Wednesday, December 16, 2009

5 - Akhlak membentuk jatidiri muslim

5.1 PENDAHULUAN

Akhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu Muslim dan umatnya. Manusia membentuk dan mengolah gerak laku perbuatan dan amalannya mengikut bentuk dan acuan sistem akhlak tersebut (Haron, 1988). Jika setiap individu muslim berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan dan sebagainya.
Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerosakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini diabaikan, tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan di akhirat (W. Abdullah dan DraWista, 1997).
Dalam konteks kemajuan dan pembinaan tamadun Islam, seseorang individu sangat diutamakan supaya mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikannya pula kepada orang lain supaya mampu membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan telah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah daripada iman.
Pembangunan negara tidak bermakna sekiranya insan itu runtuh akhlaknya. Justeru itu ahli pendidikan bermuafakat bahawa pendidikan akhlak adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Kemuliaan dan kebahagiaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak. Akhlak adalah sifat yang penting dalam membezakan antara manusia dan binatang.
Manusia sempurna (insan kamil) ialah manusia yang berilmu dan berakhlak mulia. Maka seseorang yang jahil tetapi berakhlak mulia lebih baik dari seseorang yang berilmu tetapi tidak berakhlak. Oleh itu mendidik anak-anak dengan pelajaran tinggi tanpa mendidik akhlak mereka bererti kita mendidik para penjenayah professional yang boleh menjual negara, bangsa dan agama.
Akhlak merupakan manifestos! yang dirangkaikan bersama hati dan budi yang bersifat rohani, dipamerkan melalui gaya dan tindakan. Lantaran itu untuk membina dan membentuk akhlak individu dan masyarakat ia haruslah terlebih dahulu melalui pembentukan yang bersifat rohani. (Che Kamarudin, Nik Aminah, Rukiah, Siti Fatimah dan Sulaiman, 1996)

5.2 PENGERTIAN
5.2.1 Moral
Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau i jahat iaitu moral yang baik dan moral yang jahat. Moral yang baik ialah segala tingkah laku yang telah dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Manakala moral yang jahat ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai jahat (Sulaiman Endut, 1975).
5.2.2 Etika
la berasal dari perkataan Greek 'ethos' yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua (Garner, Richard T., 1986),
i. Normatic iaitu panduan dan peraturan berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat.
ii. Mataethic yang terbahagi kepada dua, iaitu 'analitik' yang berfungsi menganalisis semua, peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku baik dan jahat dan kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa
yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika.
5.2.3 Akhlak
Menurut Kamus Dewan (1989) akhlak adalah budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya Numa ada baik atau jahat. Perkataan akhlak adalah berasal daripada bahasa Arab, khulq yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dun tingkah laku. Maksud ini terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rusulullah s.a.w (Rohani bt. Dollah 1989) yang bermaksud : Akhlaknya (Rasullah s.a.w) adalah al-Quran (Riwayat Muslim)
Akhlak Rasulullah s.a.w yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah s.a.w yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang (Abul A'la al-Maududi, 1967). Setelah tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup, itu dinamakan akhlak.
Istilah akhlak adalah suatu istilah yang bersifatrabbani kerana ia bersumberkan daripada Allah. Firman Allah bermaksud,
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berakhlak yang agong (al-Qalam: 4)
Usamah ibn Syarik menceritakan bahawa dia dengan teman-temannya pada suatu hari duduk dekat Nabi dan mendengar seorang di antara yang nadir bertanya kepada baginda, "Siapakah di antara hamba Allah yang sangat disayangi oleh Tuhannya?Nabi menjawab,"Mereka yang terbaik akhlaknya" (Tabrani).
Al-Khulq dari segi bahasa bererti sifat dan tabi'at. Sementara menurut istilah ia diertikan sebagai kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat tersebut sesuatu perbuatan itu dikatakan baik atau buruk (Abu Urwah, 1989). Akhlak meliputi segala lapangan hidup baik rohani mahupun jasmani, meliputi dunia dan akhirat (Ahmad Ibrahlm, 1992). Firman Allah bermaksud,
Demi sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah contoh yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan balasan baik di hari akhirat nanti dan dia sentiasa mengingati Allah setiap masa (Al-Ahzab : 21)
Akhlak al-Quran merupakan satu fitrah semulajadi manusia yang tidak bercanggah sedikit pun dengan akal pada setiap masa dan tempat. Kembali kepada al-Quran bererti mengembalikan manusia kepada jalan akhlak yang benar-benar diperlukan dan dicari oleh setiap manusia (Mustafa Haji Daud, 1991).
Menurut tulisan Ibn Miskawayh (1966) di dalam kitab beliau, Tahdhib al-Akhlaq, akhlak adalah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu, di mana keadaan jiwa tersebut, menurut Ibn Miskawayh terbahagi dua bahagian, iaitu keadaan jiwa yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang 'dibentuk' melalui latihan dan kebiasaan.
Kemudian, al-Ghazali (1976) di dalam Ihya Ulum al-Din mencatakan takrif akhlak sebagai sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Kalau keadaan jiwa tersebut malahirkan laku perbuatan yang baik, yang diiktiraf akal dan syarak, maka ia dinamakan akhlak yang baik, sebaliknya jika ia melahirkan laku perbuatan yang jahat, maka ia dinamakan akhlak yang buruk.
Berdasarkan takrif yang diberikan tokoh-tokoh besar Islam di atas, maka ciri-ciri utama yang mendasari istilah akhlak tersebut telah dapat difahami. Akhlak semestinya merupakan suatu laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan sebati di dalam did seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu, malahan ianya muncul secara spontan. Ini bermakna ruang untuk berlakon, berlagak atau malahan bersifat munafik tidak pernah diberi laluan atau tidak termasuk di bawah naungan istilah akhlak. Dalam kata lain, ciri-ciri perlakuan manusia dalam bentuk lakonan dan yang seumpamanya itu masih belum boleh dianggap sebagai suatu akhlak bagi diri seseorang.
Akhlak juga, berdasarkan piawai syarak dan akal murni, boleh dibahagikan kepada dua; akhlak baik dan akhlak buruk. Bagaimanapun, menurut perpektif Islam akhlak yang dikehendaki hanyalah laku perbuatan yang bersifat baik yang sudah sebati di dalam diri seseorang, kerana itulah matlamat dari pengutusan Rasulullah S.A. Wke dunia mi. Kriteria baik itu pula, sebagaimana yang dicatatkan oleh al-Ghazali, mestilah ditentukan piawainya oleh syarak. Hal ini cukup penting menurut pandangan Islam, kerana persoalan nilai sama ada baik atau buruk, kalau diserahkan semata-mata kepada kebijaksanaan manusia menentukan piawainya, maka kecelaruan dan ketidakpastian pasti akan terjadi. Ini ialah kerana apa yang dikatakan baik misalnya oleh seseorang, tidak semestinya baik juga bagi orang lain; demikian pula halnya sesuatu perkara yang dianggap baik di suatu tempat atau pada zaman yang tertentu, tidak semestinya pula menjadi baik di tempat dan zaman lain. Untuk itu, nilai atau piawai yang ditentukan oleh syarak adalah tetap dan kekal sepanjang zaman. Ia adalah cukup tepat dijadikan sebagai rujukan di dalam hal seumpama ini. Dalam hubungan ini, kita perlu merujuk pandangan al-Qur'an tentang akhlak Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan bahawa sesungguhya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Al-Qalam:4)
Ibn Kathir sewaktu menghuraikan ayat ini telah mencatatkan perihal bahawa Aisyah R.A telah ditanya oleh seseorang yang bernama Said b. Hasyim tentang akhlak Rasulullah s.a.w, lalu Aisyah berkata: " Tidakkah 'kamu membaca al-Quran?" Said menjawab bahawa dia telah membacanya. Aisyah pun berkata lagi " Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w adalah (isi kandungan) al-Quran itu (sendiri)". Ini bermakna, menurut Ibn Kathir lagi, bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadi ketaatan terhadap suruhan dan larangan al-Quran itu sebagai akhlak kepada dirinya; apa-apa yang disuruh oleh al-Quran dilaksanakannya, sedangkan apa-apa yang dilarang pula ditinggalkannya.
Berdasarkan huraian di atas, maka satu kesimpulan lagi boleh dibuat berhubung dengan ruang lingkup penghayatan akhlak yang baik menurut perspektif Islam. Maka ia secara pastinya merujuk kepada penyebatian dalam perlakuan seseorang terhadap seluruh ajaran dan suruhan yang terkandung dalam al-Quran. Dalam kata lain, ruang lingkup penghayatan seluruh isi kandungan al-Quran sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w hanya menjadi bermakna apabila segala itu terlaksana dengan sempurna di dalam diri seseorang. Menurut perspektif Islam, apabila segala itu tercapai, maka orang tersebut sudah berakhlak dengan akhlak yang baik.

5.3 KATEGORI DAN SKOP AKHLAK
• Kategori Akhlak Menurut Islam
Akhlak menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu akhlak mahmudah (akhlak yang terpuji) dan akhlak mazmumah (akhlak yang keji).
Akhlak Mahmudah
Mahmudah ialah sifat yang lahir di dalam diri seseorang yang menjalani tazkiyyat an-nafs secara gigih untuk membersihkan hakikat atau zat sejati manusia dari pelbagai sifat yang rendah dan hina (mazmumah) (Zakaria Stapa,1999).
Menurut tokoh etisis Greek klasik, Aristotle menegaskan bahawa matlamat ke arah membentuk etika dan sahsiah diri bukanlah hanya mempelajari ihnu sahaja tetapi yang lebih penting adalah menjadi orang baik dan merealisasikan kebaikan itu ke dalam perbuatan dan tingkah laku. Seseorang tidak dipanggil dermawan jika hanya ada harta yang banyak melainkan dia dermakan harta itu (Mohd Nasir Omar, 1999).
Akhlak-akhlak yang mulia itu antara lainnya ialah lemah lembut, pemaaf, pemurah, rendah diri, sabar, redha, zuhud, berani, manis muka dan mesra, kasih sayang, bertolak ansur dan amanah. Semua sifat-sifat ini adalah yang dikatakan sifat-sifat yang dan terpuji atau dengan kata lain, ia adalah disebut sebagai sifat mahmudah. Sifat-sifat hati yang baik ini akan memberi cahaya kepada kehidupan kita yang zahir. Ini sesuai dengan sebuah Hadith Rasulullah yang bermaksud:
Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia itu. Jika daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati.
Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah/terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat.
2) Khauf(Takut)
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Dchlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah (Kasih Sayang)
9) Redha.
10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)
Akhlak Mazmumah
Sesiapa yang ingin melihat Allah s.w.t di dalam syurga, dia mesti membuat amal soleh dan tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Amal soleh tidak akan dapat dicetuskan kalau di dalam hati seseorang itu tidak ada sifat-sifat mahmudah. Kerana itu tanamkan sifat-sifat mahmudah terlebih dahulu di dalam hati. Dan sifat-sifat mahmudah inilah akan mendorong seseorang itu melaksanakan amal-amal soleh di dalam kehidupannya. Itulah yang akan dinilai oleh Allah s.w.t dan diberi nikmat syurga di akhirat.
Contoh akhlak atau budi pekerti yang keji itu ialah seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam, bakhil, tamak dan yang lain-lain adalah penyakit-penyakit hati atau penyakit jiwa atau dikatakan penyakit batin. Jadi lawan bagi sifat yang baik adalah sifat-sifat yang jahat atau yang dikatakan sifat mazmumah. Sifat-sifat hati yang terkeji ini akan membentuk akhlak yang jahat dan melahirkan perbuatan yang keji. Ini akan menyusahkan hidup yang kekal abadi di akhirat pada seseorang itu kerana dia akan merasakan penderitaan neraka di akhirat kelak. Jelas bagi kita di sini bahawa hati yang jahat, mengandungi sifat-sifat yang jahat akan menyebabkan seseorang itu hidup kekal abadi dalam kesengsaraan di neraka. Hati yang jahat itu akan mendorong anggota lahir manusia itu melakukan perbuatan-perbuatan jahat seperti ia boleh mendorong tangan, mata, mulut, kaki dan anggota lain melakukan berbagai kejahatan.
Akibat roh atau hati yang rosak penderitaannya bukan sahaja dirasakan di dunia tetapi kekal abadi di akhirat kelak. Jadi, di sini terdapat dua jenis penyakit di dalam kehidupan manusia iaitu penyakit batin dan penyakit zahir. Yang peliknya, di antara dua jenis penyakit ini yang kita biasa khuatirkan ialah penyakit zahir. Sebab itulah kita dapati banyak hospital, klinik dan pelbagai pusat perubatan. Semua ini bertujuan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit yang menyerang fizikal manusia.
Penyakit batin yang boleh membawa manusia menderita kekal abadi di dalam neraka, tidak ditemui secara khusus hospital atau klinik penyakit batin seperti kuliah atau pengajian ceramah dan seumpamanya. Ini adalah kerana penyakit batin itu kurang disedari dan tidak merasakan ianya perlu diubati. Yang manusia hari ini lebih sibukkan ialah mendirikan hospital atau klinik penyakit zahir. Kulit dijaga dengan rapi hingga disalut berbagai krim mencegah serangan penyakit kerana takut dihinggapi penyakit. Kemudian disapu pula dengan pelbagai ubat supaya lebih halus bimbang dihinggapi penyakit lain. Kemudian sibuklah manusia hari ini melakukan riadah pada Subuh hari atau petang-petang hari. Selsema sahaja segera mencari klinik untuk dapatkan rawatan. Begitu juga apabila gigi sakit, dengan tidak sempat berbuat apa-apa lagi akan bergegas berjumpa doktor mengambil ubatnya seterusnya mencabut gigi berkenaan. Tetapi kalau penyakit bakhil yang menular dan berakar dihati, tidak pun terasa hendak mengikisnya. Kalau ada penyakit riak, ujub, hasad dengki, sedikit pun tidak dihiraukan. Malah ada sebilangan daripada kita merasa gembira dan bangga dengan penyakit seperti itu.
Sesungguhnya pengubatan penyakit jiwa adalah paling utama. Tetapi jarang manusia ingin hendak mengubat penyakit seperti ini. Yang lebih diutamakan oleh manusia hari ini ialah penyakit zahir sahaja. Kita perhatikan apabila seseorang itu terkena penyakit, tindakan segera bagi mengubatinya tetapi sebaliknya apabila bersarang penyakit mazmumah tidak langsung dihiraukan. Tidak terfikir mencari kliniknya sedangkan penyakit ini lebih teruk dan menderita sepanjang masa. Ini kerana pada kita penyakit ini perlu lebih diutamakan rawatannya, suluh-suluhlah hati kalau-kalau ada penyakit riak ujub atau sebagainya. Kemudian tanya-tanyalah tuan-tuan guru untuk mengubatnya. Ubatlah seperti mana kita mengubat penyakit zahir. Sekiranya sikap kita tidak boleh jadikan contoh sekurang-kurangnya boleh kita ambil manfaatnya.
Orang yang selalu memikirkan penyakit batin ini adalah yang berakal dan cerdik. Manakala orang yang selalu memikirkan penyakit-penyakit zahir adalah yang jahil. Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah/ tercela/sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1. Banyak makan
2. Banyak bercakap
3. Marah
4. Hasad
5. Bakhil
6. Cintakan kemegahan
7. Cintakan dunia
8. Bangga diri
9. Ujub (hairan diri)
10. Riya' (menunjuk-nunjuk)
- Skop Akhlak Menurut Islam
- Manusia Dengan Allah
Orang Mukmin ialah mereka yang mempunyai akhlak yang tinggi dalam konteks hubungannya dengan Allah s.w.t. Mereka mengenal Allah, beriman dan beribadah kepadaNya, jauh sekali menentang atau bersikap biadab terhadapNya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah dan membohongi kebenaran ketika datang kepadanya? Bukankah di neraka Jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (az-Zumar: 32)
Akhlak dengan Allah adalah yang paling utama kerana ia sebagai penentu kepada hubungan seseorang dengan yang lain-lain. Segala-galanya adalah bergantung kepada sejauhmana keikhlasan dan hubungan hati seseorang itu dengan Allah s.w.t. Oleh itu niat yang betul adalah menjadi syarat pertama sesuatu perbuatan itu boleh dikira sebagai ibadah. Antara kewajipan manusia terhadap Allah termasuklah, beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan-Nya, mentaati segala perintah-Nya, menyelidiki tanda-tanda (ayat) Allah dan kejadian alam, mensyukuri nikmat-Nya, redha dengan segala ketentuan qada' dan qadar-Nya, bertawakkal kepada-Nya, tidak berputus asa terhadap rahmat-Nya, bertasbih dan berzikir, beribadat, bertaubat dan mencintai Allah.
- Manusia Sesama Manusia
Untuk menyempurnakan hubungan sesama manusia, termasuklah terhadap diri sendiri, dengan keluarga, jiran, masyarakat seterusnya dengan orang-orang bukan Islam Allah telah meletakkan nilai-nilai dan garis-garis tertentu dalam soal hubungan dan muamalah dengan semua pihak. Di kemukakan beberapa contoh garis panduan Allah s.w.t kepada manusia dalam menjaga akhlak sesama manusia. Firman Allah bermaksud,
Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dalam keadaan sombong dan bongkak. Sesungguhnya kamu tidak akan dapatmenembusi bumi dan menyamai ketinggian bukit (Al-Isra': 37)
Dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan dengan orang-orang miskin dan bercakaplah dengan sesama manusia melalui perkataan yang baik (Al-Baqarah: 83)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum memperolokkan suatu kaum yang lain kerana kemungkinan kaum itu lebih baik daripada mereka. Demikian juga wanita jangan memperolokkan kaum wanita yang lain, boleh jadi kaum itu lebih baik dari mereka dan janganlah caci mencaci antara kamu dan jangan memberi gelaran-gelaran yang buruk kepada mereka. Seburuk-buruk nama ialah fasiq setelah beriman dan sesiapa yang tidak bertaubat, mereka itulah golongan yang zalim (Al-Hujurat: 11)
Dalam din Islam yang lengkap dan syumul ini, Allah telah menggariskan etika perhubungan dan muamalah sesama manusia dalam semua aspek dan keadaan. Islam sangat teliti dan sensitif dalam menjaga keharmonian dan baik sangka sesama mukmin dan menutup pintu yang boleh menimbulkan tanggapan buruk antara mereka. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
Bila kamu sedang berkumpul tiga orang, janganlah kamu berbisik berduaan, meninggalkan orang ketiga (riwayat Bukhari)
Akhlak terhadap diri
Antara akhlak seseorang terhadap dirinya sendiri ialah mesti menjaga kesihatan diri, membersih jiwa daripada akhlak yang buruk, melatih jiwa supaya berfikir dan menganalisa, tidak melampaui batas, istiqamah, bercakap benar, menahan marah, pemaaf, mematuhi peraturan, sabar, ikhlas, sederhana dan sebagainya.
Akhlak terhadap keluarga
Antara contoh akhlak terhadap keluarga ialah suami perlu bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kepada orang yang lebih tua atau muda daripada kita, tidak membunuh anak kerana bimbangkan kemiskinan, berlaku adil kepada semua orang, anak-anak dan isteri-isteri, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum keluarga yang dekat dan yang jauh serta sebagainya.
Akhlak terhadap masyarakat
Seseorang Muslim peru menjaga akhlak dengan anggota masyarakatnya. Ini termasuklah tidak memasuki sesebuah rumah kecuali meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya, tidak mengurangkan timbangan, kembalikan amanah kepada empunya, menghakimi di antara manusia dengan adil, tepati janji, menjadi saksi yang benar, menjadi pendamai, memaaf kesalahan orang, mengasihi orang lain, menyeru kepada kebaikan, mencegah keburukan, membalas kejahatan dengan kebaikan dan lain-lain.
- Manusia Dengan Alam
Islam juga telah mengatur soal hubungan dengan makhluk-makhluk yang lain selain dari manusia. Ini termasuklah perhubungan atau sikap manusia terhadap binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar yang lain, semuanya telah ditentukan etikanya oleh Allah s.w.t. Sebagai contoh, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Seorang perempuan diazab kerana mengurung kucingnya tanpa diberi makan sampai mati dan ia dimasukkan ke dalam neraka. Ia tidak memberi makan dan minum terus mengurungnya dan tidak melepaskannya makan makanan di atas bumi.
Ada banyak jenis binatang-binatang yang dihalalkan Allah untuk dimakan seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya. Binatang-binatang jenis ini mestilah terlebih dahulu disembelihkan dengan menyebut nama Allah. Untuk menyembelih binatang-binatang tersebut, Islam menghendaki ianya dilakukan dengan ihsan seperti menggunakan pisau yang tajam. Ini bertujuan mengelakkan kesakitan yang boleh menyeksakan binatang.
Islam juga tidak melarang kita membunuh bahkan dalam keadaan tertentu seperti membunuh binatang-binatang yang merbahaya seperti ular, kala dan seumpamanya. Perkara ini disuruh oleh Islam apabila ia boleh mendatangkan kemudaratan pada diri manusia. Islam juga melarang memusnahkan alam sekitar seperti pokok-pokok kayu dan sebagainya tanpa sebab yang diterima oleh syara'.
Islam mengalakkan manusia menanam tanam-tanaman yang boleh menghasilkan buah untuk manfaat manusia dan binatang. Kerja-kerja tersebut dikira sebagai ibadah dan buah-buah yang dimakan oleh manusia dan binatang adalah sedekah. Islam menyuruh manusia menggunakan bahan-bahan seperti kayu balak dan seumpamanya untuk membuat sesuatu bagi kegunaan manusia seperti tempat kediaman, sekolah dan lain-lain.

5.4 PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK
5.4.1 Akidah Yang Mantap
Akidah dalam Islam membentuk worldyiew dan akhlak seorang Muslim. Konsep tauhid uluhiyyah misalnya, menggariskanbahawa segala sesuatu yang wujud datang dari Allah oleh itu semestinya manusia melakukan segala perbuatannya kerana Allah. Mentaati, mencintai, berlindung dan berharap kepada selain Allah secara mutlak bermakna mensyirikkan Allah. Konsep Ubudiyyah menggariskan bahawa manusia hidup sebagai hamba Allah. Seorang Muslim sejati akan mendedikasikan hidupnya untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Menghambakan diri pada Allah bererti menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Segala perbuatan yang dilakukan oleh seorang Muslim tanpa mengira siapa (pekerjaan) dan apa perkara yang dibuat akan bernilai ibadah seandainya dia ikhlas dan mengikut petunjuk syariah (Khalif Muammar, 2005).
Setelah akidah membentuk worldyiew seorang Muslim, maka jati diri seseorang itu akan berubah dan menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Seorang muslim yang sejati akan bersikap amanah, berdisiplin, adil terhadap orang lain dan dirinya sendiri, melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dan sebagainya.
5.4.2 Kepatuhan Syariah
Diri manusia memerlukan amal atau perbuatan yang selaras dan menepati dengan kehendak akidah. Kehendak dan kemahuan akidah itu dijelmakan dalam bentuk syariah yang merangkumi semua disiplin, peraturan dan perundangan yang mesti dipatuhi, diikuti dan dilaksanakan oleh manusia dalam semua kegiatan hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ianya sama ada kegiatan hidup itu merupakan gerak laku amalan atau gerak laku perbuatan yang berhubung antara manusia dengan Tuhannya, berhubung sesama manusia dalam semua lapisan dan peringkatnya dan berhubung antara manusia dengan alam sekeliling. Melalui ikatan, kawalan dan panduan syariah akan terciptalah suatu corak kehidupan yang selaras dengan kehendak Allah s.w.t.
5.4.3 Pelaksanaan Ibadah
Pelaksanaan ibadah merupakan amalan-amalan yang membuktikan kemantapan akhlak yang dimiliki oleh seseorang individu. Akhlak Islam bertunjangkan akidah. Sebab itulah ia mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan, kekuasaan Allah s.w.t, qada' dan qadar, dosa dan pahala, ganjaran baik dan balasan jahat di akhirat dan sebagainya. Akhlak yang baik yang disarankan oleh al-Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal salih, ikhlas, sabar, amanah, zuhud, adil, suka menolong, suka memaafkan, pemurah dan sebagainya (al-Maududi 1967)
Hujah-hujah pembentukan diri dari sudut akhlak dan ketrampilan diri dunia dan akhirat juga telah ditekankan oleh Nahlawy (1963) dan al Jammali (1966). Para pemikir ini telah menekankan betapa dengan sikap, adab atau akhlak baik yang ada pada seseorang pelajar akan menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini bermakna dengan memiliki akhlak mulia seseorang pelajar akan mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik, perhubungan dengan masyarakat, memahami alam sekitar, cemerlang dalam kerjaya dan membawa kebahagiaan di akhirat. Ini semua adalah akhlak-akhlak mahmudah yang ditonjolkan melalui ruanglingkup amalan ibadah yang begitu luas mencakupi berbagai aspek dunia dan akhirat.
Pelaksanaan ibadah yang mantap adalah hasil gabungan pengetahuan, keterampilan, pola-pola tingkahlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan yang terkandung dalam tujuan umum pendidikan Islam akan dapat menumbuhkan semangat agama dan akhlak (Hasan, 1986). Antara aspek-aspek pelaksanaan ibadah yang membawa kepada pembinaan dan pemantapan akhlak ialah,
5.4.3.1 Ilmu pengetahuan, Didikan dan Latihan
Falsafah pendidikan negara menekankan,
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Sesuai dengan struktur masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama, falsafah pendidikan setakat ini adalah tidak bercanggah dengan falsafah pendidikan Islam itu sendiri(Hasan, 1995).
Pendidikan juga dilihat sebagai usaha membangunkan insan mukallaf, insan proaktif, insan yang sedar diri akan status, kedudukan, amanah dan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah, mempunyai kekuatan daya fikir yang boleh mengambil iktibar, mempunyai yisi dan dapat melihat sesuatu dalam perspektif yang benar dan waspada dalam pengertian hati-hati bahawa setiap tindakan akan ada hisab, dipertanggungjawabkan dan meninggalkan kesan dari segi martabat, pertumbuhan diri dan dari segi dosa pahala, sehingga setiap pilihan yang dilakukan dibuat secara sedar dan bersengaja. Kemuliaan dan kebahagiaaan, aman dan tenteram bergantung kepada sejauhmana kejayaan dalam pendidikan akhlak (M. Kamal H. Hujir, 1982).
Pendidikan dalam Islam adalah memberikan penekanan kepada pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad) secara bersepadu sekaligus untuk menyampaikan dua fungsi manusia iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah yang ditugaskan untuk memakmurkan seluruh alam di atas dasar kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal soleh demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Syed M.Naquib, 1978). Maka tujuan pokok dan utama dari pendidikan Islam adalah mendidik budi pekerti dan pendidikan jiwa. Dalam masa yang sama bidang-bidang lain seperti pendidikan mental, jasmani, matematik, ilmu sosial dan sebagainya tidak diabaikan (al-Abrashi, 1974).
Islam memandang bahawa pendidikan adalah satu proses penting bagi semua peringkat manusia samada kecil atau besar, tua atau muda. Ia begitu menekankan pendidikan yang membawa kesejahteraan kepada seluruh umat Islam, dunia dan akhirat. Pendidikan yang perlu diutamakan ialah yang berkaitan dengan agama kerana ia adalah cara yang paling baik untuk mencegah manusia dari keburukan dan membawa mereka kepada ketinggian kerana pendidikan agama adalah hidayah dan petunjuk ('Ali Fadl al-Lah, t.th.).
Pendidikan Islam menjadikan matlamat mengenal Tuhan, memahami Islam dan diri sendiri serta menghayati cara hidup yang baik sebagai terasnya. Berasaskan matlamat ini Rasulullah s.a.w. telah berjaya mendidik generasi umat Islam yang pertama dahulu, mengangkat mereka dari jurang keruntuhan akhlak zaman jahiliyyah kepada kecemerlangan akhlak Islam yang menakjubkan (Mustaffa, 1994).
Pendidikan adalah aspek penting dalam kehidupan manusia semenjak muncul dan tersebarnya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang di utuskan oleh Allah, untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Pendidikan menjadi satu bidang perjuangan baginda. Dalam sirah, tugas pertama Rasulullah memberi pendidikan kepada pengikutnya. Ini boleh dilihat daripada ayat pertama yang diturunkan oleh Allah yang mana di dalamnya mengandungi unsur-unsur pendidikan (al-Ahwani, t.th.)
Firman Allah bermaksud,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari sebuku darah beku: bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah yang mengajar manusia dari pena dan tulisan, Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (al-'Alaq 96:1-5)
Ayat ini menyebut 'Qalam' dan 'Ilmu' bagi membuka aqal dan pemikiran kepada kebenaran dan mengangkat martabat manusia (Hijazi, 1968, juz.30). Kemunculan Islam dengan turunnya wahyu di atas yang memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w membaca 'Iqra' dari psikologinya melibatkan keseluruhan struktur mental manusia (Hasan, 1976). Ajaran yang dibawanya lebih menekankan kepada kerohanian dari jasmani, bahkan pendidikan yang dibawanya tidak boleh diatasi oleh mana-mana pendidikan yang lain (al-Qari, 1972)
Akhirnya lahirlah manusia yang terbangun keinsanannya iaitu manusia yang berdisiplin, mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi, inoyatif, berpegang kepada nilai-nilai etika dan akhlak yang mulia. Lahimya generasi yang kuat bukan sahaja dalam bidang fizikal, dalam pembangunan ekonomi dan teknologinya, tetapi menjadi manusia soleh, mempunyai sikap yang positif dan dinamik, berkebolehan serta berkeyakinan, berpandangan jauh, mempunyai kekuatan dan daya tahan yang kental. Inilah buah hasil yang mam's bakal dikecapi oleh semua pihak.
5.4.3.2 Penghayatan al-Quran
Al Quran adalah KalamulLah (Perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Di dalamnya terkandung risalah (ajaran) Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan Islam, pengetahuan tentang alam ghaib seperti malaikat dan hari pembalasan, asas perundangan, system moral, fakta-fakta sains, sejarah manusia dan lain-lain lagi. Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara makhluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia hams berinteraksi sesama manusia dan dengan makhluk yang lain. Sebagai KalamulLah, maka tidak ada suatupun yang lebih mulia di muka bumi ini selain dari al-Quran. Pembacaannya adalah suatu ibadah, penghafalannya adalah idaman setiap mukmin, perintah dan larangannya adalah undang-undang, sistem nilainya adalah mutlak, segala pernyataannya adalah benar, mengamalkan apa yang disarannya adalah bukti keimanan dan orang Islam mesti percaya kepada semua ayat yang ada di dalamnya (Abd. Rahman Omar, 1989).
Al-Quran tclah dan akan terus membimbing manusia untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Al-Quranlah yang telah mencorakkan hidup orang Islam. Tidak ada kitab yang setanding dengannya kerana kandungannya yang menyeluruh. Di dalamnya terdapat panduan hidup yang sempurna. Bagi orang Islam yang mempercayai al-Quran dengan penuh keyakinan akan mendapatinya sebagai sumber ilham yang tidak ada habisnya. Bagi mereka yang tidak percaya kepada al-Quran dan memberi berbagai-bagai hujah, sebenarnya mereka hanya memperdayakan diri mereka sendiri.
Al-Quran juga merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemukjizatannya berkekalan sepanjang zaman. Al-Quran menyatakan yang ianya sebagai kitab atau buku yang tidak mempunyai sebarang keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia. Pandangan hidup orang Islam dinyatakan di dalam al-Quran. Akhlak Islam yang diajar oleh Nabi Muhamad s.a.w adalah akhlak yang disarankan di dalam al-Quran. Suatu masa Aisyah telah ditanya mengenai akhlak Rasululah, Aisyah menjawab bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Al-Quran merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu. Al Quran juga menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu. Oleh itu adalah wajar dikatakan bahawa al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama orang Islam adalah al-Quran.
5.4.3.3 Rasul Sebagai Qudwah Hasanah
Bagi manusia di zaman ini Allah s.w.t telah megutuskan kepada kita seorang Nabi untuk menjadi teladan yang terbaik. Tidak ada manusia yang paling sempuma sepertinya dalam sejarah kehidupan manusia. Dialah manusia yang teragung. Semua perbuatan, percakapan dan pandangannya terhadap sesuatu telah dicatitkan dan dibukukan sebagai Hadith atau Sunah Nabi Muhammad s.a.w (Sulaiman, 1989). Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w (Sirah Nabawiyyah) telahpun dicatitkan secara lanjut dan dibukukan. Baginda adalah teladan yang terbaik bagi manusia dalam segala bidang kehidupannya. Nilai yang ditentukan oleh Islam yang menzahirkan akhlak mulia ialah seperti yang telah dicerminkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t bermaksud,
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah (al-Ahzab: 21)
Pembangunan akhlak Islam ini ialah manifestasi langsung daripada keimanan dan pemikiran Islam yang mengadunkan sahsiah Muslim di dalam diri dan masyarakat generasi awal Islam. Ia lahir daripada model akhlak yang hidup dan praktis iaitu akhlak Rasulullah s.a.w. Dari sumber inilah pemahaman generasi awalan Islam mengenai amanah, jujur, taat, beradab dan lain-lain itu difahami dan dipraktikkan. Muslim sebegini berjaya membentuk hubungan yang harmoni dengan Allah, dirinya dan dengan alam (M. Nakhaie, 1994).
Apabila diteliti akhlak semua Rasul maka didapati mereka mempunyai persamaan dalam memiliki sifat-sifat luhur, baik, mulia yang tidak dapat ditandingi oleh manusia bukan Rasul. Al-Maturidi (1970) menerima bahawa keperibadian para Rasul adalah berbeza daripada orang lain yang sezaman dengan mereka sejak peringkat kanak-kanak, belia dan dewasa. Bakal-bakal Rasul menampakkan sifat-sifat mulia dan luhur yang jelas perbezaannya dengan akhlak bukan bakal Rasul. Keperibadian para Rasul yang sedemikian rupa bukanlah hasil didikan dan pembelajaran yang diterima dari masyarakat. Hal inilah antara yang menarik kecenderungan ajaran yang dibawa oleh Rasul-rasul. Adapun mereka yang menentang Rasul, bukan semata-mata tiada kecenderungan dan ransangan untuk mengakui kebenaran Rasul tetapi penentangan mereka dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kepentingan diri, kesombongan dan menjaga kedudukan.
Bakal-bakal Rasul tidak terpengaruh atau dipengaruhi oleh unsur-unsur jahat dan buruk yang wujud dalam masyarakat mereka dibesarkan. Contohnya Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Rasul sudah pun diberi gelaran penghormatan "al-Amin" oleh masyarakat Makkah kerana Baginda mempunyai akhlak yang istimewa dari orang lain (Ameer Ali, 1974).
Rasul-rasul juga mempunyai sifat-sifat mulia umpamanya Nabi Lut A.S dan Nabi Hud A.S bersifat Amin; Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Idris A.S bersifat siddiq; Nabi Ismail A.S, Nabi Ilyas A.S, Nabi Zulkifli A.S bersifat sabar; Nabi Zakaria A.S, Nabi Yahya A.S, Nabi 'Isa A.S dan Nabi Ilyas A.S bersifat salih. Semua Rasul tidak mempunyai sifat buruk, keji dan hina seperti tamak haloba, khianat, penipu dan mementingkan diri sendiri dengan kemewahan dan kekayaan. Sifat-sifat buruk tidak menjadi sifat para Rasul kerana mereka tidak mengharapkan dan memerlukan balasan, upah, ganjaran, penghormatan dan sanjungan dari manusia secara individu dan masyarakat, dalam melaksanakan tugas-tugas kerasulan. Para Rasul hanya mengharap sepenuhnya ganjaran dari Allah dan mendapat keredhaan Allah dalam setiap gerak laku mereka. Contohnya Nabi Hud A.S diterangkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
Dan kepada kaum 'Ad (kami utus) saudara Hud. Ia berkata; Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia... (Surah Hud:50)
Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku... (Surah Hud:51)
Al-Qur'an ada juga menjelaskan keterangan yang sama mengenai Nabi Nuh A.S, Nabi Syuib A.S, Nabi Lut A.S dan Nabi Muhammad s.a.w.
Para Rasul menjadi ikutan umat mereka dalam semua aspek - aqidah, syariah dan akhlak - yang dilahirkan, diajarkan dan direalisasikan dalam hidup individu dan masyarakat. Oleh itu, akhlak istimewa memang ada pada diri semua Rasul. Mereka berakhlak baik, luhur, istimewa dan terpuji.
Untuk memahami lebih lanjut tugas Nabi, marilah kita mengkaji sirah ar-Rasul s.a.w dengan secara ringkas. Semasa dua puluh tiga tahun perlantikan beliau menjadi Nabi, Rasul SAW berjuang untuk menyampaikan dan menegakkan al-Islam. Risalah yang dibawa beliau sangat menyeluruh dunia dan akhirat. Semua nabi-nabi yang terdahulu telah benar-benar menyampaikan dan menunjukkan contoh risalah Allah s.w.t itu, hanya tahap pencapaian mereka yang berlainan. Mereka berkorban dengan sepenuhnya demi menyebarkan panggilan Ilahi. Nabi Nuh A.S, misalnya bersikap tabah hati menyampaikan risalah beratus-ratus tahun lamanya. Nabi Ibrahim AS pula menunjukkan taqwa dan kesabaran yang hebat sekali. Beliau tidak berganjak pun dari beriman kepada Allah s.w.t walaupun telah ditempatkan ke dalam api. Perjuangan Nabi Musa A.S yang berlandaskan di atas kesabaran menentang Fir'aun adalah contoh untuk kita semua. Nabi Ya'qub pula adalah seorang yang sabar dan kehidupan Nabi 'Isa A.S menggambarkan penyerahan kepada kehendak Allah s.w.t dan cintanya yang mendalam kepadaNya (Abu Urwah, 1986). Hidup Nabi Muhammad s.a.w adalah satu penyatuan segala sifat, kebaikan dan nilai yang ada semangat beriman, cinta kepada Allah dan cinta kepada insan, kesabaran dan keteguhan dalam memperjuangkan kebenaran, kesanggupan menghadapi kezaliman, kepatuhan dan penyerahan kepada kemahuan Allah s.w.t serta berkelayakan sebagai pemimpin manusia dan tabib masyarakat.
5.4.3.4 Contoh Sahabat dan Ulama
Siapa yang ingin melihat sesuatu tentang pentauladanan para sahabat kepada Rasulullah s.a.w dan tentang sikap yang berkesan daripada Rasulullah s.a.w ke dalam jiwa mereka, dan tentang perubahan yang berlaku dari sesuatu peristiwa ke atas diri mereka, hendaklah dia membaca buku sejarah para sahabat dan juga ulama supaya dia dapat melihat kesan-kesan dari keindahan sejarah, keutamaan budi dan perilaku mereka.
Memadailah mereka mendapat kemuliaan, kebanggaan serta keabdian, apabila al-Quran al-Karim telah membicarakan tentang hak-hak mereka. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Muhammad itu Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama-sama dengannya, sangat keras terhadap kaum kafir, sangat berlemah-lembut antara sesama mereka sendiri... (Al-Fath: 29)
Mereka mempergunakan sedikit masa dari malam untuk tidur. Dan di hujung malam (waktu sahur) mereka memohon istighfar (Az-Zariyat:17-18)
Engkau lihatmereka itu ruku'dan sujudkerana menginginkan daripada Allah kurnia dan keredhaanNya. Tanda-tanda mereka pada wajah-wajah mereka dari bekas sujud (Al-Fath: 29)
Kini, marilah lihat apa kata sahabat yang mulia ini; iaitu Abdullah bin Mas'ud R.A ketika dia menghitung kepujian dan kelebihan para sahabat, dan pentingnya kita mentauladani kelakuan mereka yang terpuji, serta akhlak mereka yang mulia, katanya: Kalau ada seseorang yang ingin mentauladani sesuatu, hendaklah dia mentauladani para sahabat Rasulullah s.a.w sebab merekalah yang paling taat dan patuh sekali dari umat ini dalam segi hati, yang paling berkesan dalam segala ilmu, yang paling kurang sekali dalam segi memberatkan diri, yang paling lurus dalam segi pimpinan, dan yang paling baik dalam segi keadaan. Mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi teman-teman kepada Nabi s.a.w dan untuk mendirikan agamaNya. Maka wajarlah kamu mengenal kelebihan mereka, dan turutlah jalan-jalan mereka, sebab mereka itu berada di atas pimpinan lurus.
Sampai kini pun, semua generasi Muslim, tidak kira pada zaman bila pun, dan tempat mana pun, masih menimba daripada para sahabat Rasulullah s.a.w itu semua contoh tauladan yang baik dalam ibadat dan akhlak, dalam keberanian dan ketetapan, dalam keazaman dan penerusannya, dalam berbelas kasihan dan melebihkan yang lain, dalam jihad dan pencapaian syahid. Masih terdapat lagi segolongan pemuda-pemuda Islam, pada semua masa dan zaman, bersinar dengan cahaya budi pekerti mereka, membangun di dalam hal pendidikan dengan cara mereka, berjalan menuju ke mercu kemuliaan menurut jalan mereka, kerana abad mereka merupakan sebaik-baik abad yang mendapat petunjuk, dan sebaik-baik zaman yang memperoleh ketauladanan (Abdullah Nasih Ulwan, 1988).
Sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan ad-Dailami, bermaksud : Para sahabatku laksana bintang-bintang, dan dengan siapa saja di antara mereka yang kamu pilih untuk mendapat petunjuknya, nescaya kamu akan tertunjuk.
5.4.3.5 Muhasabah Diri
Di antara tanda-tanda jiwa yang beriman, menjauhi maksiat dan takut adalah sentiasa menghitung setiap perbuatan dan pekerjaannya, baik yang nampak mahupun tidak. Hal itu dilakukan agar merasa yakin bahawa jiwanya ini berjalan di atas jalan yang lurus yang telah ditentukan batas-batasnya oleh al-Quran (Dr. Husein, 2003).
Muhasabah nafs adalah seseorang yang melakukan perhitungan terhadap dirinya selangkah demi selangkah, tentang amal-amalnya, tingkah laku dan perbuatannya, baik yang nampak mahupun yang tidak, sehingga sedar perihal urusan dirinya sendiri dalam kerangka yang disyaratkan, dan dengan kemahuan sendiri meluruskan nafsnya apabila didapati penyimpangan. Semua itu dilakukan sebelum kehabisan usia, habisnya waktu yang ditentukan dan berdiri di hadapan Allah s.w.t menghadapi perhitungan akhirat.
Muhasabah nafs dilakukan baik sebelum melakukan suatu perbuatan mahupun setelah melakukannya pada setiap waktu dan kesempatan. Tujuannya adalah agar jiwanya merasa tenang bahawa segala perbuatan yang dilakukan itu sesuai dengan syariat Allah. Apabila dalam perbuatan itu terdapat kekurangan atau kesalahan maka hendaklah segera diperbetulkan. Dia juga harus selalu beristighfar, menyesal, bertaubat dan kembali kepada Allah. Menjadi kewajiban bagi seseorang Mukmin untuk melakukan perhitungan terhadap nafsnya dan menilai amalannya. Setiap nafas yang disedutnya adalah permata yang mahal yang boleh digunakan untuk membetulkan kesilapan dan memperbanyakkan amalan soleh. Menyia-nyiakan sisa-sisa kehidupan yang ada adalah satu kerugian yang membawa kepada kehancuran. Hakikat kerugian ini akan nampak nanti pada hari kiamat, hari yang tidak ada lagi manfaat dari harta dan anak, kecuali orang yang datang dengan membawa hati yang ikhlas.
5.4.3.6 Tarbiyah Ruhiyah
Rohani atau keinsanan manusia adalah sumber kebahagiaan dan kecelakaaan hidup seseorang. Rohanilah yang memandu dan mengawas segala anggota badan kasar seseorang baik kepada kebajikan mahupun kepada kejahatan. Sebab itulah mendidik roh atau jiwa adalah sesuatu amalan yang berat dan sukar. Kesukaran ini dapat diatasi dengan menggunakan pembimbing rohani yang terpenting iaitu iman dan keyakinan kepada Allah s.w.t yang dipupuk dan dipersuburkan dengan ilmu pengetahuaan yang berguna dan amalan soleh.
Proses tarbiyah ruhiyah ini telah digariskan oleh Imam al-Ghazali melalui beberapa adab yang perlu diamalkan oleh pelajar. Di antaranya, (Hussein Bahreisi, 1980)
1. Setiap pelajar haruslah menyemaikan niat yang baik selama mana ia menuntut ilmu. Ini bagi menghindari daripada akhlak yang buruk.
2. Memberi perhatian yang serius atau komited dengan proses pembelajaran.
3. Menghormati segala ajaran guru.
4. Mendahulukan mempelajari ilmu yang lebih memberi manfaat.
5. Menumbuhkan kesedaran yang betul pada diri pelajar terhadap agama termasuk prinsip-prinsip dan dasar-dasar akhlak yang mulia.
6. Menanam keimanan kepada Allah pencipta alam dan kepada malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan Hari Akhirat.
7. Memperkenalkan kepada generasi muda akan akidah Islam, dasar-dasarnya, asal usul ibadat dan cara-cara melaksanakannya dengan betul, dengan membiasakan mereka berhati-hati mematuhi akidah-akidah agama, menjalankan dan menghormati syiar-syiar agama.
8. Menumbuh minat pada generasi muda untuk menambah pengetahuan dalam adab dan pengetahuan keagamaan dan untuk mengikuti hukum-hukum agama dengan kecintaan dan kerelaan.
9. Menanam rasa cinta dan penghargaan kepada al-Quran, membacanya dengan baik, memahaminya dan mengamalkan ajaran-ajarannya.
10. Menumbuhkan rasa bangga terhadap sejarah dan kebudayaan Islam.
11. Menumbuhkan rasa rela, optimis, kepercayaan diri, tanggungjawab, menghargai kewajiban, tolong menolong atas kebaikan dan taqwa, kasih sayang, cinta kebaikan, sabar dan berjuang untuk kebaikan.
12. Mendidik naluri, motiyasi dan keinginan generasi muda dan menguatkannya dengan akidah dan nilai-nilai.
13. Menanamkan iman yang kuat kepada Allah, perasaan keagamaan dan akhlak pada diri mereka.
14. Membersihkan hati mereka dari rasa dengki, hasad, iri hati, benci, kezaliman, keegoan dan perselisihan.
5.4.3.7 Tazkiyah al-Nafs
Keutamaan membangunkan manusia seutuhnya dalam pandangan Islam adalah fokus utama dan pusat kepada pembangunan. Dalam istilah sufi (tasawuf) pembangunan manusia ini disebut sebagai membangunkan peribadi insan sehingga mencapai tingkat dan darjat kesempurnaan manusia. Tanpa pembangunan manusia ini, pembangunan-pembangunan lain termasuklah pembangunan ekonomi akan turut gagal, sebab pembangunan peribadi manusia adalah akar umbi yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya masyarakat dan pembangunan negara. Dengan sebab inilah maka perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada aspek pembangunan kerohanian atau jiwa manusia itu dalam sesuatu perancangan pembangunan. Firman Allah bermaksud :
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya {untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada bertaqwa; sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya(dengan sebab kekotoran maksiat) (al-Syams 91: 7 -10)
Jiwa yang dikurniakan kekuatan akan melakukan kebaikan semasa hidup. Jiwa yang baik akan membawa kejayaan dan jiwa yang buruk akan membinasakan (Hijazi, 1968). Jelasnya jiwa (diri) manusia itu perlu disucikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidang pembangunan kebendaan yang lain. Andainya jiwa manusia itu telah suci, maka barulah aspek-aspek pembangunan yang akan mengikuti seterusnya akan terpelihara.
Sebenarnya, konsep pembangunan insan dalam skop dan pengertian yang kita bicarakan di sini adalah tidak lain dari proses tazkiyat al-nafs (pembersihan diri) yang merupakan salah satu tugas kerasulan setiap rasul yang diutus Allah s.w.t ke alam ini, sebagaimana yang jelas terungkap dalam firman Allah yang bermaksud:
Wahai Tuhan kami (doa Nabi Ibrahim A.S) utuslah kepada mereka seorang rasuldaripada kalanganmereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman)-Mu dan mengajarkan mereka isi kandungan kitab serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati adan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al-Baqarah: 129)
Dialah yang mengutuskan daripada kalangan orang (Arab) yang ,4 ' ummiyin seorang Rasul (Muhammad S.A. W) dari bangsa mereka sendiri j| yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan, (hati dan jiwa) mereka, serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Qur'an) dan hikmah kebijaksanaan. Dan sesungguhnya mereka sebelwn (kedatangan Nabi Muhammad s.a.w) adalah dalam kesesatan yang nyata
(Al-Jum'ah: 2)
Konsep pembangunan insan dalam pengertian tazkiyat al-nafs yang diwariskan oleh para rasul Allah kepada umat manusia ini ialah merujuk kepada suatu usaha gigih untuk membersihkan diri manusia daripada pelbagai sifat yang rendah dan hina (sifat-sifat mazmumah), seterusnya dihiaskan diri tersebut dengan pelbagai sifat yang mulia dan terpuji (sifat-sifat mahmudah). Secara umumnya, proses pembangunan insan ini satu usaha untuk mengangkat sifat-sifat nafsu manusia dari taraf jahat dan tidak menentu iaitu yang menjadi ciri utama tahap nafsu ammarah bi al-su' kemantapan, keredhaan dan ketenangan hasil daripada rasa keyakinan penuh kepada segala janji-janji Allah s.w.t iaitu yang menjadi ciri asasi tahap nafsu mutma'innah yang sudah sempurna dan berjaya dibangunkan (Zakaria Stapa, 2001).
Jadi, semua usaha dan program yang dijalankan dalam proses pembangunan insan ini adalah bertujuan untuk melahirkan insan kamil yang berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Penghasilan dan pembinaanya menjadi matlamat dan tugas paling utama kepada kebangkitan Rasulullah s.a.w itu sendiri, sebagaimana yang jelas terungkap dalam sebuah hadith baginda:
Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan baik (Riwayat al-Bukhari)
5.4.3.8 Mujahadah
Al-Mujahadah, di dalam keadaan asalnya adalah sama dengan al-Jihad, iaitu pengorbanan segala bentuk kesenangan ke jalan Allah serta memerangi musuh-Nya. Al-Mujahadah di dalam penggunaannya dalam bidang al-Tasawwuf secara khusus telah dirujukkan kepada penerangan terhadap al-Nafs dan penghindaran daripada segala tuntutan-tuntutannya berasaskan anggapan bahawa al-Nafs tersebut adalah musuh utama yang berperanan menjerumuskan insan ke arah kehancuran serta menjauhkan mereka daripada agamanya.
Jadi al-Mujahadah adalah aspek pengalaman dalam kehidupan bertasawwuf, iaitu suatu bentuk pengalaman yang menentang al-Nafs. Al-Nafs yang kerap diperkatakan di kalangan ahli sufi apabila membicarakan tentang al-Mujahadah bukanlah satu nama yang sama erti dengan insan pada keseluruhannya tetapi dirujukkan kepada diri kehaiwanan yang merupakan pusat kepada nafsu syahwat yang menjadi punca kepada segala bentuk kejahatan dan dosa. Menurut analisis golongan ahli sufi, al-Syahwah dan al-Hawa merupakan dua tabiat yang terdapat di dalam al-Nafs.
Mujahadah merupakan usaha melawan nafsu syahwat untuk terus berada dalam keadaan penghayatan Islam. Petunjuk jalan menuju Allah s.w.t adalah hasil mujahadah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Dan mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang-orang yang baik (Al-Ankabut: 69)
Penghayatan mujahadah bermula dari pembentukan dan pembinaan iman. Perlunya mujahadah dalam pembentukan iman mungkin tidak disedari oleh orang yang dibesarkan dalam suasana Islam. Tetapi orang yang dibesarkan dalam suasana bukan Islam, tentu mengalami berbagai kesulitan yang memerlukan mujahadah untuk membentuk keimanannya. Mujahadah juga adalah saluran dan wasilah utama bagi mendapatkan petunjuk. Allah s.w.t berfirman dengan maksudnya,
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya" (Al-Taghabun: 11)
Keimanan itu adalah hasil mujahadah dan kesempurnaan iman itu adalah dengan amal yang memerlukan mujahadah dan usaha yang bersungguh-sungguh. Ini memberikan gambaran tentang makna ayat di atas iaitu barangsiapa yang bermujahadah membentuk keimanannya sehingga berjaya membentuk keimanan dan barangsiapa bermujahadah menyempurnakan keimanan itu, nescaya Allah s.w.t akan memberikan petunjuk kepada hatinya.Hasilnya, hati akan bersinar dengan cahaya keimanan dan mudah menerima kebenaran daripada Allah s.w.t.
Mujahadah yang diisytiharkan terhadap al-Nafs adalah mempunyai nilai dan kedudukan yang amat tinggi menurut pandangan Islam. Dalam hal ini, mereka berpegang kepada apa yang telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.
Kita telah kembali dari jihad kecil untuk kita mengharungi jihad yang lebih besar. Ketika ditanyakan tentang jihad yang lebih besar itu, Rasulullah s.a.w bersabda: " Jihad melawan nafsu". (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya al-Mujahadah adalah suatu jalan yang sukar dan panjang, dikelilingi pelbagai ranjau. Pintunya adalah taubat dari segala dosa dan berusaha untuk membersihkan diri seterusnya tunduk akur kepada semua perintah Allah.
5.5 CABARAN DAN PENYELESAIAN PEMBENTUKAN AKHLAK
Oleh kerana pembangunan fizikal lebih pantas daripada proses pembinaan akhlak, maka para pelajar akan terarah kepada keruntuhan akhlak. Insan yang rantuh akhlaknya ialah insan yang kabur tentang hakikat dan tujuan hidup serta membentuk gaya hidup yang bebas daripada nilai dan norma keagamaan( Che Zuina, 1998). Malaysia sedang pesat membangun dari segi kemajuan kebendaan. Perubahan yang pantas akan meninggalkan kesan-kesan yang tidak stabil atau mengelirukan. Ini disebabkan kegagalan anggota masyarakat mengorientasikan diri mereka ke arah perubahan tadi (Tajul Ariffin, 1990) Kekeliruan ini akan menyebabkan golongan muda khususnya tenggelam dalam arus pembangunan. Mereka telah mengamalkan perlakuan yang ganjil dan tidak normal. Begitu juga pelajar kita telah berada di antara dua persimpangan. Perlakuan yang baik, berakhlak dan berdisiplin yang sesuai dengan budaya dan ajaran agama. Manakala tarikan kedua pula menuju ke alam mimpi, angan-angan dan kerosakan yang dicetuskan oleh pembangunan yang terlalu pantas.
5.5.1 CABARAN LUARAN
Masalah keruntuhan akhlak, menjadi tajuk perbincangan yang cukup hangat kebelakangan ini. Akhbar-akhbar tempatan tidak putus-putus mencatatkan rekod perlakuan manusia yang mencerminkan keruntuhan dan kebankrapan moral mereka terutama di kalangan remaja sampailah kepada orang dewasa. Remaja dengan tabiat lepak, berpeleseran sampailah kepada pembuangan anak, dan orang dewasa pula dengan tabiat pecah amanah, suka mendera sampailah kepada sumbang mahram. Semua itu merupakan tabiat-tabiat akhlak buruk yang tidak wajar dilakukan oleh manusia yang benar-benar faham tentang mesej kehadiran mereka di alam ini. Mereka sebenarnya tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang dikehendaki oleh agama mereka. Hal ini tentunya berkait rapat dengan persoalan kefahaman Islam yang tidak selesai sebagaimana yang dicatatkan di atas (Zakaria Stapa, 1995).
Cabaran globalisasi melalui teknologi maklumat dan multimedia merupakan alat ampuh kepada penularan penjajahan pemikiran (al ghazwul-fikri) yang meletakkan minda dan jiwa umat Islam tercengkam dengan pengaruh asing dan pada masa yang sama menanamkan rasa pendewaan terhadap Barat (Sidek Baba, 1998).
Dalam al-Quran tercatat penyalahgunaan yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut A.S, yang akhirnya mereka terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal, iaitu kebinasaan mereka sendiri (Zakaria Stapa, 2001). Perihal mereka ini terungkap dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu inilah kaum yang melampaui batas... Maka Kami selamatkan dia (Lut) dan kelurganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya.. .Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan)... (al-A'raf: 80-81,83-84)
Masa kini, penyalahgunaan ini ternyata amat berleluasa sekali, sehingga menimbulkan satu bencana khusus pada akhlak dan perlakuan mereka. Bencana yang bertitik tolak daripada gaya hidup bebas dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan menjadi semakin merebak ke serata dunia, dengan membawa 'kuman-kuman' yang boleh menjadi penyakit dan boleh menghancurkan tamadun manusia itu sendiri serta menjatuhkan taraf mereka sebagai manusia. Dalam kata lain, cukup ramai manusia yang lari atau tidak suka bernaung di bawah kerangka besar aturan dan program yang ditetapkan oleh Allah s.w.t, yang sekali gus bermakna bahawa mereka sebenarnya tidak hanya menentang Allah s.w.t, malah mereka juga menentang table mereka sendiri. Atas asas itulah mereka terpaksa menanggung bencana yang mereka tempah sendiri.
Pengabaian pendidikan terhadap remaja mengakibatkan kelahiran pelbagai gejala sosial seperti gejala lepak, tidak minat belajar, tidak kisah, lari dari rumah, penyalahgunaan dadah, pil ekstasi, penagihan arak, homoseksual/lesbian, AIDS/ HIY positif, bohsia, bohjan, pengguguran anak, pembuangan anak, gejala punk, skin head, berjudi, lumba haram, samseng sekolah, yandalisme dan pelbagai jenayahjuyana.
Dilihat kepada semua paparan yang telah diberikan ini, secara terang-terangan remaja Melayu telah dilanda dengan krisis sosial yang cukup meruncing membabitkan semua aspek yang terpenting di dalam pembentukan jiwa seseorang remaja Islam. Hal ini boleh dilihat dari dengan lemahnya pegangan iman, hilangnya pengaruh ibu-bapa, keterganrungan mereka kepada pengaruh nkan sebaya yang tidak mampu bernkir dengan waras dan terpaksa hidup di dalam suasana masyarakat yang penuh dengan budaya munkar.
Kesan gejala sosial kepada agama, bangsa dan negara begltu beur aekali, Masyarakat menjadi kacau bilau, porak-peranda dan sengsara. Remaja menjadi tidak berharga dan hilang nilai individu. Kestabilan negara implikui dari gejala sosial semestinya menggugat masa depan agama, bangsa dan negara (Mustafa, 1998)
5.5.2 CABARAN DALAMAN
Apabila individu berada dalam keadaan akidah yang lemah dan kejahilan tentang ajaran agama kita, maka mudahlah mereka diresapi oleh pengaruh-pengaruh luar yang menyerang umat Islam melalui berbagai cara dan taktik. Kedudukan akidah yang paling asas dan terpenting dalam pembinaan tamadun kemanusiaan dan kepincangan akidah bererti kemusnahan segala-galanya. Akidah adalah ibarat nadi kepada badan manusia, asas kepada sebuah binaan atau akar kepada sebatang pokok, rosaknya bererti binasalah badan, binaan dan pokok tersebut.
Kebanyakan masyarakat Melayu moden telah dikesan mengidap penyakit psikologi yang agak kronik, gelisah dan hilang pertimbangan akal yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk seperti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, bohsia dan mengamalkan "free-sex". Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah ini adalah akibat dari tindakan tidak menuruti kehendak agama seperti meninggalkan kewajiban sembahyang lima waktu. Ini adalah hasil dari kelemahan iman kepada Allah dan tidak adanya penyerahan diri secara mutlak kepada Allah s.w.t. Naluri yang merosakkan adalah tunduk di bawah runtunan hawa nafsu. Setiap manusia yang tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t bererti mereka telah mengikut hawa nafsu.
Dalam apa sahaja agama, keimanan adalah penting dan tanpanya agama akan runtuh. Oleh itu dalam pendidikan Islam, pendidikan keimanan perlu ditekankan agar lahirlah keimanan dan akidah yang kental, seterusnya akan membuahkan generasi yang berakhlak (Quasem, 1976).
5.5.3 PENYELESAIANNYA
Penyelesaian terhadap keruntuhan akhlak perlu diperluaskan terhadap generasi muda. Para ibu bapa, pendidik dan tokoh-tokoh agama masing-masing mempunyai peranan dalam usaha menanggani masalah ini. Justeru itu beberapa asas perlulah difahami dan dihayati. Ini termasuklah :
a) Menginsafi diri sebagai hamba Allah, yang mensyukuri nikmat dan rahmat Allah. Penyertaan diri dalam melaksanakankan Islam adalah merupakan tanda bersyukur kita kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku... (al-Zariyat: 56)
b) Memahami tasawwur (gambaran) Islam semurninya, serta cuba menghay atinya. Generasi muda perlu memahami Islam secara menyeluruh dan tidak hanya memahami aspek-aspek tertentu sahaja seperti ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.
c) Memahami sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan perjuangan para mursalin serta mengambil pelajaran secara tepat daripada perjuangan mereka. Sebagai contohnya memahami intisari penting yang berlaku dalam hijrahnya Baginda, strategi peperangan, Perjajian Hudaibiyah, pembukaan Makkah dan seumpamanya (Mustaffa Kamil 1994).
Setiap remaja perlu mengamalkan cara hidup Islam. Amalan seharian mengikut cara hidup Islam mampu bertindak sebagai pelindung kepada mereka agar memanfaatkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang sihat. Antara amalan-amalan yang dapat membenteras salah laku akhlak ialah ;
Istiqamah melaksanakan solat. Ia bukan sahaja tanggungjawab sebagai orang Islam yang wajib dilakukan lima waktu sehari semalam, malahan pula boleh mencegah kejahatan dan mungkar. Seseorang yang solat akan berasa gerun apabila berhadapan dengan Allah. Oleh itu dapat menghindakan diri daripada kejahatan seperti pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan dan penyalahgunaan dadah.
Diri pelajar mestilah diperkukuhkan dengan unsur kerohanian yang mantap sehingga berupaya melakukan jihad menanggani segala cabaran masa hadapan yang lebih hebat. Apa yang penting aspek pembangunan insan menjadi agenda utama dalam segala penyelesaian masalah.
Pembangunan insan adalah suatu bentuk pembangunan yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab bagi kejadiannya. Pembangunan kerohanian juga merupakan pembangunan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dan kehidupannya. Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan kehilangan matlamat hidupnya. Krisis kekosongan rohani akan melanda mereka dan akhirnya mereka mungkin mengalami penyakit jiwa.
Membajai diri dengan sifat al-hikmah iaitu memiliki pegangan yang benar, tidak bertaqlid buta dan berjihad di atas landasan kebenaran. Keimanan perlu diperteguhkan dengan budi pekerti yang tinggi dan berakhlak mulia. Kecintaan kepada agama, bangsa dan tanah air perlu ditanam di dalam diri.
Sifat adil dan asy syaja'ah iaitu berani kerana benar, satu sifat yang penting yang membolehkan seseorang Muslim mempunyai daya tahan samada dari ttgi fizikal dan mental atau jasmani dan rohani untuk merealisasikan segala suruhan Allah s.w.t dan menjauhkan segala larangannya.
Sifat 'iffah iaitu waja diri dan kawalan diri yang ampuh juga perlu dimiliki oleh Muslim. Ia berfungsi sebagai pengawal perasaan, emosi dan nafsu yang sering terjerumus ke lembah gejala sosial. Sifat ini akan melahirkan sifat al-haya" (malu melakukan perkara mungkar dan keji), warak dan sabar. Sabar merupakan kekuatan yang dapat menentang runtunan hawa nafsu dan syahwat, seterusnya mendorong seseorang mentaati Allah.
Justeru beradab dan bersopan santun juga penting bagi seseorang Muslim. Mereka akan menghormati diri sendiri dengan maruah, tuturkata dan kelakuan yang baik. Kesan dari penghayatan akhlak mulia sebegini akan menjadikan Muslim yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka akan dapat menyelamatkan diri dari gejala sosial yang merosakkan diri, masyarakat dan negara.
5.6 KESIMPULAN
Akhlak membabitkan suasana kejiwaan yang menerbitkan perbuatan. Akhlak mengatur dan menyelaraskan empat hubungan asas iaitu hubungan manusia dengan Pencipta, manusia lain, alam sekitar dan hubungan manusia dengan dirinya. Dari sudut amalan, akhlak dimanifestasikan dalam lima kategori umum iaitu akhlak perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan peribadatan khusus. Kelima-lima kategori ini saling berkait antara satu sama lain.
Akhlak yang diasaskan oleh Islam bertunjangkan akidah. Asas yang kukuh dan bersifat uniyersal. Matlamat hidup yang jelas juga menjadikan akhlak Islam iru unggul dan padu. Tanpa akhlak yang mulia adalah sukar untuk membina sebuah masyarakat yang aman, damai dan sejahtera. Hidup bermasyarakat banyak melibatkan hubungan manusia sesama manusia. Ia memerlukan akhlak yang terpuji dan mulia agar sesuai dengan kesempurnaan dan kemuliaan kejadian manusia. Jika akhlak yang terpuji diganti dengan akhlak yang keji, masyarakat akan dilanda kepincangan, huru-hara dan peperangan. Oleh itu jelaslah bahawa akhlak adalah manifestasi dari pembangunan insan, seterusnya tercipta manusia soleh yang akan berjihad dan berdakwah di jalan Allah. Akhlak inilah yang seterusnya akan membangunkan apa sahaja yang ada disekelilingnya, memakmurkan alam ini dan menyediakan bekalan untuk dibawa ke akhirat.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
Abd. Rahman Omar. 1989." Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi Dalam Membina Tamadun Islam" dim. Baharudin Yatim dan Sulaiman Noordin. Islam el-Quran dan Ideologi Masa KM. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.
Abdullah Nasih Ulwan. 1988. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Jilid 2. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Al-Abrashi, 'Atiyah. 1974. Dasar-dasarpokokpendidikan Islam. Terj. H. Bustami A. Gani & Djohar Bahry. Jakarta: Bulan Bintang.
Abul A'la al-Mududi. 1967. Islamic Way of Life. Karachi: Islamic Research Academy. Abu Urwah. 1986. Risalah Usrah. Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Abu 'Urwah. 1989. Sistem-sistem Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Ahmad Ibrahim Shukri. 1992. Pedoman Hidup Muslim. Terengganu : KUSZA Al-Ahwani, Ahmad Fu ad. T.th. Al-Tarbiyyahfi al-Islam. Mesir: Dar al-Ma arif.
Al-Qari, Abdullah. 1972. Dasar pendidikan menurut Islam. Kota Bharu : Pustaka Aman Press.
' Ali Fadl al-Lah. T.th. Al-Akhlaqfi al-Islam. Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah. Ameer Ali. 1974. The Spirit of Islam. London : Chatto & Windus.
Che Kamarudin Md. Daud, Nik Aminah Nik Idris, Rukiah Muhamad, Siti Fatimah Sudin, Sulaiman Wahid. 1996. Asas-asas Islam II. Selangor: PPI, UiTM Shah Alam.
Che Zuina binti Ismail. 1998. Pembangunan Insan : Peranan Pusat Pendidikan Islam dan Unit Agama (HEP)Terhadap Siswa dan Siswi UiTM Shah Alam Disertosi Sarjana Pengajian Islam FPI, UKM Bangi.
Garner, Richard T. 1986. "Ethics", The Encylopedia Americana. Connecticut : Grolier Incorporated.
Al-Ghazali. 1976. Ihya Ulum al-Din. Jilid 3. Qaherah: Mu'assasat al-Halabi wa Syifflluh li Al-Nasyr wa al-Tawzi'.
Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Get. Ke 3. Kuala Lumpur
Hasan Langgulung. 1995. Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Shah Alam: Hizbi.
Hussein Bahreisi. 1980. Ajaran-ajaranAkhlak Imam Ghazali. Singapura: Speedy Self Study System.
Dr. Husein Husein Syahatah. 2003. Membersihkan Jiwa Dengan Muhasabah. Yokyakarta: MITRA PUSTAKA.
Ibn Maskawayh. 1966. Tahdib al-Akhlak. Bayrut: American Uniyersity of Bayrut. Kamus Dewan EdisiBaru. 1989. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khalif Muammar A. Harris. 2005. "Pembangunan Tamadun Khayra Ummah Menerusi Pemerkasaan Iman dan Moraliti. Dim. Ahmad Mohamad Said dan Khalif Muammar A. Haris (pnyt.). Pembangunan Watak Bangsa. Selangor : Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah.
Al-Maturidi, Abu mansur Muhammad. 1970. Kitab al-Tawhid. Bayrut : Dar al-Masyriq.
Mohd Nakhaie Hj. Ahmad 1994. Pembangunan era pasca moden dari perspektif al-Quran. Dakwah, Julai: 29 - 30.
Mustafa Haji Daud. 1998. "Generasi cemerlang era siber". Dalam Pemikir. Oktober - Disember. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
Mustaffa Kamil Ayub. 1994. Menanggani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah. Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Quasem, Muhammad Abdul. 1976. The ethics of al-Ghazali: a composite ethics in Islam. Selangor: Central printing Sdn. Bhd.
Rohani bt. Dollah. 1989. "Pendidikan Akhlak Mengikut Pandangan Islam". Latihan Ilmiah 1979/89. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah Uniyersiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Endut. 1975. "Falsafah Akhlak Semenjak Socrates Hingga Ibnu Maskawih, Satu Kajian Mengenai Perkembangan Falsafah Akhlak Semenjak Zaman Yunani". Latihan Ilmiah. Bangi : Jabatan Usuluddin dan Falsafah Uniyersiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Noordin. 1989. "Konsep Ibadah Dalam Islam" dim. Baharudin Yatim dan Sulaiman Noordin. Islam al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Bangi : Pusat Pengajian Umum UKM.
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1978. Islam and secularism. Kuala Lumpur: ABIM.
TajulAriffin Noordin 1990. Pendidikan: SuatuPemikiranSemula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
W. Abdullah dan Dra Wista. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Alam Melayu.
Selangor : PPI UiTM Shah Alam.
Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & TasawwufIslam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd..
Zakaria Stapa. 2001. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn. Bhd.

4 – Konsep ibadah membina insan berkualiti

4.1 PENDAHULUAN

Seluruh aktiviti Mukmin yang dilakukan dengan niat yang baik dan cara yang tidak bercanggah dengan syariah Islam, sama ada bertujuan untuk melaksanakan hak Allah, diri sendiri, insan lain atau hak persekitaran, dianggap sebagai ibadah. Ibadah dalam pengertian yang luas dan menyeluruh merupakan tujuan manusia dicipta oleh Allah. Ibadah berperanan sebagai motiyasi asas yang mendorong segala tingkah laku Muslim. Ibadah juga mengandungi dua kategori iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Para ulama usul fiqah menggunakan istilah 'urusan ibadah' sebagai menggantikan istilah 'ibadah khusus', dan istilah 'urusan muamalat' sebagai menggantikan istilah 'ibadah umum'.
Ibadah membabitan keimanan, keilmuan dan amal yang ihsan. Keimanan itu bukanlah dengan berangan sahaja tetapi keimanan adalah ketetapan dalam hati dan diakui dengan amalan. Untuk melaksanakan ibadah dengan baik, setiap Muslim perlu mempunyai beberapa kekuatan asas seperti kekuatan akidah, ilmu, ekonomi, budi pekerti, ikatan masyarakat, jihad dan ijtihad (Sayid Sabiq, 1978).
4.2 PENGERTIAN IBADAH
Maksud ibadah adalah taat, tunduk dan patuh serta menyerah diri. Manusia yang menyerah diri kepada Allah, taat kepada hukum-hukumNya, bermakna ia menjadi abdi kepada Allah. Sebaliknya mereka yang tunduk dan patuh kepada selain Allah, akur kepadanya, maka mereka menjadi abdi kepada selain Allah. Seseorang yang mentaati yang lain tanpa keizinan oleh Allah, jadilah ia beribadah kepada manusia tersebut. Menurut Imam Ja'far as-Sadiq (Muhammad Haidari, t.thn), "Sesiapa yang mentaati seorang dalam maksiat maka sesungguhnya ia telah mengabdikan diri kepadanya". Allah s.w.t telah berfirman dengan maksudnya,
Tidaklah Aku ciptakanjin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu
(Ad-Dzaariaat: 56)
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali dengan konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara manusia dan Allah dan ibadah dalam Islam tidak terikat dengan sesuatu tempat yang tertentu. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
Seluruh muka burnt ini adalah dijadikan masjid untukku, suci dan bersih (Riwayat Al-Bukhari)
Diwajibkan jin dan manusia beribadah kepada Allah supaya mendapat keredhaan Allah dan ganjaran yang cepat di dunia dan ganjarannya yang ditangguhkan di akhirat. Allah tidak mendapat sebarang manfaat daripada ketaatan manusia dan tidak pula rugi dari perbuatan maksiat hambanya. Sebenarnya yang rugi adalah manusia itu sendiri samada di dunia atau di akhirat nanti.
4.3 PEMBAHAGIAN IBADAH
Ibadah terdiri dari berbagai-bagai bentuk, bukan satu macam sahaja sehingga jin dan manusia tidak merasa jemu dalam menunaikan ibadahnya. Peningkatan ibadah berbeza dan beraneka rupa dan sesuai dengan segala perangai, persiapan dan kecenderungan manusia itu sendiri. Firman Allah yang bermaksud,
Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza (Al-Lail: 4)
Terdapat berbagai-bagai bentuk ibadah dapat dilakukan oleh seseorang Muslim seperti memberi sedekah kepada anak yatim, membuang duri dari jalanraya, menulis kertas kerja, menjadi ahli dalam gerakan dakwah, bekerja mencari nafkah untuk keluarganya dan lain-lain lagi. Islam merangkumi segala aktiviti manusia sehingga makan minum dan berehat pun boleh menjadi ibadah jika ia berniat untuk mengumpulkan tenaga untuk memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh agama Islam. Ulama' telah menghuraikan persoalan ibadah ini dalam konteks ibadah khusus dan ibadah umum.
4.3.1 Ibadah Khusus
Ibadah khusus melibatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh Muslim untuk menunaikan hak Allah ke atas diri mereka. Ibadah ini mempunyai tiga unsur yang penting :
i. Unsur matlamat (niat) : Hanya Allah sahaja yang patut disembah dan tidak ada sebarang unsur syirik dalam penyembahan itu (Nik Azis, 1986).
ii. Unsur pelaksanaan : Aktiviti menyembah Allah dilaksanakan mengikut cara-cara terperinci yang ditunjukkan oleh syariah Islam. Segala cara untuk melaksanakan ibadah khusus ditetapkan melalui wahyu dan semua cara yang direka dalam melaksanakan ibadah khusus adalah tertolak secara automatik dan dianggap bidaah.
iii. Unsur penilaian : Aktiviti ibadah khusus yang mempunyai 'jiwa ibadah' seperti ikhlas, khusyuk dan 'hadir hati' sahaja yang diterima oleh Allah.
Di antara contoh ibadah khusus ialah seperti solat, puasa, zakat, haji, zikir dan seumpamanya.
- Solat Sebagai Contoh Ibadah Khusus
Solat merupakan ibadah khusus yang utama. Selain dari berperanan sebagai 'tiang agama' ia mempunyai kesan yang amat besar ke arah mendidik jiwa manusia dan mempunyai banyak hikmah jika dilakukan dengan sempurna. Namun apa yang sangat dikesalkan ialah ramai daripada umat Islam kini umumnya, memandang ia sebagai suatu yang enteng. Ada yang merasakan solat tidak memberi apa-apa faedah. Terdapat sesetengah golongan yang sengaja meninggalkan solat pada waktu yang diwajibkan ke atasnya ketika itu dengan alasan untuk menggantikannya (qada') nanti. Malah terdapat sesetengah pihak yang menganggap solat Jumaat hanya diwajibkan sekali bagi tiga minggu sedangkan ia adalah merupakan kefarduan setiap minggu. Itulah gambaran ringkas betapa tipisnya anggapan mereka terhadap solat (Kasim bin Awang, 1990).
Seseorang yang melakukan solat akan mendapat ketenangan dan keriangan di hatinya, kerana solat yang dilakukan secara berterusan akan menghubungkan hamba dengan Allah secara langsung dan pada setiap masa. Ketenangan dan keriangan yang dicapai melaluinya tidak dapat digambarkan oleh kata-kata atau lukisan, bahkan hanya jiwa yang mengalaminya dapat menilai.
Bermula dari amalan mengambil wuduk, anggota seseorang itu sentiasa bersih dan bercahaya. Setiap pergerakan dalam rakaat solat, bermula daripada pergerakan mengangkat tangan ketika takbiratu al-ihram, rukuk, sujud sehingga kepada memalingkan muka ke kanan dan ke kiri ketika memberi salam merupakan pergerakan yang dapat menolong menambahkan kesihatan badan seperti melicinkan sistem urat saraf dan perjalanan darah.
Ketika sedang menunaikan solat, seseorang itu telah melepaskan jiwanya daripada keduniaan. Pada saat itu dia hanya berbicara dan menghadap Tuhan dan menghadap Tuhan Rabbu al-Jalil, memohon pertolongan dan petunjuk serta inayat rahmat dari sifat al-Rahman dan al-RahimNya. Solat juga merupakan doa kerana kebanyakkan lafaz-lafaz yang dituturkan ketika solat adalah berbentuk doa. Permohonan dan pengharapan kepada petunjuk dan pertolongan Allah menyebabkan seseorang itu mempunyai keyakinan, kekuatan, kesabaran dan kejernihan jiwa kerana Allah s.w.t adalah penerima hakiki segala permohonan dan pengaduan, apa lagi jika solat itu dilakukan dengan khusyuk. Ayat al-Quran yang dibaca akan menyelinap masuk ke kalbu halus, membangkitkan rasa rendah diri, insaf, mengakui keagungan Tuhan semesta alam dan berupaya menerima hakikat bahawa kehidupan di alam ini hanyalah sementara. Ini akan membawa kepada suatu kesedaran bahawa apa juga bentuk masalah yang dihadapi adalah cubaan, iaitu untuk menguji ketabahannya. Selanjutnya, bila hakikat ini diterima, jiwa akan tabah, insaf dan tenang dalam memilih jalan untuk mengatasinya.
4.3.2 Ibadah Umum
Ibadah umum melibatkan aktiviti-aktiviti yang dikerjakan oleh Muslim, sama ada untuk tujuan menunaikan diri sendiri, insan atau persekitaran.
Aktiviti ibadah umum terbahagi kepada dua jenis iaitu aktiviti yang mengandungi ta'abbudi seperti perkahwinan dan perceraian dan aktiviti yang tidak mengandungi unsur ta'abbudi seperti perindustrian dan senibina. Aktiviti yang mengandungi semangat ta'abbudi diberi batas dan ketentuan oleh syariah Islam, seperti menetapkan syarat perkahwinan dengan jelas.
4.3.3 Syarat-Syarat Amalan Menjadi Ibadah
Sesuatu pekerjaan kita itu boleh menjadi ibadah apabila mengikut syariat (hukum-hakam) Islam. Ia mengandungi perhubungan kita dengan Allah SWT dan perhubungan kita sesama manusia. Firman Allah s.w.t bermaksud, Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana sahaja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia (Al-Imran: 112)
Kalau kita menegakkan salah satu sahaja daripada kedua jenis perhubungan ini umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah s.w.t dan tidak menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, ia tidak dikira ibadah dan Allah s.w.t mungkin menimpakan atas kita bala dan azab. Setiap amalan manusia yang biasa boleh bertukar kepada ibadah dan akan diberi ganjaran atau pahala jika ianya memenuhi syarat-syarat berikut (Sulaiman Noordin 1989),
i. Niatnya : Pekerjaan yang disertakan dengan niat atau objektif yang baik yang diredai Allah seperti mencari rezeki yang halal bertujuan untuk mengelakkan kemiskinan diri sendiri dan tanggungannya supaya tidak akan bergantung kepada orang lain. Semua amalan yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah.
ii. Perkara yang halal: Perkara yang hendak dibuat adalah halal atau harus. Perkara yang haram perlu ditinggalkan. Umpamanya, menjual arak tidaklah halal dari segi Islam. Perkara yang haram bukan sahaja merosakkan individu yang terlibat malah boleh merosakkan orang lain, masyarakat dan negara. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut, adapun amalan-amalan yang diingkari Islam seperti kerja yang ada hubungannya dengan riba' dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadat, kerana Allah bersifat bersih dan baik tidak menerima amalan kecuali yang baik dan bersih sahaja.
iii. Dilakukan secara sederhana : Sederhana merupakan jalan pertengahan yang perlu diambil oleh umat Islam dalam segala tindakannya dalam memenuhi tuntutan naluri semulajadinya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampau batas" (Al-A'raf: 31). Amalan-amalan itu hendaknya dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadith Nabi s.a.w. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: " Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu." Dalam yang lain pula Rasulullah s.a.w bersabda: " Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja memperelokkan kerja itu."
iv. Perlaksanaan tertakluk kepada ajaran Islam : Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.Segala kerja haruslah dilaksanakan dengan jujur, amanah dan bersih. Menurut ajaran Islam, jika bertujuan bersih, caranya pun mesti bersih. Ini bertentangan dengan ajaran komunis atau sosialis yang berpegang kepada prinsip "Tujuan menghalalkan sekalian cara" (The end justifies the means).
v. Tidak meninggalkan kewajiban asas: Dalam kesibukan kita melaksanakan pekerjaan dan perniagaan, kita tidak boleh meninggalkan sembahyang, puasa dan zakat. Kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan bagi kita meninggalkan yang wajib. Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Orang-orang yang tidak dapat dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan daripada mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta membayar zakat (An-Nur: 37).
vi. Dilakukan dengan tekun dan cekap : Seorang pekerja seharusnya bersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan tugasnya dengan penuh kepakaran dan kecekapan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda dengan maksudnya, Sesungguhnya Allah sukajika seseorang itu bekerja, maka ia bekerja dengan tekun (riwayat Al-Baihaqi).
Ringkasnya jika seorang Mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya seharian maka ia dikira sebagai ibadat kepada Allah.
4.4 ASAS-ASASIBADAH
4.4.1 llmu
Masyarakat Islam hari ini sedang mengalami kemerosotan nilai ilmu yang diungkapkan sebagai "rabun membaca, lumpuh menulis". Mereka seolah-olah sudah terputus dari sejarah Islam yang bermula dengan reyolusi keintelektualan, anjakan radikal dari kegelapan jahiliah kepada kecerahan Islam bermula dengan satu kata, "Iqra" (baca). Ilmu adalah ciri utama kekhalifahan Adam AS dan pengalaman ta'lim al-asma' (pengajaran tentang nama-nama) mengisyaratkan tentang hakikat manusia sebagai makhluk yang highly teachable. Dalam era yang berasaskan ilmu (knowledge based)- persaingannya adalah persaingan keilmuan sementara modal utamanya ialah intellectual capital. Budaya yang kuat yang mampu mengangkat martabat umat adalah budaya yang mendaulatkan nilai ilmu dengan mengembalikan ilmu ke posisi puncak urutan nilai-nilai budaya umat dan mengangkat martabat para ilmuan (Siddiq Fadhil, 2005).
Ilmu ialah mendapat atau menyerlahkan hakikat sesuatu. Orang yang berilmu ialah orang yang berupaya mendapatkan hakikat sesuatu atau membuka dan menyerlahkan hakikat sesuatu itu sehingga ia mengenali hakikat tersebut dan mengetahuinya. Ia boleh dicapai oleh manusia, kerana Allah s.w.t melengkapi manusia dengan keupay aan yang ditentukan oleh Allah S. W.T. Dengan keupayaan itu manusia dapat menghuraikan sesuatu perkara, membahagi-bahagikan mengikut bahagiannya, mengolah dan menamakannya untuk dibezakan antara satu sama lain bagi mengenalinya.
Keupayaan ini adalah kurniaan Allah s.w.t yang istimewa kepada manusia sehingga melayakkannya menjadi khalifah Allah s.w.t di bumi ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Dan Ia mengajar Adam akan nama semuanya. Kemudian di bentangkan kepada malaikat sambil berkata: "Ceritakan kepada-Ku nama-nama itu semuanya sekiranya kamulah yang benar". Malaikat berkata: Maha Suci Engkau, tidak ada ilmu bagi kami melainkan sekadar yang telah Engkau ajarkan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Bijaksana (Al-Baqarah: 31-32)
Ilmu yang memberi manfaat ialah ilmu yang menambahkan takwa kepada Allah s.w.t yang telah mendekatkan diri kepada-Nya, yang menyempurnakan akhlak dan kelakuan, memberi kebaikan kepada makhluk Allah, membebaskan mereka dari penderitaan, kehinaan, kelaparan dan sebagainya. Kesemua perkara yang disebutkan itu, jika diamalkan akan menambahkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Dengan syarat bahawa amalan itu berserta dengan keimanan yang sebenarnya dan keikhlasan yang Sesungguhnya (Nakhaie, 1998).
4.4.2 Iman
Menerima Islam secara jujur dan yakin terhadapnya di dalam hati dinamakan sebagai beriman. Huraian tentang keimanan ini dirumuskan pengertiannya dengan ungkapan bahawa iman itu ialah membenarkan di dalam hati terhadap kebenaran Allah dan menerima di dalam hati Nabi Muhammad s.a.w dan bahawa ajaran yang dibawanya daripada Allah s.w.t itu adalah benar (Nakhaie, 1998).
Menurut al-Qaradawi, iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Jadi iman itu bukan semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang keimanan. Ia bukan hanya pernyataan seseorang bahawa ia beriman kerana ramai orang munafikin yang mengaku beriman dengan lidahnya tetapi hatinya tidak pernah percaya kepada risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud,
Dan di antara manusia ada yang berkata kami telah beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, sedangkan mereka tidak beriman (di dalam hati). Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang beriman, sebenarnya mereka tidak menipu sesiapa melainkan diri mereka sendiri (Al-Baqarah:8-9)
Jadi keimanan itu penerimaan yang sampai ke tahap keyakinan yang teguh,' kuat dan tidak dilanda syak dan ragu sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud,
Hanya orang yang beriman itu ialah orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu (Al-Hujurat: 15)
Keyakinan atau tasdiq yang kukuh dan teguh itu adalah hakikat iman.
4.4.3 Ihsan
Ihsan menurut pengertian bahasa ialah bekerja dengan baik, beramal dan berusaha dengan tekun. Manakala menurut istilah ialah (Ab. Latif dan Rosmawati, 1998):
a. Mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan mengelokkan perbuatan
batin dengan ikhlas. b. Menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNy a, jika kamu tidak melihatNya
maka Ia melihat kamu. c. Mencapai keikhlasan dengan bermuraqabah atau mendekatkan diri kepada
Allah dalam setiap keadaan dan urusan.
Kalimah ihsan dinyatakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud,
...dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kamu... (Al-Baqarah : 83) Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan... Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baikjuga? Hadith Rasulullah ketika menjawab pertanyaan malaikat Jibril bermaksud,
Apakah itu ihsan? Nabi menjawab : "Ihsan ialah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Allah melihatmu" (Riwayat al-Bukhari)
Ihsan dalam konteks yang lebih luas ialah mereka yang beribadah kepada Allah dengan dorongan keyakinannya bahawa Allah sahaja yang berhak disembah, ditaati dan diagungkan tanpa mengharapkan pahala atau seksa, sama ada dapat masuk syurga atau neraka. Ini adalah kerana kurniaan syurga atau neraka, pahala dan dosa itu ialah limpah rahmat Allah.
4.4.4 Ikhlas
Ikhlas merupakan alat pembersih atau penyuci amalan yang kita kerjakan. Jika amalan yang kita kerjakan itu kerana riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain, maka amalan itu tidak bersih, bahkan ia adalah amalan maksiat pula. Oleh yang demikian, setiap amalan hendaklah diniatkan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata (Haji Johari, 1992).
Ikhlas ialah menentukan hanya Allah menjadi tumpuan ketaatan yakni yang dikehendaki daripada ketaatan, hanya mendekatkan diri kepada Allah dan tidak kepada yang lain yang terdiri daripada perbuatan mengambil hati makhluk atau mendapat pujian di kalangan manusia atau suka kepada pujian makhluk atau apa jua pengertian yang lain selain mendekatkan diri kepada Allah.
Menurut ulama ada tiga tanda-tanda ikhlas iaitu terasa di dalam diri sama sahaja pujian dan cacian daripada orang ramai, lupa memperlihatkan kerja-kerja di dalam semua pekerjaan dan lupa kepada kemestian mendapat ganjaran di akhirat. Orang yang ikhlas tidak menghiraukan pujian dan celaan orang ramai, terhadap dirinya dan apa yang dilakukannya daripada amalan ibadahnya. Baginya pujian atau cacian itu sama sahaja dan tidak memberi apa-apa erti kepadanya serta tidak dapat memasuki hatinya, apa lagi untuk memberi kesan kepada hatinya kerana tumpuan had dari segala amalannya ialah Allah s.w.t. Begitu juga ia langsung tidak teringat untuk mempamerkan kerjanya dan amalannya. Baginya mempamerkan kerjanya adalah tidak perlu. Untuk apa dipamerkan kerja-kerja itu, pada hal Allah lebih mengetahui apakah kerja ibadah yang dilakukannya. Begitu juga keikhlasan menyebabkan ia tidak ingatkan ganjaran akhirat kerana hanya keredhaan Allah yang diharapkan dan apa yang dilakukan semata:mata kerana Allah dan bukan untuk mendapat ganjaran-Nya.
Perasaan ikhlas ini akan muncul di dalam diri mereka yang bermujahadah di dalam membina kerohaniannya menerusi proses pembinaan kerohanian. Pengukuhan tauhid di dalam kepercayaan dan ibadah memberi kesan ke atas dirinya sehingga tumbuh bibit-bibit keikhlasan dan bibit itu terus membesar sehingga menguasai dirinya dengan muncul tanda-tanda keikhlasan seperti yang disebut di atas.
Kesimpulannya, seseorang yang ingin mendapat kedudukan takwa hendaklah mengamalkan sifat ikhlas kerana Allah dalam segala perbuatan kebajikan dan amal ibadatnya. Setiap amal itu hendaklah dilakukan bukan kerana sebarang pengaruh lain seperti riak, hendak menunjuk-nunjuk, ataupun kerana terpaksa atau dipaksa oleh sesiapa. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya,
Dan mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepda Allah dengan ikhlas dan mempunyai agama (Al-Bayyinah: 5)
4.5 KEISTIMEWAAN IBADAH
Beberapa keistimewaan ibadah di dalam Islam ialah,
1) Perhubungan manusia dengan Allah s.w.t tidak memerlukan perantaraan. Ia bermakna tiada dominasi oleh para ulama dalam melakukan peribadatan kepada Allah s.w.t. Ini berbeza dengan apa yang terdapat di dalam agama Kristian di mana rahib-rahibnya berperanan sebagai perantara kepada Tuhan dalam menentukan hukum dan mengampunkan dosa penganutnya. Islam menggariskan hanya Allah sahajalah sumber hukum dan Dia sahajalah tempat seseorang itu mengadu. Ini boleh dilakukan secara langsung kepada Allah s.w.t tanpa perlu mengadap para ulama untuk memohon restu. Namun begitu para ulama mempunyai peranannya sendiri dalam masyarakat iaitu dalam memandu anggota masyarakat ke arah melakukan peribadatan dengan cara betul (Abu Urwah, 1986).
2) Ibadah dalam Islam terkongkong pada sesuatu tempat peribadatan sahaja. Ibadat boleh dilakukan di mana-mana saja kerana di mana saja seseorang itu berada, perhubungan yang langsung kepada Allah s.w.t dapat dilakukan. Islam menganggap seluruh bumi kecuali tempat-tempat najis dan kotor sebagai masjid. Hal ini dapat dilihat dalam amalan Rasulullah s.a.w sendiri di mana beliau bersembahyang di tengah-tengah padang pasir dan juga semasa berkenderaan.
3) Keluasan ibadat dalam Islam. Ruang ibadat dalam Islam amat luas sekali. lanya merangkumi setiap aktiviti kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkutan dengan individu mahupun dengan masyarakat boleh dijadikan sebagai ibadat kepada Allah S. W.T jika memenuhi syarat-syarat tertentu.
4.6 IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM BERKUALITI
4.6.1 Kesan Pengabaian Ibadah
Apabila perhubungan dengan Allah ditinggalkan, perhubungan dengan manusia akan turut tercela kerana manusia akan didorong oleh nafsunya. Akibat dari pelanggaran hukum Allah s.w.t boleh dilihat di negara-negara yang dikatakan maju dalam sains dan teknologi. Umpamanya di Amerika dan Eropah, jenayah semakin menjadi-jadi dan langkah untuk mencegahnya tidak berkesan. Krisis moral, krisis alam sekitar, krisis ekonomi, krisis keluarga menjadi berleluasa sehingga anak sendiri menjadi mangsa.
Sebuah buku yang diterbitkan oleh Pusat Kanak-kanak Kebangsaan Britain pada tahun 1978 telah mengatakan bahawa di negara Britain, antara 30000 hingga 40000 bayi tiap-tiap tahun telah diseksa dan diserang dengan teruk oleh ibu bapa mereka di rumah sendiri (Renyoize, 1975). Inilah yang dikatakan penyakit jiwa ibu bapa yang disebabkan oleh penyakit gila dunia dan tidak tunduk kepada ajaran agama.
Selain dari itu wujud jenayah rompakan dan pembunuhan yang menakutkan. Negara mewah dari segi kebendaan tetapi rakyatnya tidak berasa tenteram khasnya pada malam hari di mana rumah perlu dikunci dan dipasang alat-alat eletronik untuk mencegah perompak. Walaupun demikian, bilangan kejadian pecah rumah dan pencerobohan tetap meningkat dari setahun ke setahun. Inilah gejala-gejala penghinaan yang Allah s.w.t timpakan kepada kaum yang tidak mengikut perintah Allah s.w.t. 4.6.2 Cara Pemantapan (Melahirkan Insan Berkualitl)
Pelaksanaan ibadah khusus dan umum akan melahirkan insan berkualiti yang berupaya memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi. Manusia dilahirkan dengan menghadapi berbagai cabaran dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
Kehebatan Rukun Islam - iaitu solat, puasa, zakat dan haji, selain daripada mengucap kalimah syahadah - dalam melaksanakan fungsinya merupakan mekanisme ampuh untuk membentuk peribadi yang berakhlak mulia.
Berhubung dengan ibadah solat, maka al-Quran telah menjelaskan fungsi moralnya sebagaimana finnan Allah yang bermaksud :
... dan dirikanlah salat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan fasya' dan mungkar (Al-Ankabuut: 45)
Ternyata bahawa solat itu sendiri berfungsi sebagai pendinding kepada perbuatan fasya' dan mungkar. Apa yang dimaksudkan dengan istilah fasya' di dalam ayat ini, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Raghib al-Asfahani didalam tulisan beliau, al-Mufradat, sebagai sesuatu yang tersangat keji sama ada perkataan atau perbuatan, di mana perbuatan-perbuatan seumpama berzina, mencuri, minum arak dan yang seumpamanya adalah tergolong di bawah naungan istilah ini. Manakala istilah mungkar pula, sebagaimana yang ditakrifkan oleh al-Jujani di dalam al-Ta'rifat, adalah merujuk kepada perkataan atau perbuatan seseorang yang di dalamnya tidak ada atau ternafi keredhaan Allah s.w.t.
Jadi, gambaran yang ada dalam ayat al-Quran di atas di atas merujuk kepada perilaku moral yang cukup positif, yang tumbuh hasil dari ketekunan menunaikan solat. Perilaku akhlak positif tersebut adalah cukup luas dan menyeluruh serta meh'puti segenap aspek terperinci dalam kehidupan harian manusia, kerana ia dirangkumi oleh semua bentuk perkataan atau perbuatan keji yang tidak direstui oleh Allah s.w.t.
Beralih kepada rukun puasa, ternyata bahawa tujuan penunaiannya bukan hanya sekadar suatu percubaan menahan diri daripada makan dan minum dalam suatu tempoh waktu yang khusus, tetapi lebih utama daripada terperangkap ke dalam jerangkap keinginan nafsu untuk melakukan perbuatan atau meluahkan perkataan keji yang dilarang dan dicela oleh agama. Atas landasan inilah, Rasulullah s.a.w pernah mengungkapkan yang maksudnya :
Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan palsu atau dusta dan mengamalkannya, maka Allah s.w.t tidak berhajat untuk menerima ia dalam meninggalkan makan dan minum (Allah tidak berhajat untuk menerima puasanya) (Riwayat al-Bukhari) Bukanlah puasa itu hanya dari makan dan minum, tetapi sesungguhnya puasa itu (menahan diri daripada) perkara yang sia-sia dan keji. Jika terdapat seseorang memaki kamu atau mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah: " Aku sedang berpuasa" (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Ramai orang yang berpuasa tetapi bahagiannya daripada puasa itu hanya lapar dan dahaga, ramai orang yang solat pada waktu malam, dan solat itu hanya berjaga malam (Riwayat Ibn Khuzaimi)
Jelas sebagaimana tersurat dari gugusan hadith di atas, bahawa menahan diri yang dilakukan oleh seseorang daripada makan dan minum sewaktu menunaikan rukun puasa bukanlah matlamat sebenar kefardhuan puasa. Matlamat yang sebenar mahu dicapai oleh kefardhuan puasa, adalah ke arah pembentukan peribadi terbabit dengan nilai-nilai akhlak yang terpuji. Oleh kerana itu, hadith-hadith di atas secara terang-terang mencela perbuatan-perbuatan dusta, sia-sia serta keji, yang kesemua itu merupakan nilai-nilai negatif yang perlu dibersihkan daripada peribadi setiap muslim.
Seterusnya, apabila dibicarakan mengenai kefardhuan zakat, perlu difahami bahawa zakat itu termasuklah juga sedekah. Ini ialah kerana sedekah dan zakat, kadang-kadang, membawa makna yang sama. Malah menurut penggunaan al-Quran pun pada beberapa tempat istilah al-sadaqah itu adalah sebenarnya dirujukkan kepada zakat (misalnya, di surah al-Taubah, ayat 103 dan 60). Al- Raghib al-Asfahani di dalam al-Mufradat menjelaskan bahawa sedekah itu ialah apa yang dikeluarkan oleh seseorang daripada hartanya dengan maksud menghampirkan diri kepada Allah s.w.t sama seperti zakat.
Pada hakikatnya zakat bukanlah berupa cukai paksaan ke atas pihak yang berada dalam masyarakat, tetapi ia lebih merupakan suatu praktis moral yang tinggi dalam proses menyemai rasa kasih sayang yang tulus serta merapatkan hubungan ukhuwah di antara lapisan masyarakat, khususnya di antara golongan yang berada dengan golongan miskin. Di samping itu, ia juga merupakan suatu latihan untuk membersihkan sifat kedekut ataupun bakhil dengan harta yang mereka miliki. Sehubungan ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud :
Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak buruk)... (Al-Taubah :103)
Ternyata bahawa semua ciri perlakuan yang dinyatakan di dalam hadith di atas merupakan nilai positif yang tergolong di bawah naungan akhlak yang mulia. Ini bermakna bahawa suatu bentuk galakan telah diinstitusikan oleh Islam untuk mendorong, melatih dan membiasakan diri ummahnya dengan nilai-nilai akhlak terpuji.
Selanjutnya, apabila kita beralih kepada kefardhuan haji, maka kita boleh temui firman Allah s.w.t sebagaimana berikut:
(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan ibadah haji), maka tidak boleh baginya melakukan rafath, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadah haji... Di dalam ayat di atas, terdapat istilah rafath, di mana menurut Ibn Hajar di dalam al-Fath al-Bari, istilah ini pada pandangan ramai ulama adalah merujuk kepada jimak atau persetubuhan dengan isteri. Tetapi Ibn Hajar secara peribadi lebih cenderung untuk merujukkan istilah tersebut - berdasarkan zahir ayat di atas - kepada suatu perlakuan yang lebih umum daripada jimak. Malahan ia juga boleh merujuk kepada perkataan yang keji.
Berdasarkan firman yang dicatatkan di atas adalah jelas bahawa sewaktu seseorang sedang melakukan ibadah haji, terdapat sejumlah syarat dan peraturan - tidak boleh melakukan rafath, tidak boleh membuat maksiat serta tidak boleh bertengkar - yang mesti dipatuhi untuk memastikan kesempurnaan ibadah tersebut. Apa yang cukup menarik untuk diperhatikan di sini ialah tentang syarat dan peraturan yang dikenakan itu semuanya mempunyai nilai-nilai akhlak yang terpuji. Ini bermakna bahawa terdapat suatu perencanaan yang teliti yang telah sedia diletakkan oleh Islam untuk mendidik dan membentuk perlakuan para ummahnya ke dalam suatu acuan akhlak yang mulia menerusi penuaian fardhu haji (Zakaria Stapa, 1995).
Akhirnya lahirlah hasil kecemerlangan yang diharapkan iaitu,
1. Melahirkan insan rabbani iaitu insan yang dapat meyakini dan menghayati keesaan, kebesaran, kekuasaan, keadilan, dan keagungan Allah (Abdullah, Farahdina, Huzaimah, Norsiah, Salleh, 1996).
2. Manusia akan merasa dirinya kerdil. Justeru itu ia akan berusaha dengan sepenuh tenaga untuk melaksanakan segala syariatNya sama ada berbentuk suruhan atau larangan seperti yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah. Tindakan sedemikian akan memperolehi keredaan di dunia dan di akhirat.
3. Melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang unggul yang mampu melihat dan memahami konsep hidup manusia secara syamul. Kesemuanya beroperasi mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah.
4. Dapat melahirkan insan yang seimbang iaitu manusia yang dapat mengimbangkan antara tuntutan rohani dan jasmani, ,akal dan hati, dunia dan akhirat, teori dan praktikal, kebebasan dan tanggungjawab, di antara tuntutan individu dan kumpulan masyarakat. Sebagai contoh ketika Rasulullah s.a.w menegur keazaman tiga orang sahabat baginda untuk menumpukan sepenuh tenaga untuk beribadat kepada Allah, salah seorang daripada mereka berhasrat untuk berpuasa seumur hidup tanpa berbuka, yang seorang lagi hendak beribadah sepanjang malam dan yang ketiga bercita-cita untuk hidup membujang seumur hidup Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
Tidakkah saya ini orang yang paling takut di antara kamu kepada Allah dan paling taqwa di antara kamu kepadaNya, saya berpuasa tetapi saya berbuka, saya bangun di waktu malam tetapi saya tidur dan saya berkahwin. Maka sesiapa sahaja yang tidak suka kepada sunnahku maka ia bukan daripada pengikutku
(Riwayat Bukhari)
5. Dapat menghindar dan menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan masyarakat seperti jenayah dan sebagainya.
6. Melahirkan insan yang positif dalam seluruh tindakannya seperti berani mempertahankan syariat Islam dalam sistem kehidupan.

4.7 KESIMPULAN
Konsep ibadah di dalam Islam adalah luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadat adalah nilai Islam yang penting kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk membina keperibadian dan memajukan masyarakat. Ibadat merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan, mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya. Akidah pula merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada Allah. Manakala ibadah pula mengambil berat tentang gerak langkah manusia bagi ikatan tersebut supaya pertaliannya selalu rapat serta teguh dengan Allah. Matlamat ibadah dalam Islam ialah melaksanakan tujuan wujudnya manusia sebagai khalifah Allah di bumi untuk membina dan memajukan alam ini. Ibadah juga mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlaki, Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik, bersopan dan j berakhlak mulia. Namun begitu, kemuncak pembangunan rohani hanya mampu j dicapai oleh individu yang benar-benar menghampiri diri kepada Allah melaluU ibadat khusus dan umum.
RUJUKAN
Al Quran Al-Karim.
Abdul Halim. 1991. Islam dan al-Hadith. Kuala Lumpur : Angkatan Bella Islam*
Malaysia.
Ab. Latif b. Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur : Pustaka Salam sdn. Bhd.
Abu Urwah. 1986. Risalah Usrah. Jilid 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Haji Johari Haji Alias. 1992. Membina Semangat Positif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kasim bin Awang. 1990. "Hubungan jiwa dengan Ibadah Ke Arab Pembentukan Akhlak Pelajar", dalam Mengapa Kalimah Allah!. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Haidari. t.thn. Al-Ibadah : Ab'aduha wa Atharuha. Tehran : Jama'ah al-Ulama al-Mujahidin di Iraq.
Nakhaie Ahmad. 1998. Di Bawah Naungan Islam. Kuala Lumpur : Institut Muamalat Malaysia.
Nik Azis Nik Pa. 1986. Islam dan Perancang Keluarga : Cara dan Hukum. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Qaradhawi, Yusuf. 1980. Halal dan Haram dalam Islam. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Renyoize, Jean. 1975. Children in Danger. England: Penguin Books.
Sayid Sabiq. 1978. Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Slddiq Fadhil. 2005. "Jati Diri dan Nilai-nilai Budaya Dalam Pemikiran Melayu". Dalam Ahmad Mohamad Said & Khalif Muammar A. Harris (editor), Pembangunan Watak Bangsa, Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah.
Sulaiman Noordin. 1989. "Konsep Ibadah Dalam Islam" dim. Baharudm Yatim dan Sulaiman Noordin. Islam al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Bangi: Pusat Pengajian Umum UKM.
Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & Tasawwuf Islam. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.