertemu dengan kalimat yang belum difahami, hendaklah bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, ...Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. (An-Nahl:43)

2.3.4 Kepercayaan kepada Rasul
Setiap Mukmin wajib mempercayai semua Rasul tanpa membeza-bezakan mereka (beriman kepada seorang Rasul, dan tidak beriman kepada yang lain) kerana beriman kepada semua Rasul adalah sesuatu yang jelas dikehendaki dan dituntut dalam Islam. Muhammad Rasyid Rida (t.thn) dan Mahmud Syaltut (1972), dengan berdalilkan ayat-ayat al-Quran berpendapat bahawa wajib beriman dengan semua Rasul tanpa membeza-bezakan antara mereka kerana agama atau risalah Allah yang diutuskan melalui semua Rasul adalah satu dan ia bertujuan untuk membimbing dan mengarah manusia ke jalan kesempurnaan di dunia dan di akhirat.
Ibn. Taymiyyah (1969) dan Syah Wali Allah al-Dahlawi juga menerima dan mengakui bahawa agama yang dibawa dan dianuti oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam. Ibn. Taymiyyah menyatakan bahawa agama yang dibawa oleh semua Rasul adalah satu iaitu Islam dan Islam adalah agama Nabi-Nabi/Rasul-Rasul sejak awal hingga akhir. Al-Dahlawi (t. thn) juga berdalilkan ayat-ayat al-Quran telah membuat kesimpulan dengan katanya:"Ketahuilah bahawa asal agama adalah satu, disepakati di atasnya semua Nabi AS, sesungguhya perbezaan hanya dalam syariah dan sistem".
Abu Hurairah meriwayatkan Hadith tentang kesatuan agama para Rasul iaitu:"... Nabi-nabi adalah bersaudara...dan agama mereka adalah satu...". Jumhur ulama mengakui Hadith ini dan menerangkan bahawa prinsip aqidah semua Nabi adalah satu dan syariat mereka berbeza. Mereka bersatu pada prinsip Tauhid dan berbeza dalam cabang-cabang syariat.
Para ulama ada menerangkan tentang aspek yang perlu diimani pada seseorang Rasul. Bagi al-Hakami (t. thn), keimanan kepada semua Rasul meliputi keimanan kepada tugas-tugas, sifat-sifat keperibadian yang putih bersih, bukti-bukti dan ayat (tanda-tanda) yang menyokong dan menguatkan mereka. Beliau menyatakan hal ini dalam kata-kata, "Maksud iman kepada Rasul-rasul ialah pembenaran yang jazam bahawa Allah telah mengutuskan Rasul kepada setiap umat, yang menyeru mereka beribadat kepada Allah. Semua Rasul adalah benar, baik, cerdik, mulia, takwa, amanah, penunjuk yang diberi petunjuk, disertakan bukti-bukti yang nyata, tanda-tanda yang jelas Allah sebagai sokongan. Mereka semua menyampaikan semua kandungan risalah Allah, tidak menyembunyikan, tidak mengubahsuai dan tidak membatalkan risalah itu. Semua Rasul berada di jalan yang jelas dan jalan petunjuk yang nyata".

2.3.4.1 Peranan Rasul
Falsafah perutusan rasul-rasul ke alam dunia ini bertujuan untuk menyeru dan mengajak umatnya beribadat, menyembah Allah dan mentauhidkan-Nya. Inilah yang menjadi asas dakwah kerasulan mereka sebagai utusan Allah untuk menegakkan agama-Nya (agama Islam). Firman Allah yang bermaksud, Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkan dia menyeru mereka):" Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut" (syaitan, berhala dan apa sahaja yang menyesatkan) (An-Nahl: 36)
Maksud firman Allah s.w.t tersebut dengan tegas menyatakan bahawa setiap umat diutus kepada mereka itu seorang rasul dari kalangan mereka sendiri dan tidak ada suatu umat pun yang tidak mempunyai rasul untuk menyeru, mengajak dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar. Secara langsung rasul-lasul menjadi pemimpin umatnya. Firman Allah yang bermaksud, Demi Allah! Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kepada umat-umat yang terdahulu daripadamu (wahai Muhammad)... (An-Nahl: 63)
.. .Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang rasul pemberi ingatan dan amaran (Faatir: 24)
Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul kepada setiap umat untuk menyuruh inniyembah Allah dan mentauhidkan-Nya, bukan menyembah selain daripada-Nya. Firman Allah yang bermaksud, Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, lalu berkata ia : "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya), tidak ada. Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya? (Al-Mu'minun: 23)
Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka, Salih. Ia berkata : "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya" (Hud: 61)
Perutusan rasul-rasul ke alam dunia dengan tugas-tugasnya yang berat adalah mengandungi tujuan-tujuan berikut:
1. Pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan pembawa berita yang menakutkan kepada orang-orang yang kafir. Firman Allah yang bermaksud, Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang mengerjakan maksiat) supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana (An-Nisa': 165)
2. Menyampaikan wahyu-wahyu Allah dan menerangkan kepada manusia apa yang mereka perselisihkan dan juga memberi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran (wahyu Allah) kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman (An-Nahl: 64)
3. Membersihkan amalan-amalan syirik dan maksiat. Mengajar kandungan kitab suci al-Quran dan ilmu-ilmu yang belum diketahui. Firman Allah Taala yang bermaksud, Nikmat berkiblatkan ke Kaabah yang Kami berikan (kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu (iaitu Muhammad) yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat) yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui (Al-Baqarah: 151)
4. Membawa kebenaran dari Allah (al-Quran) dan mengeluarkan manusia daripada kekufuran kepada keimanan. Di samping menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (agama Islam). Firman Allah Taala yang bermaksud, Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) daripada Allah dan sebuah kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul lurus (agama Islam) (Al-Maidah : 15 -16)

2.3.4.2 Aplikasi sifat-sifat Rasul pada diri manusia
Islam sangat mementingkan akhlak yang mulia kerana itulah para rasul-rasul diutus bukan sahaja untuk menyebarkan syariat agama Islam yang benar dan hetul, tetapi mendidik manusia supaya berakhlak mulia dan terpuji. Baginda Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk diteladani kerana Baginda memiliki keperibadian dan akhlak yang sangat mulia, sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 tafsirnya, Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
Dan firman Allah s.w.t lagi dalam surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.
Keperibadian tinggi serta ahklak mulia Baginda Rasulullah s.a.w merupakan hasil didikan dan pengajaran dari al-Quran. Sayidatina Aisyah R.A. pernah berkata yang maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi s.a.w itu adalah al-Quran (Riwayat Imam Muslim)
Al-Quran mendidik Baginda supaya berakhlak mulia, pemaaf, sabar, adil, amanah, suka mengajak orang ke jalan kebaikan, melarang melakukan segala macam kemungkaran dan sebagainya. Walaupun di kalangan masyarakat sekeliling melakukan kejahatan kepadanya, baginda s.a.w tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, bahkan ia dibalas dengan kebaikan (Abul Khairi, 1994).
Akhlak mulia sangat dituntut dalam Islam kerana itu Baginda turut mendidik umatnya supaya berakhlak mulia. Baginda menunjuk ajar dan memberikan bimbingan akhlak bukan hanya setakat teori atau cakap sahaja, tetapi Baginda sendiri melakukannya. Itulah cara pendidikan terbaik dan mendatangkan kesan yang mendalam. Amalan itulah yang menarik perhatian dan menjadi kepercayaan orang ramai, sekaligus mencontohi akhlak Baginda s.a.w. Yang sebenarnya kunci utama ke arah pembentukan akhlak yang mulia itu adalah lahir daripada mempraktikkan sifat yang wajib bagi Rasul-rasul iaitu;
Pertama : Siddiq yang bermaksud benar dalam perkataan dan perbuatannya.
Kedua : Amanah yang bermaksud jujur dan dipercayai.
Ketiga : Tabligh iaitu menyebarkan dan menerangkan apa jua wahyu yang
diterimanya daripada Allah s.w.t. Keempat : Fatanah iaitu cerdik, bijaksana, pandai dan cerdas.
Sifat-sifat inilah yang menjadi kunci kejayaan Baginda Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Sifat inilah yang sepatutnya menjadi pakaian umat Islam jika mahu berjaya disegani dan dihormati. Kita lihat kejujuran dan sifat amanah Rasulullah s.a.w sehingga Baginda digelar "al-Amin" iaitu orang yang dipercayai. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan perasaan orang lain. Seorang yang tawaduk yakni merendah diri, tidak sombong dan riya', baik dari segi pertuturan dan perbuatan, bersifat belas kasihan dan suka memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Baginda tidak bersifat mungkir janji, mencela, memfitnah, berbohong, menipu, mengadu domba dan sebagainya. Memang benar dan tepatlah bahawa Rasulullah s.a.w diutus ke dunia ini untuk menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi yang maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A dia berkata, sabda Rasulullah s.a.wtelah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bahawa aku ini diutus hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".
Ketahuilah bahawa umat Islam yang dipandang mulia dan baik disisi Allah s.a.w ialah mereka yang baik akhlaknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari maksudnya: Daripada Masruq ia berkata: "Sesungguhnya kami duduk bersama Abdullah bin Amru, ia menceritakan kepada kami dan berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perkara-perkara buruk dan tidak juga perkara-perkara keji. Dan Sesungguhnya ia berkata: Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlaknya di kalangan kamu".
Perlu disedari bahawa akhlak yang buruk itu merugikan dan menjadi racun yang membunuh, perbuatan yang memalukan dan menandakan moral yang rendah, bahkan sebagai penyebab jauhnya manusia dari sisi Allah s.w.t dan memudahkannya terperangkap ke dalam hasutan syaitan yang kesudahannya menjadi penghuni neraka. Oleh itu, ingatlah bahawa akhlak buruk dan budi pekerti yang jahat itu merupakan penyakit yang bersarang dalam hati dan racun yang membelenggu jiwa yang tidak boleh dibiarkan, jangan sampai kemaksiatan menguasai diri. Rawatlah sebelum terlambat dengan membuang sifat-sifat buruk yang ada dalam diri kita dan menggantikannya dengan sifat baik dan terpuji. Jika kita seorang yang bakhil gantikanlah dengan bermurah hati, jika kita seorang yang sombong jadilah seorang yang merendah diri, jika kita seorang pendendam jadilah seorang yang pemaaf dan begitulah seterusnya. Semua ini boleh dilakukan jika ada azam dan tekad untuk mengubahnya. Apa yang penting kemahuan diri dan melazimkan diri dalam mentaati perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya. Bukankah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45 tafsirnya: Dan dirikanlah sembahyang dengan tekun. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.
Ingatlah bahawa akhlak buruk dan keji itu selalu mengganggu kehidupan, fikiran kacau, tiada ketenangan, menimbulkan berbagai masalah dan penyakit sosial, menghilangkan sifat perpaduan, kedamaian dan kasih sayang dalam berkeluarga, bermasyarakat, beragama dan bernegara. Oleh itu elakkanlah diri kita bersifat keji yang dibenci Allah s.w.t. Mohonlah kepada-Nya supaya kita dapat menteladani Rasulullah s.a.w dengan sebaik-baiknya, baik zahir mahupun batin, ibadat-ibadatnya dan amal-amal salihnya, percakapan dan perbuatannya dalam apa jua hal dan keadaannya. Semoga dengan demikian kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu dengan suruhan dan melarang-Nya, ini supaya kamu mengambil peringatan mematuhl-Nya.

2.3.5 Kepercayaan kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari akhirat ialah mempercayai dengan kepercayaan yang jazam (pasti dan tetap) bahawa hidup manusia di dunia ini bukan hidup untuk selama-lamanya sebagai hayat khalidah (hidup yang berkekalan) malah hidup mereka akan berakhir dengan kedatangan "hari akhirat". Mereka juga mempercayai dengan penuh keimanan bahawa manusia itu akan dihidupkan semula, kali yang kedua di negeri akhirat sebagai Darul Jaza' (negeri balasan). Apabila datang hari akhirat kelak, semua manusia berpindah hidupnya dari Darul Amal kepada Darul Jaza', lalu Allah s.w.t membangkitkan semua manusia itu dari kubur mereka. Mereka dihimpunkan di Mahsyar untuk dihisab amalan mereka masing-masing bagi menerima pembalasan daripada Allah Taala. Beriman kepada hari akhirat adalah salah satu dari rukun-rukun iman yang enam yang merupakan perkara utama dalam akidah, malah sebagai unsur terpenting dalam keimanan di samping beriman kepada Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud, Bukanlah perkara kebajikan itu hanya menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 177)
Sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal salih, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita (Al-Baqarah: 62)
Demikianlah diberi ingat dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (Al-Baqarah: 232).
Maksud-maksud firman Allah di atas jelas menunjukkan bahawa beriman kepada hari akhirat merupakan suatu perkara yang terpenting dan utama dalam akidah dan keimanan.

2.3.5.1 Hakikat Hari Akhirat
Hari akhirat ialah hari musnahnya alam dunia ini dan pada hari itu manusia yang inasih hidup kesemuanya akan mati. Pada hari itu Allah s.w.t mencipta alam yang lain iaitu Alam Akhirat. Di alam akhirat inilah seluruh manusia dibangkitkan, iaitu dihidupkan lagi setelah mereka mati. Rohnya dikembalikan ke dalam tubuh dan mereka akan mengalami kehidupan kali kedua. Setelah manusia itu dibangkitkan dari kuburnya, maka amalan mereka masing-masing akan dihisab untuk diberi balasan. Firman Allah yang bermaksud, Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya serta bumi itu mengeluarkan segala isinya dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun) : "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya : "Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)". Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka, Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Maka sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan dilihat (dalam suratan amalnya) (Al-Zalzalah : 1 - 8)

2.3.5.2 Pembalasan Syurga dan Neraka
Syurga
Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan syurga. Syurga adalah makhluk Allah azza Wajalla yang disediakan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Allah s.w.t telah mencipta syurga itu sebelum Dia menciptakan makhluk-makhluk yang lain. Syurga itu kini sudah wujud dan ia kekal selama-lamanya, tidak rosak binasa. Di dalam al-Quran, syurga itu mempunyai beberapa nama;
1 Jannatul Ma'wa (syurga tempat kembali)
2 Jannatu Adnin (syurga tempat tinggal yang kekal)
3 Darul Khulud (rumah yang kekal abadi)
4 Jannatul Firdaus (syurga Firdaus)
5 Darussalam (rumah yang sejahtera)
6 Darul Maqamah (rumah yang tenteram)
7 Jannatun Nairn (rumah yang bernikmat)
8 Maqamun Amin (kedudukan yang sentosa)
Syurga itu adalah tempat kediaman orang-orang yang beriman dan orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan yang salih sebagai balasan dari amalan kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini. Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang salih ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai" (Muhammad: 12)
Ahli-ahli syurga yang tinggal di dalam syurga itu dalam keadaan baik, aman dan sentosa menikmati nikmat-nikmat yang telah tersedia ada di dalam syurga itu. Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian daripada sejenis buah-buahan syurga dan mereka berkata :"Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu", dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang sentiasa suci bersih, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya " (AI-Baqarah : 25)

Neraka
Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan neraka sebagaimana wajib bagi mereka itu mempercayai kewujudan syurga. Neraka adalah makhluk Allah sebagaimana syurga, disediakan untuk orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai Allah.
Neraka itu dijadikan oleh Allah sebelum menjadikan makhluk-makhluk yang lain sebagaimana Allah menjadikan syurga juga. Neraka itu kini sudah pun wujud sebagaimana wujudnya syurga dan neraka itu kekal selama-lamanya, tidak rosak binasa sebagaimana kekal syurga. Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menjanjikan memberi balasan syurga kepada orang-orang yang beriman dan orang-orang yang taat. Allah menjanjikan pula memberi balasan neraka Jahim kepada orang yang kafir dan orang-orang yang menderhaka Allah s.w.t.

2.3.6 Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar
Hcriman kepada qada' Allah dan qadar-Nya adalah salah satu daripada rukun-rukun akidah dan ia menduduki rukun yang keenam daripada rukun-rukun Imun. Mereka yang tidak percaya kepada qada' dan qadar (takdir Allah) adalah bcrmakna mereka itu telah keluar daripada agama Allah s.w.t. Beriman kepada qudu' dan qadar adalah kepercayaan atau akidah yang wajib ditanamkan dalam hati setiap Muslim dan Mu'min. Setiap perkara yang berlaku dan terjadi ke atas diri seseorang itu, baik atau buruknya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan yung telah dibuat oleh Allah Taala dengan ilmu dan iradat-Nya sendiri sebelum ncsuatu perkara itu berlaku.
Justeru itu, andainya seseorang ditimpa kesusahan atau bala bencana atau tidak berhasil apa yang dicita-citanya, selaku orang yang beriman kepada qada' dun qadar mereka tidak akan menyesal atau bersedih hati dan merasa kecewa kcrana semua perkara itu adalah qada' Allah dan qadarnya ke atas diri seseorang. Sebaliknya jika seseorang itu dilimpahkan oleh Allah kurnia dan nikmat-Nya yang bcrupa kebendaan dan sebagainya janganlah mereka terlalu sangat bergembira schingga lupa daratan. Ini telah diingatkan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud, Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri (Al-Hadid:22-23)
Sehubungan dengan ini, sekiranya berlaku ke atas diri seseorang itu sesuatu perkara yang dibencinya janganlah mereka menganggap bahawa perkara itu buruk ke atas diri mereka kerana boleh jadi perkara yang dianggap buruk itu adalah baik bagi diri mereka. Sebaliknya perkara yang dianggap baik itu boleh jadi buruk bagi diri seseorang itu. Ini ialah kerana baik dan buruk sesuatu perkara itu adalah di dalam ilmu dan iradat-Nya yang telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t mengikut qada' dan qadarnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ; Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu bend dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia jahat (buruk) bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya (Al-Baqarah: 216)
Firman Allah s.w.t tersebut mengingatkan kepada setiap orang yang beriman bahawa Allah Taala "mentakdirkan" seseorang itu baik atau buruk adalah di atas kebijaksanaan dan belas kasihan Allah yang bersifat "al-Hakim dan al-Rahim" di mana seseorang itu jangan memandang mudah atau memperkecilkan nikmat Allah (tidak bersyukur kepada nikmat-Nya) kerana angkuh dan besar diri dan jangan pula gelisah di atas bala bencana yang menimpa mereka, malah hendaklah mereka itu bersyukur ketika dalam waktu senang dan bersabar waktu susah kerana semua perkara itu adalah qada' Allah dan qadar-Nya dan pasti mengandungi hikmah. Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.

2.3.6.1 Pengertian Qada' dan Qadar
Qada' bererti ketetapan, Qadar bererti takdir, nasib atau untung. Dalam akidah Islam qada' dan qadar ialah ketetapan Allah s.w.t di dalam azali tentang nasib atau untung seseorang manusia itu apakah mereka akan masuk dalam kumpulan orang yang beruntung atau orang yang bernasib tidak baik (sa'adah atau syaqawah).
Di dalam al-Quran al-Karim telah disebutkan beberapa kali persoalan qadar atau takdir. Firman Allah yang bermaksud,
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisi-Nya dengan qadar yang tertentu (Al-Ra'd: 8)
Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut qadar dan masa yang tertentu (al-Hijr: 21)
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan) (Al-Qamar: 49).
Kesimpulan daripada ayat-ayat tersebut bahawa maksud dan makna qadar atau takdir itu ialah suatu peraturan tertentu yang telah dibuat oleh Allah s.w.t untuk semua yang ada dalam alam yang maujud ini. Peraturan-peraturan tersebut merupakan undang-undang Am (Al-Qawaaninu al-'Ammah) atau kepastian yang inempunyai pertalian di antara sebab dengan musababnya dan di antara sebab dan ukibatnya.
Berhubung dengan maksud qadar atau takdir, Imam Nawawi menta'rifkan dan berkata bahawa qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang maujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t sebelum sesuatu itu berlaku. Allah s.w.t telah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditetapkan-Nya.
Ini bermakna berlaku sesuatu itu sudah pasti akan berbetulan mengikut sifat-sifat dan keadaannya yang khusus dan tepat sebagaimana yang digariskan oleh Allah. Allah s.w.t membuat beberapa ketentuan, peraturan dan undang-undang yang diterapkan untuk semua yang maujud di alam ini. Kesemuanya itu pasti akan berlaku, beredar dan berjalan tepat dan juga sesuai dengan apa yang telah dipastikan dalam ketentuan, peraturan dan undang-undang am yang menjadi dalil bahawa qada' dan qadar itu tertakluk di bawah kekuasaan Allah Taala.

2.3.6.2 Kepentingan meyakini Qada' dan Qadar
Percaya kepada qada' dan qadar Allah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Mereka yang tidak percaya kepada qada' dan qadar Allah akan dan berdukacita apabila mereka menerima sesuatu bala bencana. Misalnya seseorang yang kematian suami, isteri atau anak yang dikasihinya atau rugi dalam perniagaan dan sebagainya akan bersedih hati dan berdukacita menerima bala yang menimpa dirinya itu. Tetapi pada mereka yang percaya kepada qada' dan qadar Allah, mereka hanya berkata kesemuanya itu adalah ketentuan qada' dan qadar yang telah ditentukan dan ditetapkan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Apabila tiba masanya tidak sesiapa pun boleh menahan dan menghalang qada' dan (akdir Allah Taala itu. Mereka pasti akan bersabar dan menyerahkan semua perkara itu kepada Allah Yang Maha Esa dan Berkuasa. Mereka menerima segalanya dengan penuh keinsafan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Begitu juga bagi mereka yang percaya kepada qada' dan qadar Allah, apabila mereka menerima sesuatu nikmat yang dikumiakan Allah kepadanya, mereka tidak sombong dan bangga diri, malah mereka berkata ini adalah nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya. Mereka akan bersyukur dengan nikmat Allah yang diterimanya itu. Hal ini telah diingatkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud, Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang telah diberikan kepada kamu dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur, lagi membanggakan diri (Al-Hadid : 22 - 23)
Maksud firman Allah Taala tersebut menegaskan setiap musibah (bala bencana) yang menimpa diri seseorang itu semuanya qada' dan takdir Allah. Oleh itu bagi orang-orang yang beriman, menerima qada' dan qadar Allah Taala dengan penuh kesabaran dan keredaan tanpa merasa sedih, dukacita dan keluh kesah, malah hanya mengingatkan semua perkara itu adalah milik dan akan kembali kepada Allah dengan mengucapkan "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". Sebaliknya jika kita menerima nikmat daripada Allah dan memperoleh kebahagiaan, kemuliaan dan kekayaan, hendaklah bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kita dengan mengucapkan "Semua puji dan syukur untuk Allah, Tuhan Sekelian Alam".

2.4 PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH
Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan peranan penting dalam mewarnai, mencorakkan dan menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan manusia.Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan seseorang Muslim. Kekuatan ini memberi tenaga, mengarah dan mempertahankan tingkah laku mereka (Nik Azis, 1994). Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggungjawab manusia sebagai insan ciptaan Allah, iaitu beribadat kepada Allah dalam erti kata yang luas (Hasan Langgulung, 1991).

2.4.1 llmu
Ilmu adalah suatu alat yang terpenting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu didahulukan dan dikemudiankan. Ilmu yang dititik beratkan di dalam Islam ialah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. Apabila seseorang itu mengetahui ilmu fardu ain, seseorang hamba itu akan beribadah kepada Allah dengan sempurna. Seterusnya mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan seharian seperti ilmu berkaitan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya adalah penting. Kemahiran terhadap kedua-dua ilmu ini akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu terhadap agama Allah.
Jelas bahawa tuntutan Allah s.w.t supaya ilmu dan pemikiran manusia diintegrasikan dengan iman terhadap Allah s.w.t adalah bertujuan untuk membolehkan orang yang berilmu atau para sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuan dan ulama membangunkan diri, masyarakat dan alam sekitar sebagai usaha pengabdian mereka kepada Allah dan penyempurnaan amanah-Nya sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi. Berdasarkan kepada falsafah kesepaduan antara iman dan ilmu, jasad dan roh, dunia dan akhirat, fikiran dan hati, akal dan wahyu, sikap muslim terhadap ilmu dan usaha mempelajari serta mengembangkannya akan tunduk kepada tuntutan akidah, syariah dan akhlak Islam.
2.4.2 Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Dan Jahiliah
Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah s.w.t dengan tidak mempunyai tanggapan yang sebenar mengenai Allah s.w.t, dan tidak menunaikan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah s.w.t samalah juga dengan orang-orang jahiliah kerana di antara mereka itu memang mempercayai adanya Allah s.w.t. Mereka mengerti bahawa yang menjadikan alam semesta ini ialah Allah tetapi mereka dianggap jahiliah kerana mereka tidak menjalankan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah s.w.t.
Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman iaitu mempercayai konsep hari Akhirat yang meliputi pembalasan, timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti dan individu yang meyakini setiap detik dan setiap apa sahaja yang dilakukan olehnya baik berbentuk niat, cita-cita, perlaksanaan dan sebagainya akan menerima pembalasan daripada Allah. Ini dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang mana setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun seberat zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan jahat walaupun sebesar zarah juga akan dibalas dengan kejahatan yang dilakukan itu. Sebagaiman firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah(atom) nescaya akan dilihat-Nya (dalam surat amalnya) dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihat-Nya (dalam surat amalnya) (AI-Zalzalah:7-8)
Bertitik-tolak dari kesedaran ini, seseorang itu akan sentiasa berhati-hati dalam setiap gerak perlakuannya dengan memastikan dia sentiasa berada dalam konteks amar ma'ruf dan nahi munkar.
2.4.3 lltizam Meninggalkan Yang Haram
Manusia telah dilengkapkan dengan nafsu dan keinginan yang tidak terbatas. Desakan nafsu tidak mengenal adab dan kesopanan.Nafsu bergerak mengikut tabiat ia diciptakan dan seorang hamba dikehendaki mendidiknya supaya tunduk kepada peraturan dan adab. Ini adalah penting untuk mengembalikan kestabilan diri, keluruhan jiwa dan ketertiban kelakuan. Mengawal nafsu adalah syarat untuk membentuk keperibadian yang luhur dan murni.
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini penuh dengan bermacam-macam dugaan dan cabaran, manusia boleh dilalaikan oleh permainan dunia khususnya maksiat dan kemungkaran. Memang tepat sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-An'am, ayat 32 yang bermaksud, Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?.
Sememangnya diakui bahawa manusia tidak terlepas dari berbuat kesalahan dan bersifat lupa, tetapi kita pula jangan lupa yang Allah s.w.t telah memberikan kita akal untuk berfikir, sayugialah akal itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Dengan akal, kita boleh membezakan yang hak dan batil, yang baik dan buruk. Agama Islam telah menetapkan hukum bagi sesuatu perkara itu sama ada ia wajib dilaksanakan ataupun di haramkan. Dalam hal ini manusialah yang selalu alpa diri dan lupa tuhan. Oleh itu sebelum terlambat, maka bersegeralah untuk bertaubat dan melakukan amal ibadat seandainya inginkan keselamatan di dunia dan di akhirat. Hendaklah menyesali dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.
Ingatlah bahawa hidup ini hanyalah sementara. Umur yang diberikan itu hanyalah pinjaman dari Allah s.w.t, bila-bila masa boleh dicabutnya. Oleh itu sedarlah akan kesilapan yang dilakukan. Pohonlah keampunan kepada Allah s.w.t sebelum terlambat. Jangan malu, takut atau sombong untuk mengakui kesilapan sendiri dan bertaubatlah kepada Allah s.w.t kerana Dia Maha Pengampun (crhadap hamba-hambanya. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisaa, ayat 110 yang bermaksud,
Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri dengan melakukan maksiat, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Dalam memohon keampunan, hendaklah dengan sepenuh hati dan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t, yakinlah bahawa Allah s.w.t Maha Pengampun akan dosa hamba-hambanya yang mahu bertaubat dan janganlah ada sifat putus asa diilam memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
Seorang Muslim yang sebenar-benarnya inginkan rahmat dan pengampunan Allah s.w.t, sentiasa berpegang teguh dengan agama, taat perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangannya, tidak mudah dikuasai oleh hawa nafsu dan tidak mudah mengikut ajakan syaitan kerana syaitan itu sentiasa mahu anak Adam terjerumus ke lembah kehinaan dan kebinasaan. Ingatlah bahawa Allah s.w.t itu sentiasa bersama hambanya yang soleh dan beriltizamlah meninggalkan perkara-perkara yang haram.
2.4.4 lltizam Melakukan Ibadat
Agama Islam telah mengaturkan bermacam-macam cara bagi manusia melakukan ihadah kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara perbuatan lisan saperti herdoa, berzikir, menyeru berbuat kebaikan dan kebajikan dan mencegah berbuat perkara maksiat dan kejahatan, dan ada pula ibadat dengan menggunakan harta seperti mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya, dan ada pula ibadat yang terpaksa dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Ibadat-ibadat tersebut iliperintahkan Allah s.w.t bukan sahaja semata-mata untuk taat kepada Allah s.w.t tetapi disebaliknya penuh dengan rahsia dan hikmah yang wajib diterokai hagi menjalani kehidupan yang sempurna. Dalam memenuhi tuntutan kehidupan seorang Muslim, seorang hamba hanya perlu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah ilan jasmaniah, urusan dunia dan akhirat. Inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat dalam ajaran-ajaran lain. Dalam ibadah kita diminta agar mempunyai sifat itqan. Kita mesti melakukan ibadah dengan sungguh-sungguh, agar ibadah kita diterima oleh Allah. Kita harus pertingkatkan kualiti ibadat kita agar setiap hari kita menjadi lebih dekat kepada Allah dan menjadi hamba yang dicintai oleh Allah.
2.4.5 Mujahadah al-nafs dan muhasabah diri
Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri sehingga mampu menjadikan hatinya ikhlas di dalam setiap perlakuannya. Justeru itu setiap Muslim sepatutnya,
i. Memahami Islam sedalam-dalamnya dengan mengetahui kaedah-kaedahnya, hukum-hakam dan syarat-syaratnya yang harus dipegang teguh ketika menjalinkan hubungan dengan Allah s.w.t, dengan saudara dan masyarakat.
ii. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu agar semua perbuatan yang dilakukan itu adalah perbuatan yang baik dan ikhlas kerana Allah. Ini adalah saranan yang disebut dalam ayat al-Qur'an yang bermaksud, Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri (al-Qiamah: 14)
Rasulullah s.a.w bersabda, Jika engkau menghendaki sesuatu perkara maka renungkanlah akibatnya. Apabila akibatnya baik maka lakukanlah dan apabila sesat maka cegahlah (Riwayat Ubadah bin Shamit)
Renungan mendalam akan menghindarkan dirinya dari terjerumus dalam kesalahan dan dosa dan mendorong dirinya ke arah kebaikan.
iii. Mengikuti perbuatan yang telah mulai dilakukan agar ia merasa tenang bahawa dirinya berjalan sesuai dengan pensyaratan-pensyaratan ini, dia melakukan sendiri pelurusan arah itu. Pada tahapan ini juga harus ada respon jawapan terhadap nasihat-nasihat dari saudara-saudaranya. Agama adalah nasihat. Seorang mukmin harus mempelajari sebab-sebab kesalahan dan penyimpangan dirinya sehingga dapat memahami dirinya.
iy. Membetulkan diri sendiri.
Seseorang Mukmin perlu membetulkan nafsunya melalui renungan diri atau melalui amalan amar makruf dan nahi mungkar yang mampu menyedarkan dan meluruskan perbuatannya sesuai dengan syariat Allah. Jika mereka berada di jalan yang lurus maka dia akan diterima oleh masyarakat yang hidup bersama mereka dan mereka akan dapat kehidupan yang baik. Dan apabila tingkah laku seseorang itu bertentangan dengan syariat Islam maka masyarakat akan menolaknya dan mereka akan hidup dalam kehidupan sempit.
Seseorang Muslim juga percaya bahawa di akhirat kelak akan terdapat perhitungan. Allah s.w.t tidak membiarkan orang-orang yang menyimpang itu tanpa balasan, tetapi telah mempersiapkan baginya sebuah laporan yang menjelaskan semua perbuatan yang dia lakukan selama hidup di dunia. Demikian juga dengan kebaikan dan kesalahan yang dilakukan. Dengan demikian setiap orang akan menemukan balasanya baik berupa pahala mahupun seksa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (az-Zalzalah: 7-8)
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya, dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan (al-Anbiya: 47)
Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkannya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu " (al-Isra: 13-14)
Agar Allah memberi pembalasan kepda tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya (Ibrahim: 51)
Hati yang diisi dengan akidah dan iman akan sentiasa yakin Allah s.w.t sentiasa bersamanya sama ada ketika bersendirian atau dalam masyarakat ketika sembunyi atau terang-terangan. Hal tersebut adalah kerana dia sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya, melihat serta mengetahui apa sahaja tindakan baik dari sudut hati atau perbuatan zahir. Untuk itu hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus pastinya akan menjuruskan individu dan personalitinya ke arah perawakan yang baik dan diredhai Allah. Hal tersebut dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) dan mereka yang menjaga kehormatannya"
(al-Mukminun: 1-5)
2.4.6 Taubat
Jiwa yang gelisah dan tidak tenang adalah disebabkan oleh tipudaya dan gangguan syaitan. Kejayaan gangguan syaitan disebabkan jauhnya hubungan di antara seseorang hamba dengan Allah, kesan daripada dosa dan maksiat yang dilakukan. Jika dosa dan maksiat itu masih berterusan, selagi itulah jiwanya sentiasa terpaksa menghadapi gangguan
Dalam konteks ini, Islam memandang taubat adalah jalan terpenting untuk mengatasinya. Taubat dengan erti kembali dari jalan runtunan syahwat dan bertuhankan syaitan menuju ke jalan Allah, berupaya bertindak sebagai langkah pertama menuju kesempumaan akhlak setelah sekian lama hati dan jiwanya menderita dalam kegelapan maksiat. Unsur-unsur ilmu, kesedaran dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan disertai dengan azam yang kuat untuk tidak akan mengulanginya lagi akan membimbing seseorang itu dalam mencari, menilai dan memilih jalan perlakuan sebenar.
Seseorang yang bertaubat akan memohon ampun dan mengharapkan keredhaan dariNya. Taubat yang memenuhi konsepnya dapat menghapuskan segala bentuk dosa kecuali syirik. Titisan jernih airmata orang-orang yang bertaubat bagaikan keampunan Allah yang menghilangkan karat-karat dosa dan menjadikan hatinya bersih, jernih, suci dan tenang. Firman Allah SW.T bermaksud,
Dan orang-orang, apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiayai diri mereka, mereka ingat akan Allah lalu meminta ampun di atas dosanya itu. Dan tiadalah yang mengampuni dosa itu kecuali Allah. Mereka tidak berkekalan di atas perbuatan itu dan mereka mengetahui (Ali-Imran: 135).
Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan (AI-Nur: 31)
Demikianlah betapa besarnya nilai keampunan Allah untuk hamba-hamba-Nyu yang bertaubat dan memohon keampunan-Nya.
Hakikat taubat dari segi bahasa ialah kembali. Dari segi istilah syara' ialah kembali dari keadaan yang dicela oleh syara' kepada keadaan yang terpuji oleh syara' (Mohd Nakhaie, 1998). Untuk menjadikan sesuatu taubat itu sah mestilah memenuhi tiga syarat iaitu menyesal di atas keterlanjuran yang telah dilakukan, meninggalkan serta merta keterlanjuran itu dan berazam tidak akan kembali lagi melakukannya seperti yang pernah dilakukannya. Jika maksiat yang dilakukan itu nda kaitan dengan hak orang lain, syarat yang keempat ialah mengembalikan hak ilu kepada orang yang berhak.
Proses taubat bermula dengan adanya kesedaran iaitu hati mula terjaga dari kclalaian dan mula terpandang keadaan buruk di dalam diri dan kelakuan, keadaan ilu membawa, dengan taufiq Allah, kepada kepekaan terhadap apa yang terbayang dilikirannya tentang larangan Allah s.w.t dengan pendengaran hati. Apabila lerfikir di dalam benak hati kejahatan yang dilakukan dan melihat keburukan perbuatan itu,terpancarlah di dalam hati keinginan untuk bertaubat. Jika taubat ini dilanggar, perlulah ianya diperbaharui. Tidak seharusnya putus harapan untuk Icrus bertaubat jika masih terlanjur.
2.4.7 Doa
Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk mengingati Allah s.w.t, perbanyakkan doa kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua, seorang hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati Allah dan mendapat keredhaan-Nya. Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang untuk dilalui hamba bagi mendapatkan kurniaan-Nya. Allah s.w.t menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud ; Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas (Al-A'raf: 55)
Berdoalah kepadaKu, Aku akan memenuhi permintaan kamu (Al-Ghanr: 60).

2.5 FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH
2.5.1 Percakapan
Sesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya. Antaranya ialah apabila seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan orang yang dituduh adalah tidak layak kepada gelaran itu. Memperolok-olokkan salah satu dari nama-nama Allah yang mulia, janji Allah, peringatan atau amaran dari Allah s.w.t, juga boleh membatalkan akidah seseorang. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku diperintahkan Allah melakukan sesuatu, aku tidak akan lakukan. Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan sembahyang menghadap kepadaNya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga aku tidak akan masuk". Perkataan yang diucapkan secara memperkecilkan Allah s.w.t atau melahirkan keangkuhan akan menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.
2.5.2 Perbuatan
Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti sujud kepada berhala atau makhluk lain atau sujud kepada yang lain daripada Allah, melainkan dalam keadaan terpaksa seperti seorang tawanan perang yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negara yang diperangi. Berlainan dengan rukuk, jika rukuk kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk seperti kita membesarkan Allah adalah kafir tetapi jika tujuannya sekadar untuk menghormati, tidak menyebabkan kafir tetapi tetap hukumnya haram.
2.5.3 Keyakinan atau Iktiqad
Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang Allah s.w.t, rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya, al-Quran, Had Akhirat atau syurga dan neraka, pahala dan dosa dan sebagainya. Beriktikad tentang ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t atau menafikan wajibnya perkara yang diijma'kan tentang wajibnya seperti sembahyang lima waktu, kewajiban berzakat, berpuasa dan haji.
Kesimpulannya ialah bahawa setiap simpulan dalam hati, perbuatan atau perkataan yang menunjukkan penghinaan, meringan-ringankan, memperkecilkan Allah s.w.t, KitabNya, RasulNya, MalaikatNya, syiar agamaNya, hukum Allah, janji dan amaranNya, maksiat yang mesti dihindarkan akan membawa kepada terbatalnya dua kalimah syahadah dan terputuslah ikatan akidah seseorang.
2.6 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH
Apubila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah. Kekuatan akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir, loba, tamak dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram. Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nufsu syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan. Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah (AbdulHalim, 1992,Siddiqi, 1979).
Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal, ideologi yang mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah. Kekuatan ini tidak diperolehi dengan meniru golongan Timur dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme yang diambil daripada Barat moden. Kekuatan akidah menjadi teras bagi model motiyasi Islam. Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluan manusia dalam kehidupan :
i. Dharuriah : Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan di akhirat. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Ternyata pemeliharaan akidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia.
ii. Hajiah: Pemuasan terhadap keperluan asas manusia seperti menhilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkan pelaksanaan ibadah umum (muamalat).
iii. Tahsiniah : Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitu mengembangkan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperoleh pengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungan dan mendapatkan kecantikan serta keindahan.
2.6.1 Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan Rasul
Manusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan dirinya kepada Allah dalam satu rangka pengabdian (ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah selaku Pewaris (Khalifah) di bumi (al-An'am: 165) (al-Baqarah: 30 - 39). Di atas dasar iman kepada Allah s.w.t, para malaikatNya, kitab-kitabNya, manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai Syariah. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di akhirat.
Alam, termasuk insan, mengandungi tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t atau ayatullah yang harus menjadi bahan renungan, pemikiran dan pengajaran bagi orang yang berilmu (al-Baqarah : 164) (al-Imran :189 - 191) (al-Rum : 20 - 25). Ini bererti bahawa ilmu pengetahuan) dan kepintaran akal serta kejayaan teknologi manusia harus membawa kepada takwa kepada Allah sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran yang bermaksud,
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun (Fatir :28)
Akidah yang benar dapat menjaga individu atau tuannya beserta agama yang dianutinya agar sentiasa patuh kepada Allah dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Tanpa akidah dan keimanan yang kukuh kepada setiap individu akan dijadikan senjata terpenting bagi musuh Islam untuk meruntuhkan umat Islam, sekaligus melenyapkan Islam di atas muka bumi ini. Keimanan yang kental dimiliki oleh para sahabat membuatkan mereka mampu menghadapi musuh walaupun jumlah serta kelengkapan dari sudut fizikal musuh itu jauh lebih lengkap berbanding dengan mereka. Firman Allah yang bermaksud :
Wahai Nabi, rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu 100 orang nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir...... (al-Anfal: 65)
Ayat ini menjelaskan bahawa di peringkat pertama orang Islam mesti menghadapi musuh dan mereka tidak dapat meninggalkan medan peperangan apabila menghadapi musuh dalam nisbah 1 : 10. Jelas keimanan membuatkan mereka tidak rasa gentar untuk menghadapi segala cabaran demi untuk mempertahankan akidah dan Islam yang maha suci di samping tidak putus-putus mengharapkan pertolongan dari Allah. Kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya dari segala sesuatu yang ada dan ini perlu diperlihatkan dalam setiap ucapan, perbuatan dan segala gerak lakunya dalam pergaulan dan ketika bersendirian. Jikalau dalam kalbunya itu dirasakan masih ada sesuatu yang lebih dicintai daripada Allah dan RasulNya, bererti keimanan dalam sanubarinya inusih belum terikat kukuh dan masih belum mantap.
Akidah dan iman dapat membentuk suatu kesatuan umat Islam demi mcncapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah dan meninggikan syiar Islam. Dalam konteks inilah juga dapat dikaitkan di mana persaudaraan di antara semua umat Islam sebenarnya bukan diasaskan atas dasar keturunan atau pertalian darah Ncmata-mata tetapi persaudaraan Islam itu dibina di atas dasar akidah yang satu. Untuk itu walaupun seseorang itu sama keturunan dan pertalian darah tetapi herbeza dari sudut akidah dan keimanan menyebabkan ia adalah terpisah. Untuk itu setiap Muslim dan Mukmin itu adalah bersaudara dan mesti hidup bersatu padu sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Orang Islam itu adalah bersaudara kepada orang Islam yang lain (Riwayat Muslim dan Bukhari)
Antara lain Nabi juga menjelaskan bahawa umat Islam itu seumpama satu hinaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Orang mukmin itu diumpama seperti satu binaan saling kuat menguat di antara satu sama lain (Riwayat Muslim)
2.6.2 Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup
Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan, ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam sekaligus mampu menjadi model iitau tauladan kepada masyarakat Islam itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya mengikuti ajaran Islam.
Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan ingin terus inaju kerana membela kebenaran. Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid kerana mempertahankan kebenaran dan keadilan Islam. Keberanian ;ikan timbul disebabkan oleh keyakinannya bahawa yang memudoratkan dan mematikan adalah terletak di bawah kekuasaan Allah s.w.t semata-mata. Beberapa kesan jiwa yang beriman ialah,
i) Adanya peningkatan iman akan melahirkan segolongan ummah yang memiliki ketakwaan yang kental terhadap Pencipta dan saling menghormati di kalangan yang dicipta.
ii) Melahirkan ketulinan akidah yang akan mencetuskan sifat mulia, berani kerana benar, ikhlas dalam mengerjakan sesuatu, sabar ketika mendapat ujian, di samping melahirkan sifat-sifat terpuji dan mampu menghindarkan diri dari sifat-sifat tercela.
iii) Jiwa sentiasa diliputi ketenangan, bebas dan merdeka serta dapat mengikis perasaan kehambaan dan kehinaan.
iv) Iman dan akidah mampu mengangkat martabat manusia. Setiap insan yang lahir ke dunia ini adalah sama kecuali yang bertakwa kepada Allah s.w.t kerana Dia sahajalah yang paling berkuasa.
v) Pemahaman tauhid mendalam akan memungkinkan memahami realiti Pencipta, diri individu itu sendiri dan persekitarannya.
vi) Tersematnya iman ke dalam sanubari seseorang yang menjadikannya bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepada mereka, terutama sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t.
Keimanan menukar seseorang daripada bersikap keakuan kepada sikap peribadahan yang memperhambakan diri hanya kepada Allah s.w.t. Jika sebelum beriman seseorang itu adalah seorang yang bongkak dan ego, akidah akan dapat menurunkan keegoaannya. Bagi mereka yang merasakan dirinya terlalu hina di hadapan manusia lain, akidah akan dapat membebaskan jiwa dan perasaannya dengan merasakan bahawa manusia yang lain itu juga adalah hamba Allah. Yang berhak ditakzimkan dan dibesarkan ialah Allah s.w.t. Begitulah peranan akidah dalam membentuk matlamat dan halatuju perjuangan insan, hanya bermatlamatkan keredhaan Allah s.w.t.
Seseorang yang berakidah perlu menggunakan apa juga yang terdapat dalam alam sekelilingnya di atas jalan Tauhid. Ini adalah kerana Allah s.w.t telah memberikannya suatu fahaman dan pandangan (paradigma) tentang masyarakat yang penuh dengan sistem nilai, sifat, lengkap dengan segala keperluan, kesejahteraan hidup melalui kerjasama dengan manusia lain. Hanya melalui Tauhid manusia tidak akan membuat kejahatan atau fasad di muka bumi ini. Sesungguhnya pandangan ini akan memberansangkan manusia untuk menghala dunia sekelilingnya mengikut kehendak Allah s.w.t. Inilah misi manusia Muslim sebenamya yang mesti dilakukan dengan penuh penyerahan kepada Allah s.w.t (Syed Othman, 1992).
2.6.3 Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul
Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke arah perawakan yang baik dan diredai Allah. Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat membentuk masyarakat yang saling bantu membantu untuk mencapai keredhaan Allah iaitu menyuruh kepada perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan segala bentuk kemungkaran sebagaimana yang dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud :
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan...." (al-Maidah: 2)
Berdasarkan dalil di atas menjelaskan kepada kita bahawa berteraskan akidah dan keimanan dapat membentuk masyarakat yang bermula dari individu yang sama-sama bersatu padu dan berganding bahu dalam apa jua bentuk sumbangan dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya untuk mencapai kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ekorannya sikap mementingkan diri sendiri dan menumpukan kepada amalan fardu (amalan berbentuk individu) lebih rendah keutamaannya berbanding amalan yang berbentuk kemasyarakatan (Ab. Latif dan Rosmawati 1998). Cinta dan kasih kepada seseorang yang dikasihi Allah dan Rasul. Seseorang mukmin akan menaruh cinta kepada seseorang atas dasar ketakwaan dan kesolehannya bukan atas dasar kedudukan dan kekayaan. Oleh itu akan lahirlah sifat ukhuwwah, bertimbangrasa, bertoleransi, bertolong Bantu dan sebagainya. Lahirnya sifat-sifat orang yang bersyukur apabila hilang daripada diri segala sifat kikir, tamak, rakus dan loba. Akan lahir insan berbudi, dermawan, suka menolong dan memaafkan kesalahan orag lain ke atas dirinya.
Berteraskan akidah dan iman dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni dan bertamadun. Hal tersebut jelas melalui bukti sejarah melalui masyarakat Islam yang dibina oleh Rasululah s.a.w di Madinah seterusnya terbentuknya negara Islam pertama di dunia. Melalui pertapakan dan kesatuan umat dalam masa yang singkat sahaja Rasulullah mampu menyebarkan Islam keseluruh pelusuk tanah Arab serta keharmonian masyarakat terjamin baik masyarakat Islam mahupun bukan Islam yang tinggal di Madinah pada masa itu (Ab. Latif & Rosmawati 1998). Betapa banyak pula kerosakan dan kehancuran kita dapati akan menimpa sesuatu masyarakat yang tidak berpegang dengan asas akidah serta iman yang benar walaupun dari sudut material, mereka mencapai tamadun yang tinggi, contohnya tamadun Saba* dan Firaun. Mereka akhimya musnah untuk menjadi pengajaran kepada kita sekalian di dunia ini dan azab yang menimpa mereka di akhirat nanti lebih sengsara.
2.6.4 Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis
Setiap insan yang diciptakan Allah s.w.t mempunyai keistimewaan berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain, bukan hanya dari aspek kejadiannya malah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jika mereka mengimplementasikan asas dari ajaran Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek kehidupan (W. Abdullah, 1997).
Dalam hal ini, sejarah telah membuktikan bahawa hasil didikan dan asuhan Rasulullah s.a.w melalui akidah, telah muncul individu-individu yang kritis, progresif dan dinamis dalam seluruh aspek kehidupan seperti, spiritual, intelektual, fizikal, material, individu, masyarakat, dunia dan akhirat. Mereka mampu menjadi model untuk membina satu tamadun yang berkekalan. Dalam masa yang sama mereka sanggup berjuang mengikut kebolehan dan keistimewaan masing-masing dengan ikhlas dan rela hati tanpa mengharapkan upah, hanya untuk Islam semata-mata. Sebagai contoh di sini dipaparkan lakaran sikap beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w dalam meninggikan syiar Islam seperti saidina Abu Dakar as-Siddiqy R.A dalam bidang siasah dan kepakaran politiknya digunakan untuk menegakkan panji-panji Islam. Saidina Umar al-Khattab R.A merupakan pemimpin yang tegas dan berwibawa. Menggunakan ketegasan dan kewibawaannya untuk memperteguhkan Islam. Saidina Usman bin Afan R.A merupakan seorang tokoh korporat yang bertaraf jutawan. Beliau telah menggunakan harta kekayaannya untuk memantapkan ketenteraan dan ekonomi umat Islam. Saidina Ali bin Abu Talib R.A adalah seorang pemuda yang amat cerdas, berani dan lantang berbicara. Beliau telah menggunakan kelebihannya untuk membela agama. Panglima Khalid bin al-Walid R.A yang merupakan panglima perang yang menyerahkan segala pengorbanan demi meninggikan kalimah Allah s.w.t.
Sikap-sikap kritis, dinamis dan progresif yang ditonjolkan oleh mereka inilah yang telah mempertingkatkan kecemerlangan Islam sehingga dipandang gerun oleh masyarakat seluruhnya. Sikap positif ini perlulah dicontohi oleh umat kemudian yang mampu membawa umat Islam masakini ke arah kegemilangan.
2.6.5 Membangun ekonomi ummah secara komprehensif
Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan ekonomi, dan hakikat ini sekaligus membawa erti bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara tergantung pada kekuatan ekonominya. Aspirasi pembinaan generasi unggul harus dijayakan menerusi kemantapan akidah yang meletakkan ekonomi sebagai salah satu nilai yang ingin dicapai. Nilai ekonomi dalam konteks budaya Melayu harus mengakar pada ajaran Islam, agar dengan itu perjuangan mengangkat martabat ekonomi umat tidak akan berkonflik dengan akidah Islam, sebaliknya menjadi bahagian daripada penghayatan agama itu sendiri. Memang ajaran Islam pada dasarnya bersikap positif terhadap harta (kekayaan) dan kekuatan ekonomi keseluruhannya (Siddiq Fadzil, 2005). Dalam konteks Malaysia, pembangunan ekonomi ini boleh dikaitkan dengan penguasaan ilmu pengetahuan, yang setentunya bidang atau ilmu ekonomi turut terlibat. Melalui perbankan Islam, banyak istilah produk kewangan diketengahkan seperti bait mal ajil, mudharabah, murabahah, mewujudkan produk kewangan Islam, perbankan Islam, bon Islam dan seumpamanya. Para anggota panel syariah ternyata mempunyai mekanisme yang sewajarnya untuk digunakan bagi mengasingkan ajaran Islam dengan amalan konyensional dalam perbankan. Sungguhpun begitu, tumpuan utama ialah keseimbangan pembangunan dan sifat komprehensif yang perlu diwujudkan dalam perencanaan pembangunan.
Keseimbangan juga diperlukan dalam aspek kewujudan golongan kaya. Komunisme muncul akibat ketidakseimbangan penduduk antara kaya dan miskin. Kapitalisme ditentang kerana mengizinkan atau hanya mewujudkan peluang untuk mereka yang bermodal saja. Islam pula sering mengaturkan tatacara kehidupan miskin-kaya dengan bermaruah dan jaminan iaitu dengan prinsip harta orang kaya adalah sebahagiannya milikan orang miskin. Ia dapat direalisasikan apabila,
1. Golongan berada tidak disekat dari meneruskan aktiviti pengumpulan harta kekayaan;
2. Zakat dikenakan bagi mengagih-agihkan kekayaan dan menjanakan ekonomi serta silaturrahim antara kaya dan miskin
3. Bersedekah (membantu mereka yang berada dalam kesempitan) adalah perbuatan yang mulia;
4. Membayar upah sebelum peluh kering;
5. Sifat amanah;
6. Menjaga kualiti, dan banyak lagi.
Semua nilai-nilai Islam ini perlu ada dalam program keseimbangan dan ditentukan pula mekanisme yang sewajarnya. Walau apa pun, pendekatan ini semestinya, tidak lari dari akidah Islam. Apa yang jelas, walau apa situasi dan kondisi sekali pun, nilai moral dan etika dalam kegiatan ekonomi perlu dipastikan tidak terhakis. Ini kerana nilai-nilai inilah yang bakal menjamin kesinambungan pembangunan yang berterusan, tanpa diganggu-gugat oleh unsur ketidakadilan, pengeksploitasian, diskriminasi dan sebagainya. Lantas mengukuhkan asas-asas ketamadunan Islam.
2.6.6 Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil
Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan pengurusan secara berorganisasi, di mana salah seorang daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi. Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai bawahan dengan saksama. Ketua sebagai penyelaras, bukanlah bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas, malah mereka juga turut terikat dengan undang-undang yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Walaubagaimanapun sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak penguasa, wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika terdapat sebarang keraguan tentang sesuatu perkara, maka hendaklah merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Firman Allah s.w.t bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya dan ulil-amri (pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah) (An-Nisaa': 59)
Madinah adalah satu-satunya negara model cara pelaksanaan sistem pentadbiran dan pengurusan berkualiti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w pada permulaan pembentukan negara Islam. Pada ketika itu baginda memegang dua bentuk kekuasaan iaitu ketua agama dan ketua pemerintah. Sebagai ketua agama, Rasulullah s.a.w selalu menerima wahyu dari Allah s.w.t yang dinamakan syariat. Berteraskan syariat itulah, baginda mengimplimentasikan terhadap masyarakat dan negara sebagai ketua pemerintah. Kedua-dua bentuk kepemimpinan seperti ini memang tidak boleh dipisahkan, bahkan saling kait mengait di antara satu safna lain.
Model yang ditonjolkan baginda s.a.w adalah untuk kejayaan umat sejagat, khususnya umat Islam itu sendiri. Berjaya atau tidaknya sesuatu pentadbiran dan pengurusan yang baik dan sempurna adalah bergantung kepada kepada sejauh mana sikap dan tanggungjawab mereka yang terlibat. Apakah penglibatan mereka dalam sesuatu bidang atau tugas sesuai dengan ilmu pengetahuan dan kepakarannya atau tidak? Islam amat memandang berat terhadap kedua-dua perkara tersebut. Jika tugas dan tanggungjawab itu tidak sesuai atau sejajar dengan keilmuan dan kepakarannya, sudah tentu akan menimbulkan kesan buruk dalam sesuatu pentadbiran dan pengurusan di samping kemerosotan prestasi dan kualiti sesuatu organisasi yang dipegangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya: berkata seseorang: Bagaimana caranya menyia-nyiakan amanah ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Apabila diserahkan sesuatu pekerjaan kepada yang bukan ahlinya (kepakarannya), maka tunggulah kehancurannya" (Riwayat Al-Bukhari)
Sebagai kesimpulannya, pemimpin atau pemerintah hendaklah menjadikan ukidah sebagai teras ke arah menegakkan pemerintahan yang stabil.

2.7 KESIMPULAN
Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia yang menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang keluar hasil bisikan perasaan seseorang. Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan individu dengan hakikat yang sebenarnya. Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk itu orang-orang yang beriman dan mempraktikkan keimanannya akan mencapai kemanisan iman scrta merekalah sebaik-baik makhluk sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itulah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah: 7)
Bertunjangkan akidah, Sayid Sabiq (1978) telah menjelaskan tujuh kekuatan utama yang perlu dikuasai oleh setiap muslim bagi membina semula peradaban Islam:
1. Kekuatan jihad : memberi pengorbanan yang nyata demi membela hak, memperoleh kehidupan yang merdeka dan memperoleh kehidupan yang mulia.
2. Kekuatan akidah : Keimanan yang mutlak kepada Allah akan melahiran kepuasan dalam hati dan fikiran. Begitu juga, berpegang teguh kepada kebenaran akan dapat mengusir kebatilan daripada hati dan fikiran.
3. Kekuatan ilmu : Ilmu pengetahuan merupakan penegak peribadi manusia, menyingkap hakikat kewujudan sesuatu benda atau perkara dalam alam nyata dan alam yang tidak dapat dilihat dengan mata.
4. Kekuatan budi pekerti : Kelemahan jiwa diatasi dengan mensucikannya sehingga dapat berkembang di atas jalan yang lurus yang menuju ke arah kemuliaan dan keluhuran rohani.
5. Kekuatan ekonomi : Memperolehi harta kekayaan, memakmurkan bumi, memperkembangkan kekuatan alam dan kemudian mengambil kemanfaatan daripada sumber alam. Harta kekayaan dan sumber alam itu perlu digunakan dengan adil dan bijaksana.
6. Kekuatan ikatan masyarakat : Menegakkan masyarakat dengan dasar kemerdekaan, keadilan, persamarataan, mengikut asas-asas syariah Islam, bekerja kuat, pergaulan baik dan undang-undang yang jujur. Semua ini bertujuan untuk mencapai kebahagiaan bagi seluruh umat manusia.
7. Kekuatan susunan perdamaian : melaksanakan perdamaian umum yang berteraskan hormat-menghormati antara sesama manusia dan menghorniati serta melindungi semua perjanjian.
Berdasarkan penjelasan-penjelasan tersebut di sini dapat dirumuskan bahawa iman yang bertapak di dalam hati itu dapat mendorong individu ke arah segala bentuk kebaikan berupa niat, ucapan dan perbuatan demi untuk mencapai keredhaan Allah. Justeru itu jugalah dalam konteks Islam, menjaga keimanan dan akidah itu satu perkara wajib terhadap individu. Kerana dengan selamatnya iman dan akidah itu menyebabkan semua anggota lain juga terselamat dari seksaan dan azab di akhirat nanti. Sebagai rumusannya, berbekalkan akidah yang benar dan iman yang mantap akan membentuk masyarakat, bangsa dan akhirnya negara ke arah mencapai kemajuan dari sudut material dan rohani.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Abdul Halim, M. 1992. "Al-Quran dan Sunnah Sebagai Sumber Hukum dan Ilmu" dim. Abdul Halim (ed.). Dinamika Dakwah. Petaling Jaya Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati All @Mat Zin. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid . Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob. 1985. Aqidah dan Keimanan. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Abul Khairi Al-Latifi. 1994. Martabat Umat Islam. Kuala Lumpur : Darul Nu'man. Abu Urwah 1986. Risalah Usrah. Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Abu al-'Ula 'Afifi. 1963. Al-Tasawwuf: al-Thawrah al-Ruhiyyah fi al-Islam. Misr : Dar al-Ma'arif.
'Ali b. Muhammad b. 'Ali al-Sayyid al-Zayn Abi al-Hassan al-Husayni. 1938. Al-Ta'rifat. Misr : Syarikah Maktabah wa Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi.
80
AI-Dahlawi, Syah Wall Allah ibn al-Rahim. t.thn. Hujjah Allah al-Balighah. Qahirah : Dar al-Kutub al-Hadithah.
I lukami.Hafiz ibn Ahmad. t.thn. Ma'arij al-Qabul bi Syarh Sulam al-Wusul ila 'Ilm al-Usul fi al-Tauhid. 2 Jilid. Bayrut: al-Salafiyyah.
Manna al-Fakhu dan Khalil. 1957. Tarikh Falsafah al-'Arabiyah. Juz. 2. Bayrut : Darul Ma'arif.
Prof. Dr. Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn Bhd.
llasan Langgulung. 1991. Kreativiti dan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il. 1970. Tafsir al-Quran al-'Azim. 7 Jilid. Bayrut : Dar al-Fikr.
Ibn Taymiyyah. 1969. Jami' al-Rasa'il. Qahirah : Mat. Al-madani.
Al-Jazaairi, Abu Bakar Jaabir. 1986. Aqidatul Mukmin. Jilid 1. Terjemahan H.Salahuddin Abdullah. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.
Mahmud Syaltut. 1972. Aqidah wa Syari'ah. Bayrut: Dar al-Shuruq.
Mohd Nakhaie Ahmad. 1998. Di Bawah Naungan Islam. Kuala Lumpur : Institut Muamalat Islam Malaysia.
Mohd Sulaiman Yasin. 1984. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Sulaiman Yasin. 1985. Islam dan Aqidah. Selangor: Al-Qamari Sdn. Bhd.
Muhammad Ala b. 'Al-Thanawi. 1948. Kashaf Istilahat al-Funun. 2 Jil. Tehran: Maktabah Khayyar wa Shurakahu.
Muhammad Rasyid Rida. t.thn. Al-Wahyu al-Muhammadi. Bayrut : al-Maktab al-Islami.
Nik Azis Nik Pa. 1994. Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah. 1993. Kenalilah Islam. Kota Bharu : Pustaka Aman Press.
Haji Said Haji Ibrahim. 1996. Aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Kuala Lumpur : Darul Ma'rifah.
Sayid Sabiq. 1978. Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Siddiqi, M.N. 1979. "Tawhid : The Concept and Process". Dim. Khurshid Ahmad & Zafar Ishaq (ed.). Islamic Perspectiyes. Leicester : Islamic Foundation.
W. Abdullah bin Hj. W. Mahmood dan Dra. Wista Ahmad. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu serta Sumbangannya kepada Dunia. Selangor : Global Printers Sdn. Bhd.
Siddiq Fadzil. 2005. Pembangunan Watak Bangsa. Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah.
Dr. Syed Othman AlHabshi. 1992. Islam Dan Pembangunan Ekonomi Di Malaysia : Satu Perubahan Paradigma. Dim. Kongres "Menjelang Abad 21 : Islam Dan Wawasan 2020". 3-4 Julai 1992. Kuala Lumpur : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zakaria Stapa. 1993. "Konsep Tauhid, Pendekatan dari Sudut Pandangan Sufi".Dlm. Mohammed Yusoff Hussain, Abdul Shukor Hj. Husin, Idris Zakaria & Anisah Hj. Zainal Abidin (pnyt.) Isu-isu Dalam Usuluddin dan Falsafah. Bangi Uniyersiti Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment