1 – Islam sebagai al din

1.1 PENDAHULUAN

Sistem Islam adalah berasaskan kepada ketaatan terhadap Allah, tunduk dan inenyerah diri kepadaNya. Ia juga adalah sebagai suatu syariat dan dituntut Hupaya diamalkan di dalam kehidupan sehingga sebati menjadi adat, budaya dan pcraturan kehidupan yang dihayati. Din dapat dibentuk sebagai budaya kerana mcngandungi nilai-nilai yang diterima dan diamalkan di dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada kehidupan.
1.2 MANUSIA DAN AGAMA
1.2.1 Manusia dan unsur Kejadiannya

Dulam al- Qur'an terdapat ayat-ayat yang menjelaskan secara umum bahan-bahan yung daripadanya dijadikan tubuh atau jasad Adam a.s. Di antaranya ialah firman Allah yang bermaksud:

Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat-malaikat: Sesungguhnya Aku (Allah) menciptakan manusia daripada tanah. Apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan rohKu (kepunyaanKu) kepadanya, maka meniaraplah mereka sujud kepadanya (As-Sad:71-72)

Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia daripada tanah kering, tanah hitam yang telah berubah (Al-Hijr:26)

Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar (tanah yang dibakar) (Ar-Rahman:14)

Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dari sari tanah. Kemudian kami jadikan dia air mani (yang disimpan) didalam tempatyang kukuh (rahim). Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan sepotong daging, lalu sepotong daging itu Kami jadikan tulang, lalu tulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian dia Kami ciptakan makhluk yang lain (manusia yang sempurna). Maka Maha Suci Allah yang sebaik-baik menciptakan. Kemudian sesudah itu kamu mati. Kemudian pada hari Kiamat kamu dibangkitkan (kembali) (AI-Mu'minun:12-16)

Manusia iaitu Adam dan keturunannya adalah berasal daripada tanah (Maghniyyah,1969). Tanah merupakan sumber asal. Kemudian beberapa rantaian proses kejadian manusia berlaku sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas (Qutb, Sayyid, 1978). Setelah air mani yang di tempatkan ke dalam rahim genap 4 bulan, Allah meniupkan ruh kepada ciptaanNya itu (al-Qurtubi,1967).

Unsur-unsur tanah yang membentuk lapisan bumi, terdiri daripada sembilan puluh unsur. Sembilan daripada unsur-unsur itu senang didapati dan membentuk sembilan puluh lapan peratus dari lapisan-lapisan bumi iaitu oksigen, silika, besi, kapur tohor, sodium, aluminium, magnesiam, hidrogen, potasium dan lain-lain. Dua peratus lagi terdiri daripada unsur-unsur lain. Unsur yang diketahui yang membentuk tubuh manusia itu dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu unsur-unsur bukan logam seperti hidrogen, oksigen, karbon dan sebagainya yang kebanyakannya didapati dalam bentuk gabungan seperti gabungan klorin dan sodium. Batang tubuh atau jasad manusia terdiri daripada unsur-unsur logam dan bukan logam (Muhammad Wasfi,1960).

Penciptaan manusia tidak akan sempurna kecuali melalui 2 perkara iaitu penciptaan jasad dan yang kedua nafsunya (Al-Razi, t.thn.). Jasad dari air mani adalah unsur benda kemudian ditiupkan roh ke dalam jasad iaitu suatu unsur yang mulia dan tinggi. Paduan dari kedua-dua unsur ini menjadikan manusia berbeza dari makhluk-makhluk yang lain (Al-Sawi,1993). Unsur tanah yang bersifat kebendaan yang menarik manusia supaya cintakan dunia dan unsur-unsur kerohanian yang mengikat manusia dengan kehidupan akhirat dan cintakan penciptanya yakni Allah kerana unsur ini berasal dari Allah (Bucaille, M., 1982).

Jelaslah daripada ayat-ayat di atas bahawa proses kejadian manusia itu tersusun dari 2 unsur yang utama iaitu (Harun, 1995),

a. Unsur tanah

Kajian sains telah mengesahkan bahawa semua unsur-unsur kimia yang ada terdapat di dalam tanah ditemui dalam jasad umat manusia. Unsur tanah ini juga melambangkan keperluan jasad dan pelbagai aktiviti-aktivitinya yang menyerupai aktiviti-aktiviti haiwan (Sulaiman Noordin, 1989).

b. Unsur roh

Al-Jurjani (1938), mentafsirkan makna roh kepada 3 bahagian;

1. Roh haiwan (roh al-hayawani) iaitu zat halus atau daya yang berpunca daripada rongga hati jasmani dan mengalir keluar menerusi saluran darah ke bahagian anggota yang lain,

ii. Roh insan (roh al-insani) iaitu zat yang seni atau halus (al-latifah), berbeza daripada Tuhan, yang berakal (al-mudrikah) bagi mengawal (al-rakibah) roh haiwan (al-hayawani) yang diwujudkan dengan perintah Allah s.w.t.

iii. Roh agung (roh al-'azami) ialah roh insan yang wujud akibat daripada manifestasi (mazhar) zat ketuhanan. Oleh sebab itu tidak mungkin bersifat dahagakan keseronokan dan inginkan kenikmatan kebendaan.

Roh manusia bila disatukan dengan badannya, ia dipanggil jiwa atau nafsu. Jiwa tersebut dihidupkan di dunia ini sebagai seorang manusia (Mostafa, 1995).

Jadi, jasad Adam a.s dijadikan atau diciptakan oleh Allah daripada unsur-unsur logam dan bukan logam, kemudian diberikan pula roh yang setakat ini tidak dupat ditemui dari unsur apa roh itu diciptakan oleh Allah untuk menghidupkan Jasad manusia yang terdiri daripada unsur-unsur logam dan bukan logam itu.

Hawa ialah manusia perempuan, yang menjadi pasangan Adam a.s sudah itu dijadikan Allah daripada unsur-unsur yang sama dengan kejadiaan Adam u.s. ini dijelaskan dalam al-Quran. Di antaranya didapati keterangan daripada firman Allah yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa). Dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak... (An-Nisa':i;

Tidak ada dalil yang bersifat qat'i mengenai kaifiat penciptaan Adam a.s dan Hawa. Al-Quran membawakan penjelasan tersebut secara umum yang dapat difahami akal dan menyerahkan tafsirannya kepada kajian manusia. Wulaubagaimanapun kajian mengenai asal kejadian makhluk yang menyatakan Adam dari kehidupan yang rendah, yang tidak sempurna, kemudian meningkat ke arah kesempurnaan adalah tidak benar. Al-Quran dan Taurat menjelaskan bahawa Adam dicipta daripada tanah dan Hawa dicipta dari jenis yang sama dengan Adam (Tantawi Jauhari, 1922). Sehubungan dengan itu Abd al-Ghani al-Khatib (1970) juga ada mendiskripsikan sifat manusia sebagai:

... manusia adalah makhluk berunsur tanah yang paling baik kejadiannya... dia mempunyai roh yang menakjubkan, akal yang menghairankan, di mana rohnya adalah rahsia Ilahi, ditempatkan pada jasad yang berunsur tanah dan dia hidup, dan dia menjadi makhluk yang jauh berbeza daripada asalnya dari tanah kepada manusia yang sempurna,...

Kesimpulan daripada huraian di atas ialah manusia bukan berasal daripada keturunan binatang. Manusia berketurunan daripada manusia pertama iaitu Adam AS dan manusia perempuan pertama iaitu Hawa. Daripada mereka berdualah berkembang biak zuriat manusia di dunia ini hingga ke hari kiamat.
1.2.2 Pengertian Agama

Perkataan 'agama' yang diucapkan oleh orang-orang Melayu adalah berasal dari bahasa Sanskrit. Perkataan 'agama' ialah gabungan dari dua kata asas iaitu 'a' dan 'gama'. Kata 'a' maknanya tidak atau bukan, sementara 'gama' bermakna dunia, nafsu atau keseronokan. Apabila digabungkan dua perkataan itu, maka ia bermakna bukan dunia dan tidak ada keseronokan serta jauh dari nafsu yang negatif. Bagi para sami pula ditambah dengan tidak boleh memberi ruang kepada nafsu dan keseronokan yakni mereka dikehendaki berpuasa pada waktu malam kecuali minum air sahaja dan langsung tidak boleh memandang wanita dan berkahwin.

Agama dari aspek kefahaman Hindu dan Buddha juga berkaitan dengan kepercayaan kepada dewa-dewa, bersifat banyak tuhan yang berkonsep keberhalaan, merujuk kepada kitab-kitab Yeda iaitu kitab suci Hindu. Salah satu daripada ajaran Hindu yang penting yang disebut di dalam kitab Hindu ialah upacara bersanding dan menepung tawar mempelai untuk mengelak daripada risiko sial dalam kehidupan bersuami isteri, masih diamalkan oleh sebahagian umat Islam hari ini (Farahdina, 2005).

Menurut Kamus Dewan (1989), perkataan 'agama' diertikan sebagai kepercayaan pada tuhan atau yang maha kuasa dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Sementara beragama pula ialah mempunyai agama atau menganut sesuatu agama.



1.2.3 Keperluan Manusia Kepada Agama

Manusia yang mampu berfikir, pasti akan memiliki sesuatu kepercayaan. Kepercayaan ialah bibit agama dan kepercayaan tentang adanya Tuhan. Agama lahir bersama-sama dengan kelahiran manusia, ia adalah fitrah dalam kehidupan manusia dan manusia tidak terpisah daripada memilikinya. Terdapat pelbagai agama dalam masyarakat manusia di sepanjang zaman. Bermula daripada masyarakat primitif sehinggalah masyarakat termoden di dunia hari ini. Agama yang dianuti di dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu agama samawi dan agama budaya. Agama samawi ialah agama yang mempunyai nabi dan kitab-kitab suci. Ia diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui. Agama yang termasuk dalam agama samawi ialah agama Yahudi, Kristian dan Islam. Agama budaya ialah agama yang tidak berdasarkan wahyu dan ia lahir daripada pemikiran manusia. Agama-agama yang termasuk dalam bahagian ini ialah Hindu, Buddha, Shinto, Sikh dan lain-lain lagi. Kajian terbaharu menunjukkan masyarakat manusia, sejak dahulu hingga sekarang dan dari kalangan masyarakat primitif sehinggalah kepada masyarakat moden, tidak terpisah daripada menganuti agama. Lebih-lebih lagi jika kita melihat agama dari sudut pandangan yang luas sebagai suatu sistem kepercayaan dan cara hidup.



Pandangan Sains Sosial

Ternyata daripada analisa ringkas mengenai kebudayaan bahawa agama adalah sebahagian daripada kebudayaan bukan material, kebudayaan yang ada hubungannya dengan supernatural (Ibrahim Abu Bakar,1990). Ini bererti, agama diakui peranannya yang tertentu kerana sifatnya sebagai suatu unsur kebudayaan. Untuk mengetahui peranan agama secara khusus, perlulah diketahui pengertian agama berdasarkan pendapat ahli sains sosial.

J.M Yinger (1971) mendefinisikan agama sebagai:

Suatu sistem kepercayaan yang dipegang dan amalan yang dilaksanakan oleh satu kumpulan manusia bagi mengatasi berbagai-bagai masalah dalam kehidupan manusia

Clock dan Stark (1966) mendefinisikan agama sebagai:

Agama.. .terdiri daripada suatu sistem berinstitusi simbol, kepercayaan, nilai dan amalan yang difokuskan terhadap soal-soal pengertian utama iaitu pengertian mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan tujuan kewujudan dan sikap terhadap dunia.

Collins (1975) ada menyatakan " agama adalah kepercayaan dan kewujudan 'supernatural beings' dan amalan yang diasosiasikan dengannya."

Johnstones (1975) mendefinisikan:

Agama adalah satu sistem kepercayaan dan amalan yang dijadikan asas oleh satu kumpulan manusia dalam memberikan interprestasi dan tindak balas terhadap sesuatu yang mereka rasa sebagai supernatural dan kudus.

Pengertian agama yang dikemukakan oleh ahli-ahli sains sosial di atas, sama ada sebagai suatu sistem atau suatu institusi yang mempunyai suatu sistem tersendiri adalah merupakan sebahagian daripada tingkah laku kebudayaan dan suatu komponen dalam kebudayaan. Agama mengandungi unsur-unsur penting seperti:

a) Kepercayaan akan kewujudan supernatural beings yang mengawal alam dan urusan manusia.

b) Amalan-amalan yang diarahkan kepada supernatural beings itu sama ada berupa individu atau masyarakat.

c) Simbol-simbol dan nilai-nilai yang digunakan, dipakai dan diikuti dalam kedua-dua unsur di atas.

d) Perhubungan sosial yang dihubungkan dengan tiga unsur di atas.

Dengan mempunyai keempat-empat unsur itu, ahli sosiologi dapat menerimanya sebagai agama tanpa mengira benar salahnya, ciptaan manusia atau ciptaan Allah atau agama budaya dan agama samawi.



Pandangan Psikologi

Agama adalah juga cara yang boleh memenuhi keperluan kognitif untuk kefahaman intelektual. Jadi, teori-teori psikologi semuanya bersetuju bahawa agama dapat mengurangkan kebimbangan dan ketidakpastian yang dialami oleh semua manusia dan kebiasaanya (Ember, 1973). Agama diperlukan oleh manusia oleh kerana manusia secara perseorangan mengalami kebimbangan dan ketidakpastian serta mempunnyai keinginan mengetahui terhadap sesutu perkara atau keperluan kognitif.

Scobie (1975) memetik pandangan beberapa ahli psikologi mengenai keperluan manusia kepada agama. Freud berpendapat agama adalah satu cara mengimbangi atau menyesuaikan berbagai-bagai kekecewaan dalam hidup bermasyarakat. Pfister menganggap tujuan agama ialah mengurangkan tekanan perasaan bersalah. Manakala Argyle menganggap bahawa agama dapat memberikan jawapan terhadap uniyerse dan kehidupan individu itu sendiri. Agama dapat memenuhi keperluan kognitif yang ada pada manusia.

Pandangan Freud yang dipetik oleh R. Ember dan M. Ember tidak bertentangan dengan petikan Scobie kerana kekecewaan biasanya membawa kebimbangan. Kekecewaan dan kebimbangan saling bertalian.

Thouless menyatakan manusia primitif mendapat keselamatan daripada musuh-musuh di antaranya melalui kepercayaan dan amalan agama seperti sembahyang. Manusia di zaman moden yang beragama masih melakukan sembahyang di Gereja England untuk keselamatan dari mati terkejut, peperangan, pembunuhan dan penyakit yang membahayakan (Khayr 1975). Semua perkara itu dapat menimbulkan kebimbangan rasa yang tidak pasti dan kecewa dalam diri munusia yang perlu diubati oleh agama.



Pandangan Falsafah

Ahli falsafah mempunyai pandangan positif terhadap agama seperti juga ahli psikologi, sosiologi dan antropologi yang tersebut di atas.

Abbas Mahmud al-'Aqqad (1969) memetik pendapat J.S Mill mengenai keperluan manusia kepada agama. Dalam risalah berjudul 'Faedah A', J.S. Mill mengemukakan bahawa agama-agama sejak lama dahulu menghulurkan dun memberikan manusia ajaran-ajaran kemuliaan ahklak, kebaikan adat dan merupakan rujukan tunggal dalam mendiskriminasikan di antara baik dan buruk, dun di antara keharusan dan larangan.

L. Feubach (1966) menyatakan bahawa agama ialah satu bentuk pengetahuan diri manusia yang paling awal dan tidak langsung. Justeru itu, agama di mana-mana pun mendahului falsafah seperti dalam sejarah bangsa dun sejarah individu.

...agama adalah sesuatu yang terawal bagi manusia dan juga sebagai suatu bentuk pengajaran diri manusia yang paling awal dan tidak langsung.

Kesimpulannya manusia memerlukan agama pada pandangan ahli sains sosial yang di jelaskan di atas kerana sifat-sifat manusia yang berlainan daripada makhluk lain. Oleh itu agama adalah satu fenomena yang uniyersal dalam hidup manusia.



Pandangan Islam

Agama yang benar akan menyelamatkan manusia, masyarakat, negara dan dunia. Agama yang benar berdasarkan Tauhid yang murni, keadilan yang mutlak, hukum-hukum yang berimbang yang telah ditetapkan oleh Allah Taala menghubungkan antara manusia dengan Allah yang menjadi pengawal, penghadang yang sentiasa melihat segala gerak-geri tiap-tiap insan. Orang yang beriman kepada Allah yang Maha Esa tidak berani menipu samada dalam terang dan tersembunyi kerana perbuatannya tidak terlindung daripada pengetahuan Allah. Orang yang hcriman kepada Allah tidak berani mencuaikan kewajibannya samada dalam terang dan tersembunyi kerana Allah Mengetahuinya. Orang yang jujur dalam beragama tidak berani melakukan maksiat seperti mengumpat, hasad dengki, menipu, khianat, rasuah, berjudi, minum arak, zina, berdusta, bermuka-muka dan sebagainya kerana perkara-perkara itu akan dibalas Allah s.w.t di akhirat nanti. Agamalah yang menjadi asas dalam pembentukan peribadi yang baik dan akhlak yang tinggi.

Menurut Islam agama yang terawal dalam sejarah manusia ialah agama yang dianuti oleh Nabi Adam A.S sebagai manusia dan nabi yang pertama. Sejak kemunculan di dunia ia membawa bersamanya kepercayaan tauhid dan mendokong kepercayaan ini dalam hidupnya. Nabi Allah Adam mengembangkan ajaran tauhid di kalangan anak-anaknya dengan menggerakkan potensi dan fitrah keagamaan di dalam diri mereka dengan ajaran tauhid. Justeru, fitrah keagamaan itu berkembang di dalam diri seseorang sama ada secara semulajadi atau dengan bimbingan dan didikan. Dalam hal ini peranan nabi ialah menghidupkan potensi fitrah keagamaan itu supaya berkembang mengikut bimbingan dan pandangan ajaran tauhid yang meletakkan keimanan kepada Allah s.w.t itu sebagai asas kepada pembentukan sistem kepercayaan dan sistem kehidupan yang menyeluruh.

Peranan para nabi dan rasul ialah membawa asas tauhid. Agama yang terbentuk daripada penyelewengan ajaran tauhid, ia berkembang semata-mata berdasarkan persepsi dan tanggapan akal dan nafsu serta perasaan manusia.Ia menggambarkan simpang siur pemikiran dan perasaan manusia yang kadang-kadang memperlihatkan kejahilan. Walaupun demikian, di kalangan sebahagian besar masyarakat manusia, agama syirik ini begitu berpengaruh dan memainkan peranan sebagai unsur terpenting di dalam pengembangan institusi masyarakat. Dalam hal ini, Allah berfirman dengan maksud,

"Mengapakah mereka mencari (agama) selain dari agama Allah? Padahal telah tunduk kepadaNya siapa yang di langit dan di bumi, dengan suka rela atau dengan terpaksa dan kepadaNya mereka dikembalikan. " (al-Imran : 83).

Menyentuh tentang fungsi-fungsi agama mengikut ahli psikologi, ahli sosiologi dan ahli falsafah dapat diterima bahawa agama memberikan faedah yang diperlukan oleh manusia dalam hidup individu dan masyarakat. Sungguhpun demikian faedah yang boleh didapati daripada Islam adalah jauh lebih besar dan lebih banyak daripada faedah yang boleh didapati daripada agama-agama lain. Hubungan Islam dengan aspek-aspek lain dalam kehidupan bukanlah dalam bentuk mendatar (horizontal). Bagi Islam, semua komponen atau aspek kehidupan berpusat pada ajaran Islam itu sendiri.


1.3 PENGERTIAN ISLAM
1.3.1 Bahasa

Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu al-Islam yang berasal dari kata dasar salima yang bermakna selamat sejahtera yakni apabila orang yang menganut Islam itu mempelajari Islam, memahami ajaran dan cara hidup Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan, maka ia menjadi orang yang baik (soleh) kepada Allah s.w.t dan baik (soleh) kepada sesama manusia dan alam.

Selain daripada itu, Islam juga mengandungi beberapa makna lain seperti herikut;

1. Taat dan patuh (Taat segala perintah Allah s.w.t dan mematuhi segala peraturan Islam)

2. Aman dan damai (Aman apabila ada amar makruf dan nahi mungkar dan damai apabila kehidupan saling berkasih sayang, bertoleransi dan mencintai kedamaian)

3. Tunduk dan menyerah diri (Tunduk kepada kekuasaan Allah s.w.t di bawah kebijaksanaan-Nya dan menyerah diri di bawah ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha)


1.3.2 Istilah

Islam ialah agama yang diturunkan kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul hermula dari Adam A.S sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Muslim adalah orang yang mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah s.w.t serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w (Haron Din, 1988). Dalam sebuah hadith, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;

Dibina Islam itu di atas lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima fardu dalam sehari semalam, berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Mekah (Riwayat Muslim)

Selain daripada itu, Islam juga boleh didefinisikan sebagai suatu pegangan hidup secara sederhana yang memerlukan seseorang itu taat, patuh dan tunduk menyerah diri kepada perintah suruhan dan larangan Allah s.w.t sepenuhnya yang melibatkan hubungan dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan alam, dalam urusan dunia dan akhirat.

Para ulama Salaf as-Soleh berpendapat bahawa erti Islam ialah ;

i. Penyerahan diri kepada Allah melalui petunjuk syara'.

ii. Islam dibina di atas tauhid yang dimantapkan dengan mengenal ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, dikukuhkan dengan memahami kelima-lima rukunnya.

iii. Pengukuhan akidah dengan cara mempelajari, memahami dan mengenal rukun iman enam perkara.

iy. Memahami rukun Islam dan rukun iman yang telah dijelaskan oleh para ulama'.

v. Dimulakan dengan pengucapan kalimah tauhid (dua kalimah syahadah serta pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba Allah dan utusan-Nya). Sentiasa difahami, dipenuhi tuntutan dan syarat-syarat yang terdapat pada kalimah syahadah ini (Rasul, 2001).

Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan indah serta meliputi setiap urusan kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara, untuk mengurus dan mengatur kehidupan manusia supaya menjadi baik, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat. Ajaran Islam sekali-kali tidak menyusahkan manusia, kerana ia dicipta oleh Allah s.w.t yang Maha Bijaksana. Justeru Allah s.w.t lebih Mengetahui kehendak, keperluan dan masalah manusia berbanding dengan manusia itu sendiri. Oleh itu tidak layak mana-mana manusia untuk mencipta agama atau jalan hidup mereka sendiri, kerana akal mereka tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari, apatah lagi di hari kemudian atau hari akhirat.


1.3.3 Islam Sebagai Ad-Din

Islam sebagai ad-din bermaksud cara hidup yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Al-Quran menerangkan Islam itu sebagai ad-din. Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam (al-Imran: 19)

.. .Pada hari ini Aku telah menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redhakan untuk kamu Islam sebagai agamamu... (al-Maidah: 3)

Sesungguhnya Kami turunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya, maka hendaklah kamu beribadah kepada Allah serta mengikhlaskan agama bagiNya (jangan dipersekutukan dengan lainNya). Ingatlah, hanya bagi Allah agama yang suci (dari syirik)... (al-Zumar: 2 - 3)

Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan supaya beribadah kepada Allah serta mengikhlaskan agama bagiNya (al-Zumar: 11)

Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkan agama itu atas sekalian agama, walaupun dibenci oleh orang-orang Musyrik (al-Saff:9)

Din yang benar, tulen dan sempurna, semuanya merujuk kepada Islam. Ia adalah din yang datang daripada Allah. Ia adalah sistem dan nizam yang lengkap mengandungi ajaran, hukum dan peraturan yang ditentukan oleh Allah kepada manusia. Sistem ini berasaskan kepada ketaatan kepada Allah, tunduk dan menyerah kepadaNya.


1.3.4 Penyelewengan Daripada Ajaran Islam

Nabi Adam adalah orang yang pertama menerima ajaran tauhid daripada Allah s.w.t yang memerintahkannya supaya mengesakan Allah s.w.t, tunduk beribadah kepada-Nya dan patuh kepada peraturan dan syariat-Nya. Ajaran tersebut bukan sahaja untuk amalan dirinya, tetapi juga untuk diseru dan diamalkan oleh kaum keluarga dan umatnya. Nabi Adam A.S telah berjaya menyampaikan ajaran tauhid dengan menerima wahyu daripada Allah s.w.t kepada kaumnya, sehingga melewati tiga generasi berikutnya.Dengan berlalunya zaman, maka mulai nampak kepincangan pada kefahaman manusia terhadap ajaran tersebut sehingga mulai ada orang yang menjadikan guru-guru yang mengajar ajaran tauhid itu dipuja dan dilukiskan gambar mereka pada tembok-tembok batu dan kemudiannya dibuat pula dalam bentuk patung. Generasi berikutnya sudah tersasar jauh dari ajaran yang sebenar sehingga menganggap patung itu wakil tuhan dan seterusnya menyembah patung-patung tersebut. Inilah penyelewengan pertama yang terjadi dalam sejarah ajaran tauhid.

Allah s.w.t tidak sekali-kali membiarkan manusia berada dalam keadaan tersesat dan menyimpang jauh dari ajaran-Nya, lalu Allah s.w.t menurunkan wahyu seterusnya melalui nabi-nabi berikutnya untuk membetulkan semula penyelewengan tersebut. Maka melalui wahyu yang disampaikan oleh para nabi-nabi berikutnya, kembalilah mereka kepada ajaran tauhid yang betul.

Keadaan manusia yang betul dengan ajaran tauhid dan berlaku penyelewengan itu silih berganti sehingga sampai ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, di mana penyelewengan dari ajaran tauhid berlaku dengan dahsyat sekali sehingga manusia bukan sahaja menyembah patung-patung yang dibuat sendiri oleh tangan-tangan mereka, tetapi juga kehidupan mereka turut menjadi rosak dengan berlakunya kezaliman terhadap sesama manusia, kejahatan tingkahlaku dan peperangan. Zaman itu digelar sendiri oleh Allah s.w.t sebagai zaman jahiliah. Allah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w untuk membetulkan semula penyelewengan tersebut dengan membawa wahyu terakhir daripada Allah s.w.t.

Baginda Nabi s.a.w telah berjaya menukarkan masyarakat jahiliah itu kepada masyarakat Islam yang tinggi nilai tamadunnya. Apabila Nabi s.a.w telah wafat, maka terjadilah sedikit demi sedikit kelemahan umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam dan berlaku juga penyelewengan dari ajaran Islam. Maka tugas untuk membetulkan semula penyelewengan tersebut diamanahkan kepada para ulama Islam, yang disebut oleh Nabi dalam satu Hadis Baginda iaitu yang bermaksud, "Para ulama adalah pewaris kepada para nabi-nabi". Sehingga sampai kini tugas tersebut sedang dipikul dan dijalankan oleh para ulama Islam, kerana tidak ada lagi nabi yang diutuskan untuk menyelamatkan umat manusia yang menyeleweng dan sesat. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam yang akil baligh untuk mengikuti dan mempelajari ilmu-ilmu Islam daripada mereka, supaya mendapat petunjuk jalan yang betul dan benar daripada Allah s.w.t dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Allah s.w.t mengingatkan manusia di dalam al-Quran, supaya menjadilkan landasan hidup Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap untuk selamat dan sejahtera di dunia dan di akhirat dan jangan sekali-kali memilih agama dan ajaran yang lain daripada Islam sebagai cara hidup.

1.4 SKOP AJARAN ISLAM
1.4.1 Ajaran Islam Berteraskan Akidah, Syariah dan Akhlak
1.4.1.1 Akidah

Dari sudut bahasa akidah berasal daripada kalimah bahasa Arab 'a-qa-da. lanya berpunca daripada akar kata 'Aqd' yang membawa erti ikatan atau simpulan. Perkataan ini boleh digunakan kepada dua makna:

i. 'Hissi', sesuatu yang dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera mata dan tangan, seperti ikatan tali.

ii. 'Ma'nawi', iaitu sesuatu ikatan yang tidak dapat dikesan oleh sebarang pancaindera kerana ikatan itu berlaku pada maknanya walaupun pada zahirnya tidak kelihatan. Sebagai contoh ialah ikatan perkahwinan, ikatan jual beli dan sebagainya.

Pada hakikatnya ikatan maknawi adalah lebih kukuh daripada ikatan yang bersifat hissi kerana ikatan tersebut tidak nampak dilihat dan disentuh, ia hanya boleh dirasakan oleh hati dan perasaan. Lantaran itu tidak ada sebarang kuasa inakhluk yang dapat merombak atau memutuskannya melainkan dengan izin Allah (Mohd Sulaiman Yasin 1984).

Menurut istilah, aqidah ialah keimanan kepada nilai-nilai murni yang mutlak dan hakiki sebagaimana diwajibkan oleh Islam, terikat kukuh dalam hati sanubari seseorang, membuahkan sikap, pandangan, perilaku dan perkataan yang menepati syariat yang tidak mungkin terurai oleh sebarang paksaan, perubahan suasana dan keadaan (Mohd Sulaiman Yasin 1984).

Aqidah adalah umpama akar kepada sebatang pokok atau asas kepada sebuah binaan. Kekuatan sebatang pokok untuk terus tegak berdiri dan tidak mudah tumbang walaupun dipukul ribut adalah bergantung penuh kepada akarnya yang menjunam dan mencengkam bumi. Firman Allah yang bermaksud,

Terjemahan: 24-tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. 25. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). 26. dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.(Ibrahim : 24-26).


1.4.1.2 Syariah

Syariah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud jalan untuk diikuti. Sccara harafiah, syariah bermakna 'jalan ke tempat yang mempunyai air'. Syariah bukan sahaja jalan yang membawa kepada Allah yang Maha Agung, tetapi jalan yang dipercayai oleh semua orang Islam sebagaimana yang ditunjuk oleh Allah, iaitu melalui pesuruhNya, Nabi Muhamad s.a.w. Dalam Islam Allah sahaja yang Maha Berkuasa dan Dia mempunyai hak untuk mewujudkan jalan sebagai panduan kepada manusia (Syed Qutb, t.thn.).

Dalam syariah, terdapat penekanan yang jelas tentang hakikat bahawa Allah merupakan pengurnia undang-undang manakala seluruh ummah, iaitu umat Islam hanyalah pemegang amanahNya (Abdur Rahman I. Doi, 1994). Undang-undang manusia merupakan peraturan yang dibentuk oleh badan yang mempunyai kuasa politik tertinggi dan padanyalah terletak kedaulatan. Ia boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pemerintah. Manakala syariah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah bersifat tetap, tidak boleh diubah oleh manusia seperti mengharamkan arak atau judi (Zarina Muhammad, 2000). Kepatuhan manusia kepada hukum Allah terbahagi kepada wajib, sunat dan harus, manakala larangan Allah ke atas manusia terbahagi kepada haram dan makruh.


1.4.1.3 Akhlak

Akhlak adalah berasal daripada bahasa Arab, jama' daripada perkataan al-khuluq, pecahan daripada kata al-khalq. Al-khuluq bermaksud perangai, budi pekerti, tabiat dan adab(Kamus Munjid fi al-Lughah wa I'lam 1986). Menurut istilah, akhlak adalah keadaan jiwa yang terpancar darinya tingkah laku dan perbuatan manusia dan segala tingkah laku perbuatan tadi menjadi kebiasaan. Ini bermakna, tingkah laku yang diamalkan sekian lama dan diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup dinamakan akhlak (Abul A'la al-Maududi 1967).

Menurut Ibn Athir, khuluq atau akhlak itu ialah suatu bentuk (kejadian) manusia dari sudut batin, sementara al-khalq ialah bentuk manusia dari segi lahir. Pendapat Ibn Athir ini menghubungkan akhlak dengan bentuk kejadian manusia, iaitu paduan antara jasmani dan rohani (Azman Mat Zain, 2002). Ibn Maskawayh pula mendefinisikan akhlak sebagai keadaan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu ( Mohd Sulaiman Yassin, 1992). Beliau juga membahagikan jiwa seseorang itu kepada dua bahagian;

1. Natural (tabi'e) iaitu yang berpusat pada sifat semulajadi seseorang, umpamanya perasaan cepat marah, cepat terkejut, cepat berputus asa dan sebagainya.

2. Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. Ia perlu melalui dua peringkat iaitu, pertama ialah peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti dan kedua ialah peringkat mengamalkan sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam hidup seseorang.

Manusia yang berakhlak menurut perspektif Islam adalah manusia yang mcnyerah diri secara total kepada Allah. Penyerahan dan perhambaan kepada Allah ini membebaskan manusia dari segala bentuk kepatuhan dan perhambaan sclain Allah (Ibrahim al-Khouly 1982).

Akhlak seperti yang disyariatkan oleh Islam mampu membina masyarakat yang tunduk kepada kebenaran Ilahi, memiliki keperibadian yang luhur samada 'dalaman' mahupun 'luaran' serta menjalinkan perhubungan antara sesama manusia dengan penuh tolak ansur dan kesopanan yang jitu. Penghayatan kepada ciri-ciri akhlak seperti yang digariskan oleh Islam dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat berbudi pekerti yang tinggi dan bertamadun.


1.4.2 Sistem Hidup Bermasyarakat dan Bernegara
1.4.2.1 Politik

Menurut al-Quran dan al-Sunnah, negara Islam memiliki satu himpunan undang-undang yang lengkap iaitu syariah yang meliputi semua aspek kehidupan manusia, kerohanian, kebendaan, individu, sosial, ekonomi dan politik (Mohammad Asad, 1961). Syariah tidak menetapkan sebarang bentuk kerajaan, prosedur atau corak tertentu yang harus dipatuhi oleh sesebuah negara Islam. Sebagai undang-undang Ilahi, syariah membiarkan sebahagian besar daripada aktiviti penggubalan perlembagaan diuruskan oleh rakyat dan kerajaan yang terlibat iaitu sebagai satu tanggungjawab dan dipenuhi oleh prinsip-prinsip ijtihad (Abdul Malek, 1995).

Pada zaman awal Islam, undang-undang politik tentang kehidupan masyarakat dapat dilihat dengan nyata dalam institusi-institusi pentadbiran dan dalam kaedah-kaedah yang digunakan semasa zaman pemerintahan empat orang pemerintah Islam yang pertama. Kerajaan dan institusi-institusi negara benar-benar menepati ajaran Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin (Mohammad Asad, 1961). Cara perlantikan mereka boleh dijadikan sebagai panduan. Memandangkan Rasulullah s.a.w telah meninggalkan urusan perlantikan itu secara terbuka, para sahabat menyedari bahawa pemilihan salah seorang antara mereka untuk memerintah merupakan satu tanggungjawab. Ia memberi mereka peluang memilih dengan bebas. Kaedah pada zaman ini dikenali sebagai proses demokrasi (Muhammad Abdul Rauf, 1994). Perundingan bersejarah itu telah diadakan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, di bawah bumbung Banu Saidah yang amat masyhur. Para sahabat Rasulullah kemudiannya telah memilih Sayyidina Abu Bakar, menetapkan liga prinsip yang utama,

a. Pencalonan seseorang pemerintah mestilah melalui proses demokrasi.

b. Prinsip perundingan, syura yang memberikan peluang kepada semua orang untuk menyatakan pandangan, mesti menjadi unsur yang penting dalam proses ini.

c. Pandangan majoriti harus diterima.

Oleh itu pada zaman sekarang, dengan jumlah penduduk yang besar, susunan sosial yang kompleks, kemudahan perhubungan yang cepat, dengan meningkatnya kesedaran politik, bertambah banyaknya orang yang berpengetahuan, cara yang paling tepat dalam memilih seseorang pemimpin politik yang berwibawa kini patutlah bersifat uniyersal. Ia dapat dilihat sebagaimana yang diamalkan oleh parlimen berdemokrasi moden masakini. Seseorang pemimpin yang berwibawa dilantik dengan cara ini akan taat kepada Allah dan menunaikan tanggungjawab terhadap orang yang memilihnya. Dia akan merasa bertanggungjawab terhadap tindakannya sebagai wakil rakyat, di samping tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t.


1.4.2.2 Ekonomi

Berteraskan falsafah tauhid, beberapa prinsip umum dapat dirumuskan untuk dijadikan panduan dalam menjalani kegiatan ekonomi. Prinsip umum tersebut adalah seperti berikut (Nik Mustapha, 2002) ;

i. Prinsip Keadilan Sosial

Pengendalian ekonomi dan mekanisme kegiatan ekonomi mesti menuju ke arah keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana sesebuah negara dapat menyediakan keperluan hidup asasi individu melalui pencapaian faktor-faktor berikut:

a. Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam semua urusan hidup di peringkat individu dan masyarakat.

b. Menaikkan taraf daya fikir untuk semua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan memiliki kualiti ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan secara efektif dengan keadaan perubahan masa.

c. Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradab dan bebas supaya negara ditadbir menepati prinsip syura.

d. Memberi jaminan kepada semua ahli masyarakat supaya mereka bebas menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi dalam dan luar negara. Dengan itu sumber harta negara sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi kepada kesemua lapisan rakyat.



II. Prinsip Istikhlaf

Prinsip ini membicarakan kedudukan manusia menurut kacamata Islam. Manusia dalam Islam adalah pemegang amanah Allah s.w.t dalam rangka memakmurkan dunia. Kesemua yang terdapat di dunia ini adalah hak milik Allah s.w.t. Kesemua ciptaan itu adalah untuk keperluan manusia. Manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t terhadap apa yang diusaha dan dimilikinya, Prinsip ini menggaris peraturan tentang pemilikan harta persendirian seperti,

a. Pemilikan harta hendaklah melalui cara yang diredai oleh Allah s.w.t.

b. Pemilik harta hendaklah menggunakan hartanya untuk kebajikan dirinya dan masyarakat.

c. Harta yang dimiliki hendaklah dilibatkan dalam kegiatan ekonomi. Pembekuan harta diharamkan oleh Islam kerana ia menimbulkan wujudnya ketidakadilan dalam masyarakat.



iii. Prinsip Bekerja dan Ganjaran

Prinsip ini menganjurkan kepentingan konsep bekerja dan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Penglibatan dalam kegiatan ekonomi adalah satu ibadah. Setiap penglibatan hendaklah diberi ganjaran yang setimpal. Menjadi tanggungjawab pemerintah kepada masyarakat untuk memberi peluang pekerjaan kepada kesemua lapisan rakyat. Islam mengharamkan riba kerana ia merupakan pendapatan yang diperolehi tanpa usaha di samping ia menindas golongan lain. Pendekatan positif Islam terhadap konsep kerja akan mengarah masyarakat kepada potensi peningkatan taraf hidup mereka yang disertai dengan keadilan pengagihan harta dan kekayaan.



iy. Prinsip Keuntungan dan Kerugian

Islam menjelaskan bahawa bagi setiap penglibatan dalam aktiviti ekonomi, keuntungan dan kerugian adalah perkara lumrah. Bahkan prinsip ini adalah asas kepada muamalat dalam Islam. Berdasarkan kepada prinsip ini, mekanisme seperti mudharabah dan musyarakah digalakkan. Prinsip ini bertujuan untuk menjamin keadilan terlaksana dalam setiap kegiatan ekonomi. Tidak ada golongan sama ada golongan pemodal ataupun golongan pengusaha mendapat tempat yang istimewa dalam sistem ekonomi Islam. Kesemua golongan saling memerlukan di antara satu sama lain dalam membangun ekonomi masyarakat. Prinsip ini mengajar bahawa semua anggota masyarakat perlu berminat dan menceburi secara langsung kerana tiada jaminan istimewa pulangan akan dibenarkan dalam sistem Islam tanpanya.



v. Prinsip Menjauhkan daripada Melakukan Kerosakan

Islam menganjurkan bahawa dalam kegiatan ekonomi, segala bentuk kerosakan samada dalam bentuk keruntuhan akhlak, kepincangan keluarga dan kerosakan alam persekitaran hendaklah dijauhkan. Kerosakan kepada diri serta masyarakat tidak sepatut berlaku. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti penindasan, penipuan, pencurian, pencemaran alam, pembaziran dan sebagainya di dalam kegiatan ekonomi.


1.4.2.3 Sosial

Kesejagatan keadilan dalam Islam hanya dapat difahami dengan menyentuh secara khusus perhubungan antara Allah s.w.t dengan makhlukNya, antara manusia dengan dirinya, antara individu dengan masyarakat, antara individu dengan negara dan antara negara dengan seluruh negara di dunia. Kesejagatan keadilan Islam telah mengikat setiap bahagian ini dalam satu rangkaian yang saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Ini memperlihatkan satu bentuk keadilan yang sebenarnya.

Keadilan sosial Islam mengutamakan peningkatan kepentingan individu sejajar dan selari dengan kepentingan masyarakat yang sentiasa berada dalam suatu ikatan yang boleh disamakan dengan mata rantai. Setiap individu mewakili satu mata rantai di mana percantuman antara seluruh mata rantai atau individu dalam masyarakat yang bersatu padu dan berfungsi sebagai suatu tenaga yang boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki (Mustafa Haji Daud, 1990).

Batas-batas ruang lingkup kebebasan individu dan masyarakat amatlah luas, seluas alam semesta ini sendiri. Segala bidang yang halal boleh dilakukan seberapa banyak yang boleh dan selama mana yang dikehendaki tanpa ada sekatan. Setinggi gunung harta yang halal boleh dicari, seluas lautan tanah boleh diusahakan asalkan ia berada dalam lingkungan perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.


1.4.3 Jihad dan Dakwah

Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, merangkumi semua aspek dayu dan tenaga kemampuan dan kekuatan manusia muslim dalam menghadapi musuh-musuhnya demi untuk mencapai matlamat dan cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. Jihad terbahagi kepada dua iaitu ;

I. Jihad Nafsu

Usaha iblis dan syaitan untuk merosakkan manusia bukanlah pada unsur jasmaninya tetapi unsur kerohaniaannya yang menjadi asas kepada kewujudan insan yang hakiki. Mereka telah dan akan berusaha untuk membinasakan ketulinan akidah tauhid, keikhlasan ibadah dan ubudiyyah serta kejernihan dan kesucian akhlak atau ketinggian budi manusia. Allah telah memberikan keizinan bahkan mencabarnya untuk mereka menjalankan apa sahaja yang dikehendakinya. Allah telah menyediakan segala kelengkapan dan persediaan, arahan dan panduan, nasihat dan peringatan bagi manusia mengawal dirinya daripada godaan syaitan dengan menjalankan mujahadatul al-nafs yang menjadi asas kepada segala jihad. Agungnya jihad ini adalah kerana,

- medan perjuangannya yang tidak terbatas

- masa perjuangan yang tidak terhad

- sulitnya perjuangan ini kerana mereka terpaksa berjuang dengan dirinya sendiri

- musuhnya yang tidak dilihat dan dirasai oleh pancaindera

- menjadi asas kepada segala jihad yang lain terutama jihad di medan perang

Jihad nafsu ini memerlukan ilmu, pemahaman dan latihan. Ringkasnya jihad melawan nafsu ini ialah jihad untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati daripada sifat-sifat keji untuk diisi dengan sifat-sifat mulia dan terpuji.

ii. Jihad Lahir atau Jihad Kecil

Jihad kecil di sini bukanlah bererti ia tidak penting dan tidak perlu sehingga boleh menimbulkan tanggapan yang salah lalu tidak diberikan perhatian atau diabaikan. Kecilnya jihad ini adalah kerana perbandingannya dengan jihad nafsu. Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat jelas menterjemahkan konsep jihad dalam kedua-dua kategori ini.



Jika dipandang dari sudut musuh jihad terbahagi kepada,

i. Jihad untuk menghadapi musuh-musuh bukan Islam di luar masyarakat atau negara Islam. Firman Allah yang bermaksud, Wahai Nabi, berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik serta bertindak keras terhadap mereka (Al-Taubah: 73)

ii. Jihad yang diistilahkan dengan dakwah atau al-Amr bil-Ma'ruf dan an-Nah 'Anil Munkar iaitu jihad menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan. Firman Allah yang bermaksud, Dan hendaklah ada di antara kamu satupuakyang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,serta melarang daripada segala perkara yang salah dan mereka ialah orang yang berjaya (Al-Imran: 104)

Jika dipandang dari sudut yang umum ia terbahagi kepada,

i. Jihad dengan hati

ii. Jihad dengan lisan dan penulisan

iii. Jihad dengan ilmu

iy. Jihad dengan harta

v. Jihad dengan nyawa

Istilah dakwah pula membawa maksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan. Jihad dan dakwah adalah perjuangan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah yang diutuskan untuk memakmurkan muka bumi ini dan menjalankan hukum-hukumNya.


1.5 SUMBER-SUMBERAJARAN ISLAM

Pada umumnya sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sumber asasi dan sumber tafsiran.


1.5.1 Sumber asasi

Number asasi ajaran Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber ini udaluh berlandaskan wahyu Allah s.w.t yang tidak boleh dipertikaikan ajaran yung terkandung di dalamnya.

1.5.1.1 Al-Quran

Al-Quran ialah kalam Allah (dari segi lafaz dan makna), yang diturunkan dalam huhasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur melalui perantaraan Jibril A.S, bersifat mukjizat, dipindahkan secara mutawatir dan mcmbacanya adalah ibadat.

Antara keistimewaan Islam ialah bersumberkan kepada wahyu Allah s.w.t. Lantaran itu ajarannya sentiasa segar dan bertenaga untuk dihayati dan dilaksanakan pada setiap masa dan tempat. Tidak ada suatu bidang pun dari aspek kehidupan manusia yang tidak disentuh dan tidak dijelaskan oleh Islam mengenai hukum-hukum dan undang-undangnya. Semuanya dijelaskan samada secara umum atau khusus. Demikianlah penjelasan Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud: .. .Tiada Kami meninggalkan sesuatupun di dalam kitab Al-Quran (Al-An'am: 38)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran telahpun menjelaskan segalanya samada secara langsung ataupun tidak langsung. Al-Quran yang mengandungi lebih 6200 ayat dalam 114 surah membicarakan scluruh aspek. Antaranya ialah mengenai akidah, syariah, ibadah, akhlak, ckonomi, politik dan sosial.(Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah, 1993)

Sesungguhnya Allah menurunkan al-Quran untuk memastikan petunjukNya bagi perjalanan hidup manusia, sehingga kehidupan mereka dapat diatur dengan petunjuk dan agama yang diturunkan oleh Allah. Dengan cahaya petunjuknya, Allah membawa manusia ke jalan yang lebih lurus, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang (Dr. Yusuf Qaradawi, 2001). Membacanya boleh meninggikan semangat, menambahkan keimanan dan harapan kepada hati yang putus asa, memberi semangat keberanian kepada yang penakut dan memberi inspirasi kepada pembaca (atau pendengarnya) untuk melakukan amalan suci pada jalan Allah s.w.t. (Mustafa Hj. Daud, 1987).


1.5.1.2 Al-Sunnah

Secara umumnya al-Sunnah boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada Rasululah s.a.w samada dari segi perkataannya atau perbuatannya atau pengakuannya atau sifat keperibadiannya atau perangainya.

Kedudukan al-Sunnah dalam pembahagian sumber ajaran Islam adalah berada di tempat yang kedua selepas al-Quran. Ia dikategorikan di bawah sumber ajaran Islam yang asasi selepas al-Quran kerana ianya bertindak sebagai penafsir kepada al-Quran. Al-Sunnah disebut sebagai sumber wahyu kerana Rasululah s.a.w tidak bertindak atau menuturkan sesuatu melainkan atas bimbingan wahyu Allah s.w.t dalam hal ini, al-Quran menegaskan yang maksudnya, Dan dialah (Muhammad) tidak menuturkan sesuatu (yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan nafsu. Segala yang diperkatakan tidak lain melainkan berlandaskan kepada wahyu yang diwahyukan (al-Najm:3-4)

.. .Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangan... (al-Hasyr: 7)

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasululah dan kepada Uli al-Amr (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (al-Sunah) Rasulnya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ) dan lebih elok pula kesudahannya (al-Nisa': 59)

Rasulullah s.a.w bersabda dengan maksud, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya (Hadis riwayat Ibn 'Abd. Al-Birr)

Dalil-dalil di atas adalah menunjukkan bahawa al-Quran dan al-Sunah mlaluh menjadi sumber asasi bagi ajaran Islam.

1.5.2 Sumber Tafsiran

Sumber tafsiran ialah setiap hukum yang diputuskan oleh para ulama atau Individu tertentu berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak dinaskan oleh ul-Quran ataupun al-Sunnah secara qat'i. Sumber tafsiran ajaran Islam boleh dibahagikan kepada perkara-perkara berikut:

Sumber Tafsiran Yang Disepakati

Sumber yang disepakati oleh para ulama sebagai sumber tafsiran ajaran Islam ialah Ijmak dan Qiyas.

1.5.2.1 Ijmak

Ijmak ialah kata sepakat para ahli ijtihad (mujtahid) dari kalangan umat Muhammad s.a.w di satu-satu masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu hukum syara'. Firman Allah bermaksud, ...Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (al-Nisa': 59)

Ayat ini menjelaskan sekiranya berlaku perselisihan pendapat tentang sesuatu masalah hendaklah dirujukkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Jika tidak berlaku perselisihan pendapat, itulah disebut sebagai Ijmak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,"Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah". Dan sabda baginda lagi "Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara sesat".

Sesuatu hukum syara' yang diputuskan oleh para mujtahid dan dikategorikan di bawah pandangan ijmak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

- Ijmak itu mestilah kata sepakat dari semua kalangan Mujtahidin semasa

- Kata sepakat tersebut mestilah berlaku di kalangan Mujtahidin sahaja Kata sepakat tersebut mestilah berlaku di kalangan orang Islam yang mukallaf sahaja


1.5.2.2 Qiyas

Qiyas ialah meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara yang masih belum ada hukumnya berdasarkan kepada perkara yang telah sabit hukumnya dalam al-Quran mahupun al-Sunnah kerana terdapat persamaan dari segi illahnya yakni alasan yang ada pada hukum tersebut. Seperti meletakkan hukum wajib zakat pada padi kerana persamaan yang wujud antara padi dan gandum yang merupakan makanan asasi bagi sesebuah negara.

Sebenarnya terdapat banyak dalil-dalil yang menunjukkan Qiyas sebagai salah satu sumber syariat Islam. Firman Allah yang bermaksud, .. .Maka jadilah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran wahal orang yang mempunyai pandangan (Al-Hasyr: 2)


1.5.2.3 Ijtihad

Secara umumnya ijtihad boleh didefinisikan sebagai pandangan ulama berhubung dengan hukum sesuatu perkara yang tidak dinaskan oleh al-Quran mahupun al-Sunnah secara qat'i berdasarkan buah fikirannya melalui andaian atau qiyasan terhadap hukum yang telah sedia ada dalam al-Quran mahupun al-Sunnah.

Setengah ulama berpendapat ijtihad sama sahaja dengan qiyas, tidak ada sebarang perbezaan antara keduanya. Setengah yang lain pula membahagikan sumber ajaran Islam kepada tiga perkara iaitu al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijtihad. Rasulullah s.a.w pernah menemuduga Mu'azh bin Jabal r.a yang bakal dilantik sebagai gabenor di Yaman. Maksudnya,

Wahai Mu'azh dengan hukuman apakah engkau akan gunakan semasa her ada di sana (Yaman)?. Jawab Mu'azh, "Aku akan menghukum dengan berpandukan Kitab Allah". Sabda baginda lagi, "Sekiranya kamu tidak dapati hukumnya di dalam Kitab Allah?". Jawab Mu'azh, "Aku akan berpandukan Sunnah Rasulullah". "Sekiranya kamu tidak dapati di dalamnya?". Jawab Mu'adh, "Aku akan berijthad menggunakan pendapatku dan aku tidak akan berpaling dari kedua-duanya.



Sumber-sumber Yang Dipertikaikan

a. Al-Istihsan

b. Al-Masalih Al-Mursalah

c. Syariat yang terdahulu

d. Mazhab sahabat Rasulullah SAW

e. Al-Istishab

f. Sad al-Dhara'i'

g. Al-'Urf


1.6 KEISTIMEWAAN ISLAM


1.6.1 Rabbaniyyah

Islam adalah agama Allah, agama wahyu yang tidak ada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani sudah tentu mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai dengan Penciptanya Yang Maha Tinggi. Islam disebarkan oleh rasul pilihan Allah yang maksum dan mempunyai Kitab yang lengkap. Ajaran Islam adalah menyeluruh, sempurna dan sesuai untuk setiap tempat, masa dan keadaan. Bagaimana hebat dan sempurnanya Pencipta, begitulah sifat Islam yang sempurna. Oleh itu Islam berbeza dengan agama lain yang dicipta oleh manusia yang bersifat lemah seperti agama Budha, Sikh, Hindu dan lain-lain yang diistilahkan sebagai agama budaya.


1.6.2 Syamil dan kamil

Kemutlakan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah adalah tidak terbatas. Islam bersifat syumul dan kamil, bertitik tolak dari pengiktirafan bahawa segala sifat-sifat kesyumulan dan kesempurnaan itu bermula dari Allah. Dalam konteks kesyumulan Islam, Islam bukan hanya agama berbentuk teori semata-mata yang menyangkut kepada persoalan hati dan fikiran, bukan juga berbentuk lisan yang menfokus kepada pertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dalam seluruh bidang kehidupannya. Begitu juga dengan kesempurnaan Islam adalah berasal daripada kesempurnaan Penciptanya. Seluruh sistem yang ada dalam Islam adalah bersifat sempurna dan tidak ada cacat celanya. Dalam konteks ini seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori mahupun praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rapa bentuk kehidupan manusia dan hubungkaitnya dengan alam seluruhnya tanpa mengira tempat dan masa.


1.6.3 Wa'qii atau Praktikal

Islam adalah agama yang membicarakan persoalan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan makhluk lain dan hubungan manusia sesama manusia. Bagi kelangsungan dalam memakmurkan muka bumi Allah dan menetapkan hukum-hukum Allah, manusia selain berinteraksi dengan Allah dalam ibadat khusus, manusia juga berinteraksi sesama manusia dan makhluk lain dengan sistem hidup yang lengkap ini. Islam adalah agama yang bukan hanya berteori, tetapi ia amat praktikal dan boleh dilaksanakan di dalam kehidupan manusia. Segala hukum hakamnya adalah praktikal dan di dalam batas kemampuan manusia.


1.6.4 Tinggi atau Agung

Keagungan dan ketinggian Islam adalah bertitik tolak dari keseluruhan sifat kesempurnaan Allah iaitu KeesaanNya dan ketunggalanNya. Islam agung kerana tidak ada agama yang setanding dengannya. Hanya ia satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam (al-Imran: 19)

Ketinggian Islam adalah dari Penguasa Yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yang mempunyai kedudukan yang tertinggi jika dibandingkan dengan agama-agama lain yang ada di dunia ini. Malah adalah tidak layak untuk membandingkan Islam dengan agama-agama budaya ciptaan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud," Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya".


1.6.5 'Alami/Uniyersal/Sejagat

Islam bersifat uniyersal. Ia tidak diturunkan untuk sesuatu kaum atau kepada sesuatu tempat tertentu sahaja, malah ia diturunkan untuk seluruh alam.

Perutusan Rasulullah s.a.w sebagai penyebar kepada agama suci ini adalah Ncmata-mata untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah yang bermaksud, Dan Kami tidak mengutuskan engkau, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (al-Anbiya': 107)

Allah menegaskan bahawa penetapan kepada sesuatu tempat atau arah tertentu adalah tidak menjadi ukuran muktamad kepada penilaian buruk dan baik seseorang di sisiNya. Firman Allah bermaksud, Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat... (Al-Baqarah: 177)

Islam juga tidak diutuskan kepada kaum atau puak tertentu. Oleh itu Islam lidak menilai kemuliaan seseorang itu berdasarkan kepada keturunan, wama kulit dan wajah atau rupa bentuk. Allah memberikan penilaian muktamad adalah berdasarkan ketaqwaan dan kepatuhan. Firman Allah s.w.t dalam menegaskan hal ini bermaksud, ...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu... (al-Hujurat: 13)


1.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya bahawa beragama atau beraqidah adalah naluri atau fitrah semulajadi yang telah sedia ada yang telah diletakkan oleh Maha Pencipta pada sctiap insan. Naluri ini tetap ada dalam diri setiap manusia.. Sekiranya manusia itu bersih jiwanya sejak awal kelahirannya maka ia akan dapat mengenali Allah dalam kelurusan dan kesempurnaannya. Kekotoran unsur kebumiannya dan kekotoran unsur nafsunya serta faktor alam sekeliling juga kebudayaannya inenyebabkan manusia telah melupakan fitrah beragama atau berakidah dan luntutan-tuntutannya. Walaupun betapa tebal kelalaian atau kealpaan manusia itu namun dalam detik tertentu manusia itu dengan sendirinya menyedari hakikat lersebut. Dalam detik inilah fitrah yang selama ini terpendam jauh dalam dasar laut kelupaan telah muncul berteriak dan melaung untuk kembali kepada Allah Maha Penciptanya, untuk memohon bantuan atau pertolongan dari kesusahan dan bahaya. Bahkan orang yang sengaja menafikan atau mengingkari fitrah semulajadi ini akan kembali mengakuinya ketika maut telah mencengkam ke atas jiwanya. Ternyata Islam adalah ad-din yang diturunkan oleh Allah amat cucuk dan sesuai dengan fitrah manusia. Justeru itu manusia hendaklah menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka, pastilah mereka akan beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan dikurniakan dengan kebahagiaan hidup yang berkekalan di akhirat.
RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

Abdul Malek A. Al-Sayed. 1995. Etika Sosial Dalam Islam. (Terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman I. Doi. 1994. Shariah: The Islamic Law. Kuala Lumpur: A.S. Nooideen. Abul A'la al-Maududi. 1967. Islamic Way of Life. Karachi: Islamic Research Academy.

Al-'Aqqad, 'Abbas Mahmud. 1969. Allah: Kitab fi Nash'at al-'Aqidat al-Ilahiyya. 6th ed. Misr : Bar al-Ma'arif.

Azman Mat Zain. 2002. "Akhlak Islam : Konsep dan Kepentingannya Dalam Kehidupan Masyarakat" dlm. Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Adullah, Munif Zarirruddin Fikri Nordin, Solahuddin Ismail (pnyt.). Tamadun IslamSuatu Sorotan. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Bucaille, Maurice. 1982. What is the origin of man ?. Paris : Seghers.

Collins, John J. 1975. Anthropology : Culture, Society and Eyolution. New Jersey : Prentice-Hall Inc.

Ember, Carol R and Ember, Melyin. 1973. Anthropology. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Farahdina Bt Abd Manaf. 2005. "Islam Sebagai al-Din", Kertas Kerja Bengkel Pemantapan Pengajaran Kursus Prinsip Asas Islam, Shah Alam: CITU UiTM Shah Alam.

Clock, Charles Y. dan Stark, Rodney. 1966. Religion and Society in Tension. 2nd ed. Chicago : Ran McNally & Co.

Harun Nasution. 1995. Islam Rasional, Gagasan dan Pemikiran. Bandung : Mizan.

Johnstone, Ronald L, 1975. Religion and Society in Interaction: The Sociology of Religion. New Jersey: Prentice-Hall.

Al-Jurjani, Al-Said 'Ali bin Muhammad bin 'Ali Al-Said. 1938. Al-Ta'rifat. Mesir : Mustafa Al-Babi Al-Halabi.

Ibruhim Abu Bakar. 1990. Konsep Kerasulan Dan Peranannya Dalam Pembentukan Masyarakat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ihruhim al-Khouly. 1982. "Islam and the Pillars of Its Faith". Salem Azam. Islam and Contemporary Soceity. London : Longman Group Ltd.

Kamus Munjidfi al-Lughah wa I'lam. 1986. Beirut: Dar al-Masyriq.

AI-Khatib, Abd al-Ghani. 1970. Adwa'min al-Quran 'ala al-Insan waNasy'ah al-Kawn wa til-Hayah. Damsyiq : Dar al-Fath.

Khayr, al-Sayyid Muhammad. 1975. 'Urn al-Nafs al-Tarbawiyy:Usuluhu wa Tatbiqatih. Riyad : Matbu'at Jami'at Riyad.

I,. Feuerbach. 1966. "Man and Religion" in Relegious Thought in the Nineteenth Century. Edited by M.G.Reardon. Cambridge: Cambridge Uniyersity Press.

Maghniah, Muhammad Jawad. 1969. Tafsir al-Kashif. 5 Jilid. Bayrut: Dar al-Ilm al-Malayin.

Mohammad Asad. 1961. The Principles of State and Goyernment in Islam. Berkeley : Uniyersiti California.

Mohd SulaimanYasin. 1984. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sulaiman Yassin. 1992. Akhlakdan Tasauf. Bangi: Pustaka Salman.

Mostafa Kamal Mokhtar. 1995. Pembangunan Manusia: Huraian kritis daripada aspek kerohanian. Dim. Mostafa Kamal Mokhtar, Noor Rahamah Hj Abu Bakar, Ong Puay Liu & Suhaimi Salleh (pnyt.). Karya Darma II - Kemanusiaan Dalam Pembangunan. Bangi: Fakulti Sains Pembangunan, UKM.

Muhammad Abdul Rauf. 1994. Ummah Negara Islam. Terjemahan Padilah Haji Ali. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Wasfi. 1960. Al-Quran wa al-Tibb. Qahirah : Dar al-Kutub al-Hadithah.

Mustafa Hj. Daud. 1990. Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Hj. Daud. 1987 Pengantar Tamadun Islam. Cetakan ke 2. Petaling Jaya : Media Indah Sdn. Bhd.

Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah. 1993. Kenalilah Al-Islam. Kota Bharu : Pustala Aman Press Sdn. Bhd.

Nik Mustapha Nik Hassan. 2002. "Semangat Islam Dalam Penyusunan Ekonomi Bernegara". Dim. Abdul Monir Yaacob dan Wan Roslili Abd. Majid (pnyt.). Kriteria Negara Berteraskan Prinsip Islam. Kuala Lumpur : IKIM.

Al-Qurtubi, Abi 'Abdullah Muhammad bin Muhammad Al-Ansari. 1967. Al-Jami' li Ahkam al-Quran. 12 Juz. Qahirah : Al-Maktabah Al-'Arabiyyah.

Qutb, Sayyid. 1978. Fi Zilal Al-Quran. 4 Jilid. Cetakan ke 7. Bayrut: Bar Al-Shuruq.

Rasul b. Dahri. 2001. Akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah Mengikut Manhaj SalafAs-Soleh. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa.

Al-Razi,Fakhr. t.thn. Al-Tafsir Al-Kabir. Mesir : t.pt.

Al-Sawi, Sidqi Muhammad Jamil. 1993. Tafsir Al-Jalalain. 3 Juz. Bayrut: Bar Al-Fikr.

Scobie, Geoffrey E.W. 1975. Psychology of Religion. London : B.T. Batsford.

Syed Qutb. t.thn. Hadha al-Din (This Religion of Islam). A.S : Penerbitan I.I.F.S.O.

Tantawi Jauhari. 1922. Al-Jawahirfi Tafsir al-Quran al-Karim. 25 Jilid. Misr : Mustafa al-Babi al-Halabi.

Yinger, J. Milton. 1971. The Scientific Study of Religion. 2nd. ed. London : The Macmfflan Co.

Br. Yusuf Qaradhawi. 2001. A.l-Quran - Al-Sunnah. Terjemahan Baharudin Faunani. Selangor : Penerbitan Barul Iman.

Zarina Muhammad. 2000. "Perundangan :Shariahsebagaiasas". Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad dan Ahmad Tarmizi Talib (pnyt.). Tamadun Islam. Cetakan ke 6. Selangor : Uniyersiti Putra Malaysia.


___________________________________
Disediakan oleh
Ustaz Abd Aziz bin Harjin